Teem's Wedding

Saturday, December 27, 2008



20 Disember 2008, Kampung Melayu Kundang, Rawang- Seorang lagi sahabiah menamatkan zaman bujang. Fatimah Zahra Norman a.ka. teem dengan seorang pemuda [dengarnye orang kedah]..Alhamdulillah, teem dah mengikuti jejak langkah beberapa sahabat lain dimulai nuha + hassif, marhamah + tuan badrul, murni, murshida, jihah, nurul dan yang terbaru teem..[maaf la kalo de lagi yang tertggal....dengar khabar murshida dah dpt sorg baby gurl...and murni pun bakal menyusul..[Yea..dah dapat ana k buah kisas sorg..]...

He3..bagaimana dengan nasib diri..?? setiap kali hadir walimah @ chatting ngan sahabat lama, mesti ditanya soalan macam tuh...Stress? kadang2 ye, kadang2 tak...Ape yang penting buat masa ni nak kukuhkan ekonomi & bantu family dulu, baru fikir kawen...Lagipun , nak tunggu semua kawan2 yang belajar overseas balik mesia dulu, nak jumpe...rindu betul kat korang sume.....=p

Jangan takut..jika umur panjang dan ada jodoh takkan ke mana..Betul kan?

Hijri Atau Masihi??




Tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu.Sedar ataupun tidak, sudah sampai masa sepatutnya untuk saya menghabiskan pengajian. Rasa macam baru semalam saya menjejak kaki ke bangunan durian tunggal kutkm untuk mendaftar sebagai pelajar baru ftmk.. Suka atau tidak, bermaksud sudah tiga tahun setengah saya mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar ftmk di utem.

Kiranya sudah terlambat jika saya mahu menyesali segala apa perbuatan yang saya dah lakukan sepanjang saya bergelar mahasiswi ipta. Semua perbuatan, samaada baik atau buruk, perlu saya teliti kembali agar segala yang baik dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan.

Tidak terjangka juga, tahun ini, sambutan Awal Muharam, tahun baru Islam 1430 Hijrah hampir seiring dengan tahun baru masihi 2009. Persamaannya, ‘buku lama’ akan diganti dengan ‘buku baru’. Segala amalan dan perbuatan yang dicatat sudah tidak boleh diubah lagi.Jika lebih banyak kegagalan dan keburukan yang dirasa lebih banyak ‘dicapai’ pada tahun ini, tidak apa yang boleh dilakukan kecuali muhasabah diri. Teringat kata-kata, “sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” yang tidak banyak berbeza maksud tersiratnya dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khatab “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak”.

Betapa perlunya azam lama di’upgrade’ dan jika ada azam yang baru, maka perlukan dipasakkan di dalam hati sekuat mungkin dan disertai dengan niat yang ikhlas. Saya juga dalam proses memuhasabah diri, di mana terus terang dikatakan, azam saya pada tahun 2008 ini banyak yang tidak dilaksanakan dengan baik. Antaranya termasuk program yang saya rancang bersama dengan beberapa orang classmate BITS saya, ain, watib, ct and suraya.{Tak perlu kot saya bagitau program apa..he3} Saya tak pasti sejauh mana program 2008 tersebut berjaya direalisasikan oleh kawan-kawan saya itu, tapi apa yang pasti, program itu gagal untuk saya.

Setelah ‘post mortem’ dijalankan terhadap program tersebut, beberapa solusi berjaya saya dapat. Yang pertama, setiap perbuatan dan amal, pelu disertai dengan niat ikhlas untuk mencapai mardhatillah-hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. Kedua, perlu diperjelaskan lagi hadaf atau tujuan, kerana tanpa tujuan dan objektif yang jelas, semangat dan azam kita boleh jadi hanya mampu bertahan untuk seketika sahaja, umpama ‘hangat-hangat tahi ayam’. Ketiga, sekiranya program itu dijalankan secara berkumpulan atau berjemaah, maka perlulah perlaksanaannya dijalankan secara teliti, termasuklah strategi, pemantauan dan sebagainya. Walaupun kadang-kadang perkara yang dilakukan itu baik, tapi perkara baik yang tidak terancang boleh dikalahkan oleh keburukan yang tersusun rapi.

Tahun baru ni juga telah menyaksikan saya sekali lagi telah memahat azam baru di dalam hati. Moga-moga setiap azam yang baik dipermudahkan oleh Allah. Apa yang penting, setiap perkara yang telah berlalu dijadikan sebagai pengajaran, agar yang baik terus diamalkan, dan yang buruk diperbaiki agar tidak diulangi keburukan itu.
Tahun baru ini juga pasti membawa satu gelombang perubahan hidup yang besar untuk diri saya. Kalau dulu, saya seorang pelajar, masih ditanggung oleh mak, tapi kini, saya perlu berdiri di atas kaki sendiri. Walau banyak kepahitan dan kesusahan dihadapi, hidup perlu terus diharungi. Bermulanya tahun baru, bermakna semakin bertambahlah usia kita. Bertambah usia, bermakna semakin pendeklah usia kita yang tinggal dan semakin dekatlah kita kepada ajal. Kita tidak tahu, bila dan bagaimana cara kematian kita. Tidaklah perlulah disesalkan peristiwa lalu, tapi ambillah pengajaran daripadanya untuk mengharungi masa kini dan menghadapi masa depan. Mudah-mudahan setiap perbuatan kita mendapat redha Ilahi.

Selamat Menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru. Apa yang lebih utama, sambutan Awal Muharam atau pun tahun baru masihi? Anda sendiri yang harus beri jawapannya.Apa yang penting, belajarlah dan ambillah iktibar yang terdapat dalam sirah Islam.Mudah-mudahan Maal Hijrah kali ini akan membawa kita ke arah hijrah yang lebih baik.

Azam saya Tahun Ini..?? Biarlah menjadi rahsia antara saya dan Ilahi….=)

Walau Ape die Buat, die Tetap Adikku

Thursday, December 11, 2008

nazmin and izzat..my brothers

Dis is all bout my brother, the only siblings dat i have, which i always share my story and feeling wif them...he3

Yang besar ni takde ape yang perlu dirisaukan sangat..kerjaya die pun dah ley kate stabil..maklumlah juruteknik pelincir Petronas..
Yang sekecil ni…penat je mak & kakak balik kampong bagi sokongan moral kat izzat..nape la lari gak dari doctor buat kali kedua…Tahun depan jangan lari lagi key..izzat tu dah besar...

Saje tayang muka adik2..geram dengan si kecil..tapi tetap sayangkan die......hu2

Boleh Caye Ke?

Wednesday, December 10, 2008

zaman kini segala-galanya memerlukan IT. Percaya atau tidak, semua ini telah pun berlaku. Daripada mencari pekerjaan, sehinggalah mencari kawan juga ramai daripada kita yang menggunakan kecanggihan IT sebagai platform. tapi sejauh manakah selamatnya kita berkenalan dengan rakan cyber melalui laman web sosial kini?


saya menjumpai artikel ini "Why We Cannnot Trust facebook" by Mike Elgan semasa mencari info untuk asp.net. Tertarik juga untuk dikongsi dengan sahabat2 yang lain. Mungkin info ini bukan sahaja untuk peringatan pengguna facebook, tetapi juga pengguna laman web sosial yang lain seperti friendster, myspace, hi5, tagged dan sebagainya..Mahu terima atau tidak...terpulang....

Mike Elgan Why We Cant Trust Facebook


Erti Korban & Lembu lari

Monday, December 8, 2008

Selepas solat hari raya eiduladha, saya & mak mencari lemang di ulu klang, tempat kebanyakan warga kota yang tidak pulang berhari raya mencari lemang, ketupat, rendang & bermacam-macam lagi sajian hari raya. Boleh dikatakan di sepanjang jalan di ulu klang terdapat banyak peniaga yang berniaga di situ.

Excited gak saya bila diajak untuk mencari lemang.Bukan apa, sebenarnya saya saje je nak berjalan di kawasan itu sebab ada niat lain. Niat di hati teringin untuk observe kawasan di bukit antarabangsa yang baru berlaku bencana tanah runtuh. [heh3??]..Kebetulan lalu di jalan masuk utama Bukit Antarabangsa, lengang aje.Mungkin kerana tiada orang luar yang dibenarkan masuk & juga mungkin kerana petugas sibuk di dalam. Tapi saya ley nampak banyak deretan kereta di luar Masjid Ar-Ridhuan di ulu klang[mungkin sebab kawasan ni belum habis solat eiduladha lagi] & juga di luar kawasan SK ulu klang, tempat penempatan mangsa-mangsa bencana. Tidak jauh dari kawasan itu, ada deretan peniaga-peniaga yang menjual sajian raya.

Satu lagi kejadian yang menarik perhatian saya, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak anak-anak muda bermotor tanpa helmet mengejar seekor lembu di atas jalan utama di sri gombak..

tergelak juga tengok aksi tu..tapi dalam hati..”ish..berani jugak lembu ni lari..tak sangka lembu ni rela bergadai nyawa di atas jalan raya daripada mati di sembelih…bukanke dalam hadis ade mengatakan..lembu2 yang mati disembelih untuk disedekahkan akan menjadi haiwan tunggangan penghuni di dalam syurga nanti..?? kenapa perlu ia lari..?”

Itu kisah lembu. Mungkin boleh dimaafkan jika ia lari. Janganlah dikata ia bodoh kerana lari dan menolak untuk menjadi haiwan tunggangan di syurga. Memang logik kerana ia tidak berakal & tidak pernah belajar hadis..=)..Kalau ia tahu tentang hadis tu, mungkin takde seekor lembu pun yang akan menolak untuk ‘dikorbankan’.

Itu lembu. Ia masih belum mengerti erti korban & langsung xboleh nak berfikir. Tapi bagaimana dengan kita sebagai manusia? Sudah acapkali, malah sudah bosan mungkin, setiap kali sambutan eiduladha, semua orang boleh memberikan makna sambutan ini dengan tepat. Ya, Eiduladha berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim as & juga anaknya nabi Ismail as yang sanggup berkorban semata-mata sebagai bukti taat pada perintah Allah SWT. Tapi bagaimanakah pula kita?Adakah sekadar hanya boleh mengucapkan definisi keramat tersebut tapi lupa untuk menghayati kisah tersebut?

Sejauh manakah kita merelakan diri untuk berkorban? Adakah kita sanggup meninggalkan Malaysia apabila dipanggil berjihad di medan perang? Rasanya tidak perlu diberi contoh skop pengorbanan sebesar itu. Cukuplah sekadar bertanya pada diri sendiri..adakah kita sanggup berkorban meninggalkan sesuatu yang terlarang demi mentaati segala perintah Allah swt?? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Kalau kita tidak sanggup berkorban untuk melakukan kebaikan , tak usahlah marah jika ada yang menyamakan anda dengan ‘lembu’….[hehe..jangan marah...]

Salam Eiduladha
Moga kita semua diperkuatkan untuk amar ma’ruf nahi mungkar.
Selamat bertadhiyyah...

p/s:untuk kengkawan yg tak smpt sy blas msg raya..mohon maaf sgt2 ..hehe ade sket kekangan kdt..hu2


Tragedi Disember

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di tiga tempat yang berbeza, dalam tempoh jangka yang singkat iaitu satu minggu. Ini tidak perlu dikira dengan bencana banjir, kerana memang kita sudah sedia maklum, setiap kali hujung tahun pasti bah besar melanda, terutama di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.Apa yang pasti, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa.

Kejadian tanah runtuh yang pertama berlaku di hulu yam perdana, 30 november yang lalu membabitkan sebuah banglo setingkat yang mengorbankan 2 nyawa anak tersayang pemilik banglo tersebut. Kejadian kedua, melibatkan kejadian tanah runtuh di bangunan cimb damansara, di mana dalam kejadian ini tanah runtuh telah menimbuskan 11buah kenderaan. Kejadian ketiga pula, berlaku pada 6 disember di bukit antarabangsa, meranapkan 14 buah banglo dan setakat ini telah mengorbankan 4 nyawa.

Di sebalik fakta geologi dan juga sains mengenai kejadian ini, mungkin juga perlu kita menganalisa kembali kejadian ini di sebalik hikmah Tuhan. Kalau kita menyorot kembali kejadian tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004, pasti kita dapat melihat bukti kejadian & kekuasaan Allah. Dalam kejadian tsunami itu, tiada apa yang tertinggal melainkan masjid & rumah2 Allah yang masih tersergam indah. Ini adalah sebagai bukti keagungan Allah swt.

Kejadian tanah runtuh ini mungkin tidaklah sebesar atau sedahsyat tsunami di Acheh, tetapi cukuplah untuk mengajak kembali kita berfikir sejenak. Merenung & muhasabah kembali. Terfikirkah kita, ‘amaran’ dari Allah sudah sampai ke bumi tercinta kita, Malaysia? Biarpun kita tidak mengetahui bilakah hari ‘yaummuddin’ itu, namun, cukuplah peringatan itu sebagai tanda kita sudah pun berada di pengakhiran zaman. Hedonisme melampau & bermacam2 lagi perkara pelik sudah pun berlaku.antara contoh, hadis yang baru saya dengar yang mengatakan..”jika terdapat surau atau masjid di kawasan rumah kamu, maka janganlah kamu membina rumah kamu lebih besar daripada surau atau masjid tersebut..[riwayat hadis]” ‘Amaran’ dari Allah ini yang berupa bencana ini, tidaklah bermakna kemurkaan Allah sepenuhnya, tapi anggaplah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.Kasih sayang kerana memberi peringatan kepada kita. Peringatan agar tidak terus lalai dan leka.

Kepada yang ditimpa musibah, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana bencana yang Allah timpakan itu bukan sahaja, sebagai ujian yang boleh mendatangkan pahala yang besar kepada mereka jika mereka bersabar, malah sebagai pembersih kekotoran dosa mereka. Kepada yang tidak terlibat, bersimpatilah pada mereka yang berkenaan & juga bersyukurlah.Bersyukurlah kerana Allah telah memberikan ‘peringatan awal’ kepada kita. Berubahlah sebelum terlambat.

Bila Cinta Datang lagi..

Wednesday, December 3, 2008

Klik untuk baca..=)


Macam dah terlepas segala beban!! ~~Buat seketika~~

Hari ni presentation LI..
very nebes dan tak bole tido malam tadi..
mcm2 rase
but bile present tadi
everything goes smoothly
mungkin berkat doa ibu..
he3
so pe rancangan seterusnya??

siapkan sket lagi dev yg tak siap..
siapkan report & teruskan menulis log book he3...

p/s:PM haziah is very2 sporting...!