Salam Aidilfitri

Monday, September 29, 2008


Hampirnya kita ke penghujung Ramadan.Berlainan pengertiannya bagi setiap orang.Bak kata orang, "rambut sama hitam, hati lain2"..Bagi yang hatinya sentiasa terpaut untuk beribadah lillahi Taala, pastinya hati akan merintih sedih, kerana merasakan masih tidak cukup amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramdan yang telah berlalu, malah belum pasti juga sempatkah mereka akan bertemu semula dengan Ramadan yang akan datang. Bagi yang kurang mengerti Ramadan,pasti gembira ternanti2 syawal yang bakal menjelang tiba.Biar apa pun perasaan yang muncul, namun moga 'perang' kita bertempur dengan hawa nafsu mampu mengubah diri kita agar menjadi yang lebih baik selepas ini.
Memetik kata DR Yusuf al-Qaradhawi dalam khutbah hari rayanya: "Barang siapa yang menyembah Ramadan, sesungguhnya Ramadan sudah pergi dan barang siapa yang menyembah Allah, maka Dia sentiasa hidup, tidak pernah mati." .Di sebalik kata2 ini, tersirat makna.Bagi siapa yang beribadah di bulan Ramadan kerana datangnya bulan Ramadan,maka itulah yang dia akan dapat.Tapi siapa yang beribadah di bulan Ramadan kerana Allah Taala, maka berkatnya ibadahnya itu bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi juga sepanjang tahun...
Kalau dulu semasa Ramadan,kita sentiasa menjaga pantang larang berpuasa dan sebelah malamnya pula mengimarahkan masjid dengan melakukan solat sunat terawih..tetapi realitinya, selepas Ramadan berlalu, pasti masjid kembali lengang, kita kembali pada perkara2 yang melalaikan(na'uzubillah).Pada hal yang menjadi tanda diterima puasanya seseorang ialah dia masih mengekalkan hubungan mesra dengan Allah pada setiap masa tanpa syarat. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya." ( Muhammad:17)
Pada pagi Syawal yang mulia, umat Islam disyariatkan supaya bertakbir tanda gembira kerana sudah memenangi 'peperangan' yang mencabar. Kalimah itu amat bermakna dalam diri setiap mukmin. Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Kalimah ini sekali lagi mengajak kita merenung kembali keagungan Allah,sekaligus menginsafi kerdilnya diri.Maka, hati-hati itu menjadi lembut kerana ingatkan kekuatan Allah, kebesaran dan keagungan-Nya. "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya." (al-Maidah:2)
Memetik kata2 Dr Hamka dalam teks khutbah hari raya beliau: "Sembahyang raya inilah suatu demonstrasi untuk menunjukkan rasa cinta bukan demonstrasi menabur rasa benci." melalui laungan takbir tumbuh benih-benih cinta dan kasih sayang di jiwa orang beriman.Melalui zakat fitrah, merupakan bukti kasih sayang itu mekar antara yang kaya dengan miskin. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Elakkan mereka yang miskin daripada berpusing-pusing meminta sedekah pada hari ini." (Hadis riwayat Ibnu 'Adi dan al-Dar al-Qutni daripada Ibnu Umar) Begitulah semangat Syawal yang semestinya ditiupkan ke dalam jiwa umat Islam. Yang pertama memperingatkan kita perlunya tali Allah disimpulkan pada setiap masa bukan pada Ramadan saja kemudian bentuk kesyukuran yang mesti ditonjolkan dan dibuktikan melalui amalan dan akhirnya rahsia laungan takbir yang boleh menyatukan umat dan menumbuhkan benih kasih sayang.
Moga2 ramadan & syawal kali ini diberkati Allah

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Selamat kembali kepada fitrah

0 comments: