::GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU GO FOR IT::

Monday, October 12, 2009

Sekarang ni saya tengah belajar2 sistem yang tengah kak nida support..tak berapa payah sebenarnya, tapi untuk orang macam kak nida yang terlalu sibuk, jarang2 sekali dia dapat buka remote desktop tu..dan untuk orang yang baru nak 'buka mata' dan terlalu mentah ni, macam agak sukar juga mula2 tu..sampaikan beza antara 'list' dengan 'array' pon boleh konpius...nak atau tak, sesusah mana pun sesuatu perkara tu,mesti juga kena tempuh..bak kata omputih.. to achieve a good result, you must go for it!

Bak kata omputih mengingatkan saya pada waktu mula2 saya diintebiu dulu untuk masuk ke sini..Kalau ikutkan rasa hati,selayaknya saya katakan saya tak kan dapat pun masuk mesiniaga sebab ramai lagi yang lebih layak.Bayangkan, daripada leih kurang 16 orang yang datang intebiu, hanya 6 sahaja yang akan dapat post ni..Mula2 tu memang rasa berbolak-balik,macam taknak datang je intebiu,sebab boleh agak peratus untuk dapat tu, tapi saya gagahkan diri untuk datang gak, sebab dalam hati berkata,"kalau tak cuba, mana nak tau dapat ke takkan?" Dan akhirnya Alhamdulillah satu dari nikmat Allah, rezekiku ada di sini..Dan tak siapa tahu, apa yang seterusnya akan berlaku, kerana semuanya dalam perancangan Allah...

p/s:u know what i am doing rite now??..try to solve the problem, but now the problem become worse, dat's y i'm stop connecting my remote desktop, login to my blog and writing all this..just wanna remind myself..if u go for it, then good things will happen..[hopefully..*sigh]

::Konvokesyen UTeM ke-5::

Monday, October 5, 2009

Lamanya dah tak update blog..
Baru-baru ini konvokesyen di Melaka.Jumpa kawan2 lama, dan dapat banyak bunga and tedy bear.Takde la banyak mana pun, tapi bile mak cakap, "Banyaknye kamu dapat hadiah moli..."Baru sedar yang memang banyak pon, sampai penuh bonet and seat belakang kete sagaku...Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, dan konvokesyen ini juga telah merangsang semangatku untuk sambung belajar lagi di peringkat master..doakan la ye.....

Cuma ada beberapa 'perkara yang tak diingini' berlaku dan mungkin perlu diperbaiki lagi..
antaranya

1-pengurusan yang kelam-kabut yang membuatkan semua orang pon stress..ade senior cakap, tak perlu risau sbb ini konvo ke-5, tp masalahnye pengurusan macam ini konvo pertama.
mungkin selepas ini, perlu tambah kaunter yuran & pengambilan jubah lagi especially
sehari sebelum konvo atau hari rehearsel sbb masa tu mmg ramai graduate yang akan datang.
Yang paling tak tahan bile ramai yang potong Q..nak kate tak berakal,sumenye bijak2
belaka...time tu rasa macam berebut nak naik tren lagi senang dari beratur nak amik jubah
huhu...

2-pada hari konvo, terdengar rungutan ibu bapa yang tak dapat masuk.."Bagi pas sampai 4,
lepas tu tak ley masuk..".....,"ape la...satu pas bagi masuk sampai dua orang, mane nak
muat"...adik & mak pon ade merungut gak..

Walaubagaimanapon, bukanlah sahaja suka2 nak mendedahkan kelemahan, tapi semoga ini akan jadi pengajaran pada masa2 akan datang..bak kata "seseorang muslim tidak akan pernah masuk lubang dua kali.."

Walau apa pun, sekalung tahniah dan penghargaan buat semua pensyarah yang bertungkus lumus mengajar, serta rakan2 yang banyak membantu selama ini.Tahniah buat semua yang selamat bergraduasi...

gambar(tak banyak coz malas nak bergambar & sebab takde kamera sendiri..huhu)

sementara menunggu nak masuk dewan

now i am a holder of degree in computer science majoring in software development...hooray!!Alhamdulillah


::Antara Garisan::

Saturday, September 5, 2009


"Salam perkenalan..ana hattan, bukan setan eh..."
Antara dialog dalam drama 'Antara Garisan' yang ditonton sebentar tadi.
Untuk yang tidak menonton,sinopsis cerita drama tersebut adalah seperti berikut:

"Mengisahkan seorang ustaz yg melihat seorang perempuan GRO ketika sedang qiamulail di masjid ketika di permulaan cerita, dan diakhir cerita pula, keadaan sebaliknye berlaku apabila perempuan GRO yang telah bertaubat melihat pula ustaz yg telah terlanjur di tempat dan pada waktu yang sama.
Dimulakan cerita, watak perempuan GRO, Ayu yang dibawa oleh Nurkhiriah, tinggal bersama dan menyara adik sepupunya, Wirda lakonan sharifah amani.Walaubagaimanapun, Wirda sentiasa memandang rendah pada Ayu dan nampak babak yang paling jelas adalah apabila dia membakar duit yang diberi oleh Ayu untuk membayar yuran STPM kerana menganggap duit tersebut adalah tidak berkat kerana hasil daripada pekerjaannya sebagai GRO.
Di pihak ustaz pula, ustaz muda itu baru sahaja berpindah ke kampung itu dan dihasut oleh golongan muda yang terlalu taksub pada ekstrem jihad & juga watak Hattan yang telah saya dapat agak adalah watak 'setan' yang menghasut ustaz tersebut secara halus.Pada masa yang sama ustaz tersebut jatuh hati dengan Wirda sehingga mereka ditangkap terlanjur."


Pengajaran yang saya dapat daripada drama ini betapa kadang2 kita sebagai manusia terlalu suka menjatuhkan hukum kepada orang lain kerana merasakan diri lebih baik dari orang lain..Terkadang kita tidak sedar, yang kita juga boleh terjerumus sama seperti orang yang pernah kita hina.Siapalah kita untuk sesuka hati menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Teringat sebuah kisah, seorang lelaki ahli ibadah tinggal di atas bangunan manakala di bawahya pula adalah seorang pemuda yang sentiasa melakukan kemaksiatan. Tiba-tiba, pada suatu hari, terdetik di hati masing2, yang si abid yang dihasut oleh syaitan secara halus yang mengatakan beliau masih muda, maka terdetik hatinya untuk menyertai pemuda yang selalu melakukan maksiat di bawah, manakala pemuda yang melakukan maksiat itu pula timbul hatinya keinsafan dan takutkan dosa, terdetik hatinya pula untuk melakukan ibadah dan bertaubat bersama-sama dengan ahli ibadah di atas.Maka, berlarilah abid ke bawah menuruni tangga, manakala si pemuda maksiat berlari ke atas..Kedua2nya bertembung dan berlanggar sesama sendiri, lalu takdirnya meninggal kedua2 orang tersebut. Allah memerintahkan malaikat untuk menilai amal semasa hidup mereka berdasarkan niat masing2 semasa menggunakan tangga tersebut.

Di akhir drama tersebut, pemuda bernama Hattan itu mengulangi ayatnya.."Aku telah berjanji dan bersumpah dengan Allah..akan menyesatkan umat manusia selama-lamanya..Sebaik2 manusia sekalipon, mereka takkan sedar yang mereka akan melintasi garisan halus untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.."

Na'uzubillahu min zalik.
Mudah-mudahan kite semua diperkuatkan hati untuk meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini.

::Kisah Pengutip Tin Kosong::

Wednesday, May 13, 2009

Selepas pulang dari kerja, kebiasaannya saya akan tiba di terminal putra gombak dalam lingkungan jam 7-8 malam. Seperti biasa, saya mencari-cari seseorang. Dan hari itu, ‘orang’ itu ada seperti biasa..

Insan itu berkulit seperti anak mami dari penang,berpakaian baju melayu serta berkopiah serta mengendong sebuah basikal bersamanya. Jangan salah anggap. Saya ‘mencari’ orang tersebut bukan kerana saya ‘admire’ kan dia, tapi kerana terbitnya rasa kasihan pada insan sepertinya.

Boleh dikatakan setiap hari saya akan memerhatikan pakcik ini. Dari satu tong sampah ke satu tong sampah, dia memakai sarung plastik dan membuka setiap tong sampah di terminal putra itu, mencari tin-tin kosong(yang mungkin untuk dijual). Dia mengambil tin-tin kosong tersebut, dan memijak2 tin2 itu tanpa mempedulikan orang2 sekeliling yang memandang.

Setiap kali memandang pakcik ini, timbul rasa keinsafan.Sedikit sebanyak setiap hari ada yang memberi peringatan ketika diri ini mudah lupa dan leka. Juga sedikit motivasi tika diri down.Betapa kita sebagai manusia kadang2 terlalu mengejar dunia, sehingga kadangkala selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada.

Pengajaran yang saya peroleh melalui kisah pakcik ini adalah saya seharusnya bersyukur dengan apa yang ada kini. Sebagai muslim, sudah semestinyalah saya sentiasa berusaha untuk melakukan dan mengejar yang terbaik untuk diri, tetapi kadangkala mungkin kita harus meluangkan sedikit masa kita berfikir untuk mereka2 yang tidak bernasib baik seperti pakcik tadi.

Pakcik itu tanpa rasa malu berusaha mencari rezeki yang halal.Mungkin dengan itu sajalah dia mampu memberi makan untuk keluarganya.Tapi bagaimana pula orang yang lain yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah, dengan cara yang tidak halal seperti meragut, mencuri & sebagainya?Tanpa sedikit pun mempedulikan nasib orang lain, tidak mengendahkan langsung tentang nyawa yang bakal melayang akibat perbuatan mereka.

1Malaysia sudah pun dicanangkan.. Apabila melihat nasib2 insan sebegini, apakah tindakan kita?Adakah hanya sekadar mampu melihat, memandang dan terlintas di dalam hati..”kesiannya orang tu…”…..

"Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA"

Thursday, May 7, 2009

"Masalah kekurangan tempat di IPTA sedikit sebanyak dapat ditangani apabila kerajaan menaik taraf empat kolej universiti kepada universiti penuh & wujud beberapa universiti baru menjadikan jumlah IPTA sekarang kepada 20 buah.Malangnya terdapat segelintir pelajar yang bersikap negatif terhadap beberapa universiti baru yang dinaiktarafkan sehingga ada yang menolak tawaran universiti berkenaan, walaupun mereka ditawarkan jurusan yang menjadi pilihan mereka.Dengan kata lain, ada segelintir pelajar yang memandang rendah dengan keupayaan universiti baru itu."(Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA",akhbar Berita Harian,Jumaat 8 Mei 2009)

Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa.Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA" benar2 menarik perhatian saya walaupun akhbar utama hari ini memaparkan pergaduhan semasa sidang dun perak. Bukan apa, kerana petikan tersebut seolah-olah berkaitan dengan diri saya.

Kira2 4tahun yang lepas,saya menyemak keputusan kemasukan ke IPTA peringkat ijazah melalui sms pada pukul 1pagi, setelah diberitahu oleh kawan saya. Paparan pada skrin hp saya, "Tahniah.Anda ditawarkan ijazah sarjana muda pembangunan perisian KUTKM."

Hampir tergamam saya ketika.Ketika itu saya masih "buta IT"
"Pebende yang aku dapat ni?Ish kutkm nih lak kat mn?".Banyak persoalan yang bermain di minda sampai menangis saya tengah malam itu. Pada pukul 3 pagi, saya call mak saya yang sedang bekerja shift malam.Malam itu saya tak boleh tido mengenang nasib diri...

Memandangkan saya bukan dari keluarga yang senang, saya teruskan pengajian dalam bidang sains komputer dan di universiti tersebut.Cabarannya besar. termasuk cabaran dalam bidang akademik kerana terpaksa mendalami subjek yag saya 'paling tak minat' iaitu matematik & logik.Cabaran yang paling "memakan hati" apabila ditanya saudara mara, "kat mn u kamu tu..tak pnah dengar pon.."

Tapi ketika itu saya menguatkan hati, menuntut ilmu itu dalah wajib walau di mana kita berada. Bukan di mana tempat kita tempat belajar yang penting, tetapi sejauh mana penggarapan ilmu yang dimanfaatkan sepenuhnya.Semasa proses pembelajaran di sana, KUTKM dinaik taraf menjadi Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).

Kini saya sudah tamatkan pengajian(belum konvo) & Alhamdulillah sudah ada pekerjaan. Sapa kata ex-student "KU" takkan dapat keje..?(^_^)

Teringat pada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216,"...dan belum tentu apa yang kamu rasa baik untuk kamu itu, adalah baik untuk kamu, dan belum tentu jaga apa yang buruk bagi kamu itu, adalah buruk untuk kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.."

Perlu diingat kita sebagai manusia biasa perlu merancang & berusaha, bagaimanapun segala ketentuan dan takdirnya adalah dari Allah swt.Teringat saya ketika matrik dulu, saya merancang untuk menjadi seorang dr psikologi atau kaunselor, tapi takdirnya saya untuk terjun dalam bidang teknikal. 4 tahun yang lepas, saya tidak nampak hikmahnya. Tetapi sekarang, antara hikmahnya yang boleh saya nampak ialah, ketika saya tamat belajar, dan di kala dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi, saya mendapati bidang yang saya ceburi kini adalah antara sektor/bidang yang hampir tidak terjejas langsung oleh krisis ekonomi kini..



Mesiniaga-New Comers..

Wednesday, May 6, 2009

I'll come back as a blogger after i've deleted a month ago(now i undelete it again)..I'm stop for a moment blogging because of some reason..a very 'remeh' ones. I dont think to share it in this blog, because it is very 'personal'..
For friends who has follows my blog, thank you very much for giving me support..i'm now blogging again because of u guys..(^_^)

I think it is not to late to introduced my new friends at my new place..Mesiniaga Berhad..haha tak sangka i'll get my second salary here...(^_^)

dis morning, while i'm on my way to work, at KL sentral, i'm met my supervisor when practical at pnb, encik heemi..i do know y i'm shaking when meeting him...hu2...he said.."keje kat mesiniaga ek..bagus lah wat development.."..Malu dgn diri sendiri sbb dulu pnah ckp kat die yg sy takmo teruskan pekerjaan sbg seorg software developer...hu2


Apabila Lampu Dipadam..

Sunday, March 29, 2009


Semalam, WWF melancarkan Earth Hour, sebagai tanda sokongan penduduk bumi mengatasi kepanasan global bumi dengan menutup lampu. Teringat kata-kata adik saya bila saya bertanya padanya ada ke jiran2 yang tak tutup lampu sepanjang kempen 28 mac, 8.30-9.30 malam , " Siapa yang sayang bumi, tutup lampu. Siapa yang tak sayang bumi, tak tutup lampu.."Kelakar pon ada, terharu pon ada.Tak sangka izzat yang saya sangka masih kecil, boleh beri jawapan sebegitu.


Rumah saya juga turut 'menyahut' seruan Earth Hour itu, kononnya sebagai menyokong usaha bagi mengatasi masalah kepanasan global, walaupun saya sendiri tidak pasti sejauh mana dengan pemadaman lampu boleh mengatasi masalah tersebut. Selepas maghrib, saya tertidur dan bila bangun semula, kelam-kabut saya mencari lilin kerana jam hampir menunjukkan 8.30 malam. Walau bagaimanapon, saya gagal menjumpai lilin. Saya membayangkan kan dalam rumah nanti akan sangat gelap selama satu jam.


Bagaimanapun, sangkaan saya meleset.Rumah saya tidak segelap mana walaupun lampu dipadam. Kawasan ruang tamu masih disinari cahaya dari tv. Kawasan dapur dan bilik air pula terang disinari lampu dari rumah jiran belakang yang tidak padam lampu, manakala kawasan bilik tidur hadapan di atas rumah pula terang disuluh lampu jalan di luar rumah.Oleh itu saya langsung tidak ada masalah untuk membuat sebarang aktiviti di dalam rumah dalam tempoh sejam itu.


Keadaan itu mengingatkan saya pada hati. Kondisi hati. Abu Hurairah ra berkata,Sabda Nabi SAW,"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu bagus, maka akan bagus tenteranya.Jika raja itu buruk, makan akan buruk tenteranya".Hati yang dilahirkan bersih tapi kadangkala 'disalahguna' oleh manusia normal sehingga hati itu menjadi kotor dan gelap. Teringat saya pada orang buta, walaupun keadaan fizikal mata mereka gelap, namun hati yang bersih dan terang mampu memandu mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini.


Selalulah mengingatkan diri..sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa menerangkan hati-hati kita dengan Nur-Nya..Janganlah biarkan Nur-Nya itu terpadam dari menyinari hati kita. Jika cahaya lampu terpadam, masih ada unsur2 luar yang boleh menolong kita seperti lampu jalan di luar, lilin & sebagainya. tetapi, jika cahaya dari Allah terpadam, masihkah ada 'ruang atau unsur' yang boleh membantu kita. Ya, masih ada..tetapi ketika itu terlalu payah untuk kita mendapatkan semula Nur itu kecuali dengan jalan mujahadah yang kental.




Is This What We Call "SACRIFICE"?

Wednesday, March 4, 2009


Kira-kira dua bulan yang lepas, hati selalu merungut..penat kena ulang-alik setiap hari hampir 5 jam sehari ke tempat kerja, sangat stress, 'meluat' dengan staf lelaki 'yang tak faham bahasa', gaji yang dianggap 'ciput' tak setimpal dengan kerja, dan yang paling best hari-hari kena maki hamun..Kekadang pernah tergerak untuk berhenti, tapi disebabkan keadaan kewangan dan keluarga yang tak mengizinkan, saya kuatkan semangat untuk teruskan kerja di sini..

Mungkin kata hati ini didengari Allah..hendak dijadikan cerita. Allah menjadikan adik lelaki saya sebagai asbab untuk 'mengabulkan doa saya'..disebabkan kesibukan mak, saya dan adik saya (di johor) bekerja, sehingga terlupa pada adik manja yang seorang ini.Entah apa silapnya, adik saya buat perangai di sekolah. Kasihan emak, penat memikirkan cara mengatasi masalah ini. Setelah berbincang dengan gurunya di sekolah, termasuklah saya(yang ponteng kerja hari itu kerana hal ini), akhirnya keputusan dibuat.

Saya mengambil keputusan untuk 'resign' dengan izin mak untuk bekerja di tempat yang lebih dekat dengan rumah supaya boleh sentiasa memantau dan menjaga adik saya. Saya tidak pasti sama ada ini keputusan yang betul atau tidak, memandangkan ramai orang yang mengatakan 'agak bodoh' saya berhenti kerja memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Tetapi saya sentiasa berdoa, dan sentiasa yakin yang jalan yang dipilih ini adalah betul kerana keputusan ini juga direstui oleh mak saya. Pada waktu dan ketika yang genting ini, pastilah Allah sentiasa merancang sesuatu yang baik untuk saya.Amiin..

ALhamdulillah tak sampai sehari mencari kerja, saya berjaya menjadi guru sandaran matematik tambahan di sekolah lama saya, SMK Hillcrest.biarpun kerja saya kini, tidak mempunyai jangka masa kerja yang tetap berbanding kerja yang dulu, namun saya akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk setiap kerja yang saya lakukan.Buat masa ini, biarlah saya korbankan masa, tenaga dan diri saya untuk menjaga dan 'membentuk' adik saya agar dia menjadi seorang yang berguna.

Best juga kerja baru ini....Assalamualaykum cikgu..!
(mudah-mudahan kerja ini akan menjadi batu loncatan untuk saya memandangkan saya sudah pun apply untuk kpli ambilan yang akan datang..)

Tagged-fromQynot

Friday, February 27, 2009

kinah...tension tol lah kalo org len ungkit soal ni...anyway, because this is your request, so i do it...well, here goes..This My wedding's Plan Tagged

1. How old are you?

Going to be 23 years old this June(tak mengharapkan sesape p0n wish,,hu2..sedeynye bunyik)


2. Are you single?

abg asyraf dulu pernah cakap, selagi akad nikah belum dilafaz, selagi itulah kite ini masih single!heh

3. At what age do you think you'll get married?

tu perancangan Allah..dalam jangka masa terdekat ni saya tak merancang ape2 lagi


4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?

no idea about 'the person u r wif now'.....sbb takdak..hu2

5. If not, who do you want to marry?
my answer still..'dalam perancangan Allah'

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
my best frens!hopefully my sahabiah2 from kisas,kmm and utem...


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
traditional kot...wat majlis akad nikah kat umah t0k p0n dah cukup...he3

8. Where do you plan to go on honeymoon?
around the world in 8o days.kalo my future husband tak mampu, bace buku tuh aje p0n dah cukup...he3

9. How many guests do you think you'll invite?

kalo mampu, nak jemput sumer lah


10. Will that include your exes?

no idea about who was my ex..

11. How many layers of cake do you want?
kalo 10 tingkat, okey tak?

12. When do you want to get married, morning or evening?

monin

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding:

Permata Yang Dicari...he3 sesuai tak

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

makan gune tangan kanan, kalo yang nak pakai sudu n garpu tu, ske ati dieorg lah

15. Champagne or red wine?
say no tao champagne and red wine

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

tengok dulu cuti tahunan cukup ke tak


17. Money or household items?

mane2 p0n boleh.


18. How many kids would you like to have?

satu team futbol..?

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
kalo de video cam yg berteknologi tinggi,yes.

20. Whose wedding plan would you like to know ?
hey2!
tangan gatal nk tag org nih

-sakinah(u dah wat..so takyah lah..he3)
-mun
-alya
-aisyah che
-ain jaafar
-dan sesape lagi yang rase nak wat.....

Jom Memahami Seni

Thursday, February 26, 2009

Hurm..Hari ini saya rasa agak bengang.Saya disuruh ke P1 Paddock, tapi bila menunggu di sana hampir dua jam, saya disuruh balik kerana tiada apa yang perlu saya buat di sana. Mujurlah hari ini saya cuti, dan saya akan dibayar OT, jadi kurang sedikit 'kebengangan' itu.

Saya kemudian mengambil keputusan untuk singgah KLCC sebelum balik ke rumah, bukan untuk melepak (QA manager cakap saya ke klcc untuk melepak), tapi sebenarnya untuk melawat Galeri Seni Lukis di tingkat 3. Menurut kawan saya, ada sesuatu yang menarik di sana. Saya dengan sikap yang tak pernah paham dan x pernah minat seni sejak sekolah rendah, menggagahkan diri keseorangan untuk berjalan ke galeri itu.

Galeri itu memaparkan karya-karya seni beberapa pengkarya seni cetak kontemporari negara seperti juhari said, kim ng, izan tahir, zulkifli yusof dan shahrul jamili, serta pelukis jeganathan ramachandram.
Sungguh, seorang yang sukakan sastera dan mendalami sains seperti saya langsung tak memahami hasil-hasil arca dan lukisan yang dipamerkan.di tepi-tepi lukisan, cuma ada nama pengkarya, tajuk karya dan juga bahan-bahan yang digunakan. dan tiada langsung deskripsi karya mengenai persepsi pengkarya. bagi saya mungkin ini satu kelemahan yang perlu diatasi sekiranya galeri seperti ini ingin menarik minat lebih ramai golongan muda dan juga yang bukan mempelajari seni seperti saya.Sebenarnya saya tak sangka yang hasil tampalan membentuk muka manusia, muka manusia daripada duit syiling,contengan(??),tanah liat dan juga replika pagar yang dibuat daripada wayar merupakan hasil karya seni yang diiktiraf tinggi..

apa yang menarik perhatian saya, karya lukisan oleh jeganathan ramachandram..kesemua 14 lukisannya adalah hasil daripada pemikiran dan persepsinya tentang sikap seseorang berdasarkan hari kelahiran lelaki dan perempuan, yang tidak didasarkan daripada mana-mana agama. memang saya tidak boleh mempercayainya seratus peratus, tetapi saya begitu teruja untuk mengetahui pendapat pelukis in tentang sikap manusia, apatah lagi melibatkan hari kelahiran.Ini yang sempat saya salin.

Lelaki
Isnin-The StoryTeller
Selasa-The Explorer
Rabu-The Innovator
Khamis-The Philosophor
Jumaat-The Orator
Sabtu-The Entertainer
Ahad-The Philantropist


Wanita
Isnin-I am the observer, tracing life and its wonder
Selasa-I am the healer,who serenades the aroma of passion
Rabu-I am the seed of innoncence that blooms for love
Khamis-I am the balance of the mind and spirit
Jumaat-I am the beauty that sees through the mirror of life
Sabtu-I am the dancer,the dance and script of joy
Ahad-I am the guardian of the sky, watching big and small move


sebenarnya inilah yang menarik saya untuk datang ke sini. Seorang kawan saya yang menceritakan tentang galeri ini dan pelukisan jeganathan itu adalah kawannya. Sebelum itu, saya ada bertanya tentang hari kelahiran saya. Dia menjelaskan, kawannya yang merupakan pelukis itu berpendapat, penjelasan mengenai sikap manusia lelaki dan perempuan pada hari yang sama adalah tidak jauh berbeza. Dia berkata yang hari kelahiran saya sama seperti tun mahathir, barack obama, oprah winfrey dan nicol david. Di mana orang2 ini dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai pemikiran luar biasa, mempunyai tokoh kepimpinan dan juga mampu merubah dunia. Tercengang juga saya mendengar. Adakah saya seorang yang dilahirkan seperti itu..??

Moral of the story for today:Hari ini baru saya belajar untuk menilai seni.Selamai ini saya 'membenci' seni kerana menganggap yang saya tidak pernah ada bakat dalam seni. Seni merupakan antara aspek yang dititikberatkan Islam.Marilah kita mendalami, menghayati dan memartbatkan kesenian Islam..Yakinlah seorang muslim boleh melakukan apa sahaja selagi mana tidak melanggar batasan syarak..=p

Once Upon a Time at P1

Tuesday, February 24, 2009

hari ini saya sekali lagi ke Packet One Network (M) Sdn Bhd di jalan templer, petaling jaya kerana training untuk produk terbaru Packet One iaitu P1 Voice.Pergi ke bangunan P1 memang amat saya sukai, kerana bangunannya yang agak ekslusif, di samping dapat minum percuma..=p

rata-rata pekerja di P1 adalah nonmuslim, bermaksud ramai stafnya terdiri daripada kaum cina dan india.tidak hairanlah memandangkan ceo juga adalah daripada kaum cina.jarang-jarang sekali dapat melihat orang melayu Islam, yang ada pun hanya pelanggan yang keluar masuk untuk urusan produk P1.

dalam hati saya kadangkala resah, adakah surau untuk muslim di dalam bangunan yang majoriti pekerjanya bukan Islam. Bukan senang saya hendak keluar mencari surau di luar, memandangkan saya sendiri datang dengan pengangkutan awam dan juga faktor kedudukan bangunan P1 yang boleh dikatakan berada di tepi lebuh raya.
akhirnya, saya memberanikan diri bertanya kepada receptionist di hadapan lobi..

"excuse me miss, is there any surau for muslim here?"
"yes, at fifth floor"
"ok thanx"

saya menarik nafas lega.sangkaan buruk saya meleset sama sekali.tidak mungkin sebuah syarikat dengan bangunan yang besar tidak menyediakan surau untuk stafnya walaupun bilangan staf Islamnya sedikit.sejak tamat latihan industri ini, saya terlalu banyak bergaul dengan kawan2 nonmslim, dan saya patut tahu yang kadangkala, kawan2 nonmuslim ini lebih menghormati agama Islam yang saya anuti jika nak dibandingkan dengan sesetengah orang Islam lain.

saya segera melangkah ke surau.biarpun masih ada 30 minit lagi sebelum masuk waktu zohor.tingkat itu agak sunyi, mungkin tingkat ini hanya ada surau dan bilik untuk bermesyuarat. surau tersebut agak selesa, walaupun ruang untuk muslimat agak sempit.ruang muslimat & muslimin hanya dipisahkan oleh tirai. suasana pada mulanya agak sunyi dan membosankan.lantas saya keluar sebentar untuk mencari minuman.

apabila saya pulang, saya dapati sudah ada beberapa kasut lelaki di hadapan pintu surau muslimin. bila saya melangkah ke dalam, terdekat suara seseorang menyampaikan tazkirah dalam bahasa Inggeris tentang Yakjuj dan Makjuj.Saya bersyukur, kerana di dalam syarikat yang sebelum ini saya anggap 'tiada' muslim. rupanya masih ada lagi 'penggerak dakwah' di dalam syarikat Michael Lai ini.Cuma sedikit kerugian bagi saya kerana tidak mendengar tazkirah ini sejak mula lagi.

Antara isi penting yang sepat saya dengar adalah berkenaan di dalam al-Quran disebutkan tentang raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui sekumpulan manusia terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau untuk melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj daripada mendatangkan kerosakan kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 96-96."(berkata Zulkarnain), Berilah potongan-potongan besi itu.Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain,"tiuplah api itu"Apabila besi itu menjadi merah seperti api, dia pun berkata,"berikan aku tembaga yang mendidih supaya ku tuangnya ke atas besi panas itu"Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu melubanginya."(Surah al-kahfi:96-97)

antara pengajaran yang diperoleh dalam kisah di atas adalah betapa pentingnya umat Islam untuk menguasai teknologi pada masa kini, selagi mana tidak mengabaikan kepentingan akhirat dalam mencari jalan menyelesaikan masalah. Umat islam juga digalakkan agar sentiasa kreatif dalam mencari idea, bukan sekadar mempunyai satu jalan penyelesaian sahaja, malah mempunyai banyak alternatif-alternatif lain bagi mengatasi masalah.Sebelum tazkirah berakhir, ada satu suara(mestilah saya tak tahu siapa yang bercakap kerana saya di belakang tabir..hu2) mengingatkan kembali semua yg hadir,"kebanyakan daripada kita yang mengetahui kisah yakjuj dan makjuj serta dajal, terlalu memandang pada perbuatan buruk mereka itu dan sering kali mengharap untuk berada jauh dari yakjuj,makjuj serta dajal. Sepatutnya kita harus menukar persepsi, bahawa untuk mengelakkan dari perkara-perkara buruk tersebut, yang paling penting sekali adalah datang dari diri kita sendiri, sejauh mana kita berusaha mengislahkan diri, memperbaiki diri agar bertambah iman, amal dan akhlak.Pendek kata, segala-galanya bermula dengan diri sendiri.."


-peringatan untuk diri saya sendiri-

Mereka Mengataku??

Monday, February 23, 2009


seorang junior mengeluh di dalam emelnya.."ada yg mempersoalkan mengapa ana memakai pakaian longgar...x mcm pompuan lain..."

secara peribadi, pakaian merupakan satu 'ujian' yang besar bagi seorang perempuan muslimah. Saya juga tak pernah 'terlepas' dari ujian ini. Jika bukan hati yang berkata jahat, pasti ujian itu datang daripada orang2 sekeliling, termasuk dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

saya sendiri selalu sahaja mengalami situasi ini, menyebabkan saya sudah lali untuk mendengar 'tohmahan' orang tentang cara saya berpakaian.satu hari ketika satu sesi inteviu di sebuah syarikat di kuala lumpur, saya bersembang dengan seorang rakan yang juga datang untuk mencari kerja.

"muzlifah awak orang mn?"
"saya dari gombak"
"menyewa dengan kawan2 ke?
"takdelah...duduk dengan family"
"eh?laa ye ke....saya ingatkan awak ni dtg dr kmpung kat negeri...ye lah sbb tengok cara awak berpakaian...."

kata-katanya terhenti di situ. sejurus itu timbul persoalan di hati saya...'kenapa?tak layaklah orang yang berpakaian longgar sedikit dari orang lain hidup di kuala lumpur?'
mengapa persepsi orang sekarang kehidupan di bandar adalah untuk orang2 yang stylo, trendy dan seksi?
Bertambah sedih apabila membaca akhbar baru-baru ini yang memetik kata seorang artis beragama Islam,"saya hanya seksi, bukannya bertelanjang.."

saya bagaimanapun sudah biasa dengan situasi ini..sejak di utem lagi, bila pergi ke mana2 dgn housemate dan classmate, orang akan terkejut bila saya mengatakan saya sudah menetap 22 tahun di kuala lumpur.adakah kerana perwatakan saya?saya rasa tak mungkin kerana yang paling menonjol adalah kerana cara saya berpakaian.

post sebelum ini pernah saya katakan, pada zaman jahiliyah dulu, saya sangat2 gilakan komik Dragon Ball. Jahiliyah tersebut merupakan zannul jahiliyyah, jahiliyyah sikap dan nilai. sikap yang terlalu fanatikkkan hiburan yang tidak berfaedah dan yang paling teruk boleh menjejaskan akidah. Kini, kotak pemikiran saya dilanda satu lagi kejahilan, iaitu tabarruj jahiliyyah.

pada zaman serba-serbi canggih dengan teknologi terkini, ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan kita juga semakin lama, semakin mundur ke belakang kembali ke zaman jahiliyah.
Pada zaman dahulu, wanita tidak segan silu untuk berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan, dan pada masa kini, memang terlalu terang dan nyata masih ramaiyang mengulangi perlakuan wanita zaman jahiliyah itu.

Menurut Imam Muqatil bin Hayyan, "Tabaruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher,rantai dan subang mereka."..Kata- kata Imam tersebut jelas berlandaskan kepada firman Allah.."Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka,putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, wanita mereka, budak yang mereka miliki, pelayan lelaki yang tidak berkeinginan syahwat atau anak2 yang belum mengerti aurat"(surah An-Nur:31)

beberapa golongan di barat mengagumi cara Islam memelihara wanitanya. Sebagai contoh, R stevenson menulis di dalam Toronto Star 23 januari 2002.Antara tulisan beliau.
"semasa saya & rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga2 wanita tadi berbisik sesama sendiri berhubung kedua wanita Islam tadi."Mengapa mereka berpakaian seperti itu?Saya bersimpati dengan mereka!"Ketiga2 wanita itu membayar il dan terus beredar.Mereka memakai seluar yang ketat,skirt singkat, kasut bertumit tinggi,gincu tebal, dan bahagian dada yang dideahkan secara mengghairahkan.Kami alihkan pandangan pada dua2 wanita Islam tadi.Tudung mereka yang hitam menzahirkan sopan santun.Gaya mereka nampak asli.Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian sopan menakutkan wanita barat. Kenapa?Adakah kerana mereka tak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang, kami dapati wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk2, berbelanja lebih dan berdiet bagi menari perhatian kaum lelaki atau wanita.Kami dapati wanita2 Islam itu lebih menarik dari wanita Barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab sopan suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat lebih jauh, mengelak dari memakai seluar ketat dan tumit tinggi, mereka mendapati bukan keyakinan tinggi sebaliknya perasaan terdesak menarik perhatian.Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam"(Minda Muslim Super,Dr. Danial Zainal Abidin)

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermaksud lambang penindasan bagi wanita, tetapi sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan wanita jahiliyah. Betapa Islam mengangkat tinggi martabat wanita.Kawan-kawan semua, marilah sama-sama menghindari gejala tabaruj jahiliyah ini, memandangkan tabaruj jahiliyah ini merupakan antara faktor utama berlakunya keruntuhan akhlak dan moral masa kini..Islam tidak pernah memberatkan umatnya, kita hanya perlu melabuhkan tudung ke dada, berpakaian longgar dan tidak jarang.Mudahkan..??


DragonBall dan Masa Silam

Sunday, February 22, 2009


Petang tadi saya dan mak melayan izzat yang meragam. Macam biasa tv terpasang tanpa penghuni rumah mempedulikannya.Satu per satu iklan ditayangkan, tapi saya buat endah tak endah. Tiba-tiba, ada satu iklan yang menarik perhatian saya.Iklan 'DragonBall Evolution in cinema 12 March 2009'.

zaman jahiliyyah dulu semasa sekolah, saya memang 'gilakan' komik DragonBall.Boleh dikatakan sangat fanatik atau 'kipas-susah-mati' komik tersebut. Setiap keluarannya dari awal hingga akhir saya beli dan buat koleksi( tapi koleksi tersebut dah lama berkubur di dalam lori 'old-news-paper-paper-lame'.)

Ketika itu terasa seolah-olah "ibarat bertemu kekasih lama yang telah lama hilang"..hati saya tersentak tiba-tiba..'hati yang cuba dibersihkan' dari pengaruh komik dan hiburan yang melalaikan cuba disuntik semula dengan kisah silam.
Ya Allah, kuatkanlah hatiku agar tidak mudah tergoda dengan mehnah duniawi ini...amiin..

I've Been Tagged-From Mun

Tuesday, February 17, 2009

I've been tagged..tagged yang kedua saya buat.Tagged kali ini agak menarik..The first tagged menguji samada betulkah saya mengenal diri sendiri dan tagged kali ini menguji sejauh mana saya betul2 'mengaplikasikan' konsep ukhwah dengan kawan2 saya...

Rules and regulation (copy daripada mun..okey mun harap mun puas ati =p) :-

-Do not copy answer.
-The tag question must be 100% the same.
-Tag people BEFORE doing tag.
-Tag 9 person okey.

nak tag sape ea:-
1. mun -BITS, UTeM
2. sakinah norkhair -KMM, USIM
3. syarzielah -KMM,USIM
4. nurul -UTeM,UMP
5. watib -BITS,UTeM
6. Qatr Nada -KMM,UMS
7. Anis -KISAS, Universiti of Toyama
8. Ain-KISAS,UPSI
9. Aisyah Che Yahya -KISAS, University of Nottingham

1.How do you know 1?
I adalah klasmate saya di utem,..tapi mula2 saya tak pernah 'recognize' yang dia adalah klasmate saya.Perkenalan kami bermula ketika kami hendak menyertai satu kem.Kami berjumpa di kawasan rumah kedai(hostel siswi UTeM) ketika menunggu dan persahabatan kami bermula...

2.What would you did if you never meet 2?
She is one of my most trusted friend. Kalau dia takde, saya takde kawan untuk mengadu kisah sedih. Antara kata2nya yang saya masih ingat hingga kini,(ketika itu saya bercerita tentang kisah hidup saya.."Moli janganlah sedih..anggap je abah kita macam abah moli gak..(owh, i am always pray for ur dad also, kinah..)

3. What would y0u do if 3 and 4 dated you?
3 dan 4 adalah sahabat yang amat rapat dengan saya. So, saya sangat gembira bila dapat 'date' dengan mereka...Saya paling suka ajak keluar makan

4. Would 5 and 6 make a good couple
I dont think so...5 dan 6 tak pernah berkenalan...

5. Do you think 7 is attractive?
Wow, really really really attractive! She is really georgeous!

6. Do you know anything about 8's family?
kakak ain pon exkisas gak..da kawen...

7. Tell me something about 9?
Sangat peramah,baik hati and happy-go-lucky...(misz u so much aisyah..)

8.What language does 2 speak?
Malay of course..But she also good in speaking English..and arabic tu...i'm not sure if she knows french...=p

9.Who is 3 going out with?
with her fren lah..sape lagi...

10.How old is number 4?
will turn into 22 this march

11.5?
23 this february

12. Who is 6's favourite singer?
Not sure..maybe kumpulan nasyid qatrunnada kot...=p(alamak kak long, taaruf fail)

13. 7?
Artis ker..?ntah lah..myb she admiring japan's singer...hu2

14. Is 8 single?
I don't think so..=p

15. What's 9 last name?
Che Yahya

16. Would you consider being in a relationship with 1?
Yeah..sahabat dunia akhirat..ukhwah fillah abadan abada

17. Which school does 2 go to?
Sekolah Menengah Islam Hidayah

18. What do like about no 3?
Very soft-spoken..and always be there when i need her...




Tahniah Adik2

Monday, February 16, 2009


B.A.D.A.R- Badan Dakwah dan Rohani
Nama yang sudah agak sinonim & sebati dengan diri saya sejak di kisas lagi
kisas lah tempat mula-mula saya ditarbiyah, diperkenalkan dengan biah solehah, ditautkan ukhwah dengan sahabat2 yang lain
kisas tempat saya menyedari, bahawa memasuki kisas sebagai antara sbp terulung di malaysia, bukan bermaksud untuk mencari ilmu duniawi semata-mata, tapi yang lebih penting adalah keikhlasan untuk mencari ilmu ukhrawi..
kisas menjadikan saya lebih 'berakhlak'..percaya atau tidak...ramai kawan-kawan semasa di sekolah rendah terkejut bila mengetahui saya adalah 'lulusan' kisas, mungkin kerana 'character' saya yang agak 'nakal', 'otai' dan tak suka pakai tudung semasa sekolah rendah...
kisas sebagai tempat pemula, ALhamdulillah kisas juga seolah2 telah menjadi 'platform' kepada saya untuk terus menerima hidayah dan petunjuk Allah...

Kini, seolah-olah tidak percaya saya kembali 'menemui' B.A.D.A.R' di UTeM.
memori lama, antara 'senior' badar yang mula-mula saya temui semasa saya temui semasa mhs adalah kak jannah, kak nasz, kak zura, abg sar & abg haris.
peristiwa yang paling 'mengharukan' apabila semasa mhs, saya dipapah oleh kak nasz n kak zura balik ke hostel apabila kaki saya terseliuh.
di situlah tautan kami bermula...
B.A.D.A.R satu ketika dulu pernah memenangi anugerah persatuan paling aktif ketika berada di bawah abg asyraf..
setelah lama penantian, akhirnya zaman kegemilangan itu berjaya direbut kembali oleh adik2 pelapis generasi B.A.D.A.R
tahniah dan takziah adik-adikku!

tahniah kerana berjaya melakukan gerakkerja dakwah dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah
takziah kerana anugerah ini merupakan satu ujian dari ALLah, jika kita leka dan lalai dengan anugerah ini, maka semakin kita mendekati dengan kemurkaan Allah..

aik-adikku generasi pelapis dakwah
teruskan usahamu dalam memartabatkan dakwah Islam
sememangnya tugas ini bukan mudah, malah berat sekali
perumpamaannya satu kaki kita berada di syurga, dan satu kaki berada di neraka
perkuatkanlah tautan ukhwah, tsabatkanlah tali perjuangan
teruskan usaha untuk menyampaikan risalah Rasulullah SAW..

::Bukti Cinta ::

Saturday, February 14, 2009





Satu perbualan melalui sms kira-kira 3 tahun lepas

saya : " Kak long, kak long jadi tukar course, amik TESL di UPM?
kaklong : " Kak long tak jadi tukar la moli, kak long nak stay UMS je..?"
saya : " Aik? nape lak kak long? kalau kak long tukar UPM..kan senang nak trn nak
melaka...jenguk adik2..sian moli kat sini..sorang2..."
kaklong : " bukan macam tu moli..mula2 memang kaklong ingat kaklong tak sanggup nak
dok sabah ni..tapi bila kaklong tengok ramai remaja muslim kat sini
yang tak reti nak solat even dah layak jadi mak bapak p0n, kak long rasa
terpanggil untuk bantu mereka di sini..ala2 dekat semenanjung tuh kan
ada ramai lagi sahabat2 yang ley backup moli =p"

SMS bersama kak long itu tiba2 terlintas di hati..Betapa pentingnya keutamaan berdakwah kepada umat Islam yang tidak mengetahui, terutama bila ia melibatkan perkara wajib yang wajib dilaksanakan oleh umat ISlam.Disebabkan itu, kaklong korbankan kepentingan demi menyahut seruan itu.

Tapi bukan kisah kak long yang nak diceritakan..Kisah itu tiba-tiba timbul di benak fikiran apabila berlaku satu perbualan dengan seorang lagi staf baru di ofis.

"Muz..muz solat zohor ke tadi?"

"Aah..solat dah. NApe? Td solat kat ne?"

"Ade surau ke kat sni?"

"Ade...kat bwh je.trn tangga then nampak bangnn putih bumbung biru.Yang itulah.."

"OOOO..yang macam tandas ker..aku ingat tandas awam..Aku tak arr..Aku qada' je sume kat umah..sekali zohor, asar, magrib..."

Saya terdiam..Dalam hati, berfikir, kenapa semudah itu meremeh2-remehkan solat.Dalam hati, kuat memberontak mengatakan tidak boleh qada' solat begitu saja, memandangkan kemudahan surau, air untuk berwuduk & masa rehat yang cukup tak pernah menjadi kemudaratan untuk menunaikan solat tepat pada waktunya. Jika sakit sekalipun, Islam ada memberi garis panduan mengenai cara bersolat mengikut keadaan yang termampu oleh pesakit. Sedangkan sahabat Rasulullah saw di zaman perang juga menunaikan solat tepat pada waktunya. Jika tidak air sekalipun, Islam mengajar umatnya supaya berwuduk secara bertayamum menunjukkan betapa pentingnya solat.Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita mengabaikan solat. Jika terlupa sekalipun, solat perlu diqadha semula apabila sudah teringat semula.Tapi mulut saya terkunci dan tidak berani untuk menegur lelaki yang tua lebih 6 tahun dari saya itu. Pengalaman menegur kawan-kawan lelaki sebaya semasa di kampus dulu membuat saya serik untuk menegur lelaki..(Saya yang ego kah..atau lelaki yang sememangnya ego..?)

Bahayanya meremehkan solat..Dalam Surah Maryam,ayat 59 Allah SWT berfirman," Maka akan datanglah selepas mereka pengganti yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan.." Di dalam firman ALlah tersbut, Abdullah ibn Abbas menjelaskan, "maksud 'mensia-mensiakan solat' bukanlah meninggalkan solat, tetapi sengaja melewatkan solat dari waktunya"..Imam Said ibn Al-Musayyab menambah " mereka melaksanakan solat zohor di dalam waktu asar, solat asar di dalam waktu maghrib, solat maghrib di dalam waktu isyak, solat isyak di dalam waktu subuh & solat subuh dilewatkan sehingga matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik( Al-Asas fit Tafsir). Jika melewatkan2 solat sahaja sudah begitu teruk azabnya, cuba bayangkan jika meninggalkannya..!

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh orang Islam. Solat juga merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Khaliq. Solat membantuk akhlak dan perilaku seseorang muslim.Solat jugalah amalan yang akan mula-mula sekali dipersoalkan di akhirat kelak.Jika ditolak solat kita, maka seluruh amalan kita akan ditolak. Ini menunjukkan begitu pentingnya solat oleh seseorang yang mengaku beragama Islam. Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman, "sesungguhnya telah berjayalah orang2 beriman..yang khusyuk dalam solat...yang memelihara solat mereka.."(Surah Al-Mukminun ayat 1-2,9)

Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang mengerjakan solat, bermakna dia menegakkannya. Dan sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.Seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi,nabi bersabda, " Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya". Sanggupkah kita menjadi peruntuh agama?

Rasulullah SAW bersabda.." Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman ALLah yang bermaksud : "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku"(Riwayat Bukhari)

Post kali ini tidak mahu memburuk sesiapa. Tapi bagi yang 'terlupa' dan ' tersedar', masih belum terlambat untuk berubah. Tunjukkan bukti kecintaan kita kepada Allah, dengan cara menjaga dan memelihara solat..

Bahaya Ajaran Sesat(1)

Wednesday, February 11, 2009

Hari ini saya duduk berhampiran beberapa staff senior yang lain. The senior are Kak jenz and kak...(opps forget her name). Mereka bercerita tentang sesuatu yang agak menarik perhatian, iaitu tentang ajaran sesat.

Kak Jenz bercerita..(bahasa lebih kurang seperti yang digunakan..penceritaan mungkin tidak berapa banyak fakta kerana saya hanya menyertai ketika cerita sudah separuh jalan..setakat yang didengari)
"Ko tau, nasib baik la aku tak bodoh ikut die tuh..sikit lagi die nak nak tarik aku jadi pengikut die..ape taknye..kawan aku bawak aku datang jumpe die sbb nak berubat...kalo die suh aku mandi limau ker..aku tak kisah lah, ni tak merapu2 die cakap ngan aku..ade ke patut die cakap, sia2 aje tunggang tonggeng terbalik solat,doa kat tuhan, bukannye sampai terus kat tuhan, silap2 ari bulan tak smpi langsung, sbb tu doa tak makbul.sbb tu die ajak ikut die.die cakap die gunakan kaedah jin Islam, kalo ade hajat, die sampaikan hajat die melalui jin islam die tu pastu direct ley smpai kat tuhan. Tak ke mengarut tuh"

Kami terus mendengar.Penuh minat.

"Yang aku peliknye.Dia tuh kapten M.A.S,bini die keje ape tah, tapi macam educated gak la..apetah lagi die cakap tapi merapu giler lah. Aku tanya die, ko ni bawak ajaran macam ayah pin ker..pastu die cakap mcm2 mau mengelak.Ntah arr nasib baik arr aku tak ikut die.Kawan aku tuh pun satu, ade ke bawak aku jumpe org mcm tuh"

Saya menyampuk..tunjuk minat
"akak, pakcik tu bawak ajaran Qadiani ker?saya pernah tengok banner kat selayang, tunjuk ajaran sesat qadiani takley ikut.."

Kak jenz jawab
"Ntah, aku pon taktau. Qadiani tuh pon aku tak pnah dgr.Hai skang ni macam2..."


Pokok pangkal segala masalah ajaran sesat ini berpuca dari akidah. Aidah yang tidak betul2 'mengikat hati' kepada Yang Maha Esa. Tanpa ikatan hati yang kuat, maka mudah rapuhlah hati..

Jalan Hidup

Tuesday, February 10, 2009

Sabda Rasulullah saw..”Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik.Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman,iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu juga lebih baik untuknya.”(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)

Kehidupan ini ibarat roda.Sekejap kita bergolek di atas, sekejap kita bergolek di bawah.. Aturan roda kereta misalnya, ditentukan oleh pemandu kereta yang juga merupakan pemilik kereta. Sekiranya pemilik itu memandu laju, maka kemungkinan yang buruk seperti kemalangan akan berlaku.tetapi jika pemandu berlaku dengan cermat, maka akan selamatlah perjalanan. Ingin dikatakan di sini bahawa keadaan kereta itu ditentukan sepenuhnya oleh pemilik kereta, tanpa boleh dibantah sedikit pun oleh kereta itu (kalau lah kita boleh mendengar rintihan kereta itu)..Analogi ini bermakna, segala ketentuan Allah perlu diterima kita, kerana Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya ( "..Boleh jadi sesuatu yang baik untuk kamu, dan boleh jadi juga sesuatu yang buruk itu baik untuk kamu..." :Surah Al-BAqarah:216)

Bulan lepas saya mengikuti training yang diadakan oleh CareerXcell untuk Mesiniaga Berhad (betul ke ni..?). Technical Training tentang Lotus Domino 8 System Administrator (Sir Anand) dan juga Character Building Training yang diconduct oleh Alang dan Joe dari unit PLKN. Mungkin tiada apa yang menarik tentang training ni, selain daripada mendapat ilmu baru tentang lotus, dapat elaun dan juga berkenalan dengan kawan2 baru yang pakar dalam IT dari seluruh Malaysia. Kak Ummu BITD & Risha BITM (UTeM), PG & Man (UMP), Adda, Awie, Kak Zura, Naim, Ly, Raouf, Zharif,Yunus (PUO), Azza, Nurul, Hanis, Ija (UITM), Soosai (Unimas), Mawar (UTM), Malini(USM). Thanx guys for giving such exciting and experiencing ‘a short-term’ friendship.

Kata-kata Alang, “Don’t ever regret with what ever things that you have chosen, even though it is good or bad to you. Belief me if you don’t do the choice, you will not be one the luckiest people who will seat here (hu2…lucky ker..?). Sejenak saya terfikir, selama ini kadang2 saya menyalahkan diri saya kerana ‘dipilih’ untuk menyertai bidang ini. Teringat sehari sebelum keputusan IPTA dikeluarkan ( ketika itu saya di Hotel Dynasty menyertai perhimpunan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Matrik Kebangsaan bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara), Menteri Pengajian Tinggi itu ada mengatakan (tak ingat plak sapa) Setiap apa yang kursus yang awak semua akan dapat semua adalah ‘dipilih’ untuk awak semua, jadi buatlah yang terbaik.

Hari ini, saya berada di sebuah syarikat berstatus MSC. Pengalaman ditawarkan kerja merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tapi tanpa saya sedari waktu itu juga merupakan pengalaman yang agak sukar bagi saya. Kehidupan di kampus tak sama dengan kehidupan di pejabat. Agak lama saya berfikir, mungkin sebenarnya saya masih belum bersedia untuk keluar kampus. Baru dua minggu di pejabat, saya sudah terasa nak resign..(Huh)

Seterusnya isu yang masih menjadi pro & kons dalam diri saya ialah tentang peperiksaan ptd...Saya tak pasti mengapa saya memilih ptd sebagai pilihan pertama semasa mengisi spa dua bulan lepas tapi yang pasti kini, saya dah menerima panggilan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Mungkin saya patut bersyukur kerana sudah dipanggil memandangkan ada kawan2 yang dah lama mengisi borang tersebut masih belum dipanggil lagi. Kini yang menjadi persoalan adalah patutkah saya pergi? Isu ini timbul apabila seorang kawan lelaki memberitahu latihan ptd tidak sesuai untuk muslimat seperti saya.Kenapa?Mungkin kerana pergaulan agak sosial?Ntah lah.

Apa pun, saya akan beristikharah.Tak sangka isu seperti ini pun sesusah sama seperti untuk memilih bakal suami.hu2. Apa pun terima kasih abang mohsen, alya, ly PUO dan asyraf dinie yang dah bagi pendapat masing2............................

W.J.I.C

Sunday, February 8, 2009




Rasanya belum terlambat lagi untuk mula memboikot barangan Yahudi (bagi yang belum memulakan) dan juga bukan masanya untuk berhenti memboikot(bagi yang sudah lama memulakan). Kebanyakan barang-barang Yahudi memang tidak dinafikan lagi dengan 'kemasyhuran' dan 'kualiti' barangan buatannya, tetapi jika barangan tersebut melibatkan barangan makanan, pakaian dan aksesori perhiasan, lebih baik dihentikan sahaja penggunaannya kerana jika kita tidak menggunakannya sekalipun, tidak akan mati kita kerananya. Masih banyak lagi pilihan makanan, pakaian & aksesori alternatif lain yang masih boleh digunakan.

Mungkin ramai akan mengatakan cakap memang mudah. Bagaimana pula dengan penggunaan perkakas dan perisian komputer seperti microsoft,intel dan ibm yang keuntungannya disalurkan kepada yahudi? Semasa saya di Kolej Islam (KISAS) dulu, seorang naqibah pernah mewartakan supaya 'memboikot' Yahoo & penggunaan Yahoo Mail kerana dikatakan Yahoo itu sendiri merujuk kepada yahudi.Sejauh mana kebenarannya saya pun tidak pasti, tapi secara logik akalnya, memang ada kemungkinan pemiliknya akan menyalurkan keuntungan kepada yahudi.

Zaman kini menyaksikan hampir setiap orang di seluruh dunia menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh warga usa & yahudi. Dan memang dirasakan bahawa setiap umat Islam di dunia ini seolah-olah tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menggunakan perisian dan perkakas ini. Dan jika umat Islam tidak menggunakannya, maka besar kemungkinan Islam akan terus mundur. Bukan saya hendak menggalakkan, cuma ingin saya tekankan di sini betapa umat Islam perlu terus belajar dari yahudi agar satu ketika nanti umat Islam mampu menghasilkan teknologi yang jauh lebih bermutu tinggi dari teknologi mereka, dan pada ketika itu memang tidak perlu diragui lagi untuk umat Islam sepenuhnya memboikot barangan mereka.

Orang-orang yahudi juga telah berjaya mempengaruhi cara hidup umat Islam kini. Tidak perlu melihat terlalu jauh, terlalu banyak hiburan yang menarik minat remaja Islam, malah merokok dan pergaulan bebas juga menjadi trend remaja kini...

Di bawah ini adalah tesis phd dari seorang doktor yang telah diterjemah ke dalam bahasa malaysia

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?"...Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,dari segala bidang, kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya,di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan keranateman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanyakepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa penat beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapatmerosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibuyang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yangg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumahYahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo(larangan), apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu merekaakan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumahmereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen,ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedariawal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itubijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6tahun ke belakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi(menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains danmereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkalakelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagiianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa keinstitute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun diuniversiti, para penuntut di bidangniaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka,menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun,mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran merekaialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untukYahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akanbekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurutlandasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketikasang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah carapemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi ygtinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, darirestoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segeraterbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapamereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakahkedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukanakibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan sayakira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak danbersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
-Dr. Stephen Carr Leon-

Inilah cara orang-orang Yahudi menjaga diet dan ibadah mereka
Islam juga menyediakan kaedah terbaik bagi menjaga umatnya
Oleh itu marilah kita menjadikan Islam sebagai cara hidup
mari membina generasi muslim yg lebih bijak drpd mereka
Dipetik daripada emel sebuah yahoogroup

H.A.T.I


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami HATI seperti ini

a.HATI yang SEDAR
Firman Allah, maksudnya:”Sesungguhnya (keterangan2 & peristiwa2) yang tersebut itu, tak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapayang mempunyai hati yang sedar atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh2 (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya”(surah Qaf:37)

b.HATI yang BERSIH
Firman Allah, maksudnya:”Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah2 bersih(dengan iman & amal kebajikan).”(Surah al-Syams:9)

c. HATI yang LURUS
Firman Allah, maksudnya:(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sis-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”(Surah Aali Imran:8)

Dan peliharalah kami dari HATI yang

HATI yang TERHIJAB
Firman Allah, maksudnya:”(Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu al-Quran,padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalangmereka dari memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat(pekak).”(Surah al-An’am:25)

Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa2 kami, satukanlah hati-hati kami ini agar tidak akan pernah terputus dari rantaian ukhwah yang erat.Hapuskanlah sebarang prasangka yang boleh memutuskan kami dari terus berjuang dari jalan-Mu.Kurniakanlah kami kejayaan ukhrawi dan duniawi.Amin.


Again, I Take Cab..

Wednesday, February 4, 2009

My first day of working. Yes, the real environment of working. Kalau bulan lepas menghabiskan masa pergi ke sana sini training (nasib baik dapat elaun), bulan ini nampaknya saya hala tuju selepas ini adalah di sini sahaja. Alhamdulillah buat masa ini rezeki nampaknya di petaling jaya,tapi ye dalam masa yang sama saya memang merancang untuk lari(dont tell dennis ek).Antara sebab kerana terlalu jauh untuk berulang-alik dari gombak-kelana jaya, and 1 more thing, this work seem to avoid me from having 'life'..

Apa yang menarik, ini kali kedua saya explore bandar petaling jaya(of course the first time during the interview).Kali pertama saya amik teksi, sebab memang tak familiar dengan jalan. Dan bile disuruh untuk datang keje, kak colina( the one who calls me) dah pesan awal-awal..."dont take cab ye dik, naik bus aje".

Dibuat cerita, saya tanya lah pada sorang driver bas rapid yang ada kat situ. Dia suruh saya naik bas T622. Saya pon dengan penuh confident naik la bas tu,tanpa bertanya pada driver bas tu adakah betul itu bas yang patut saya naik..dan pagi itu saya diuji apabila sebenarnya saya 'ditipu'..bas itu sebenarnya membawa saya kembali ke stesen lrt kelana jaya tanpa lalu langsung ke tempat kerje saya.Akhirnya, saya naik gak teksi untuk pagi yang pertama itu...

Moral of the story: Jangan sesekali berlagak pandai bila datang ke tempat baru...Malu bertanya sesat jalan..

Sibuk ke?

Tuesday, January 20, 2009

Maaf tak sempat nak menulih sejak sebulan ni..nak kata sibuk tak jugak...actually sebab sejak akhir2 ni jarang sangat dapat online..walaupun keje hanya duduk depan pc..but insyaAllah ada masa there's will be new update..i have lot of 'exciting experience' lately..