::Bukti Cinta ::

Saturday, February 14, 2009





Satu perbualan melalui sms kira-kira 3 tahun lepas

saya : " Kak long, kak long jadi tukar course, amik TESL di UPM?
kaklong : " Kak long tak jadi tukar la moli, kak long nak stay UMS je..?"
saya : " Aik? nape lak kak long? kalau kak long tukar UPM..kan senang nak trn nak
melaka...jenguk adik2..sian moli kat sini..sorang2..."
kaklong : " bukan macam tu moli..mula2 memang kaklong ingat kaklong tak sanggup nak
dok sabah ni..tapi bila kaklong tengok ramai remaja muslim kat sini
yang tak reti nak solat even dah layak jadi mak bapak p0n, kak long rasa
terpanggil untuk bantu mereka di sini..ala2 dekat semenanjung tuh kan
ada ramai lagi sahabat2 yang ley backup moli =p"

SMS bersama kak long itu tiba2 terlintas di hati..Betapa pentingnya keutamaan berdakwah kepada umat Islam yang tidak mengetahui, terutama bila ia melibatkan perkara wajib yang wajib dilaksanakan oleh umat ISlam.Disebabkan itu, kaklong korbankan kepentingan demi menyahut seruan itu.

Tapi bukan kisah kak long yang nak diceritakan..Kisah itu tiba-tiba timbul di benak fikiran apabila berlaku satu perbualan dengan seorang lagi staf baru di ofis.

"Muz..muz solat zohor ke tadi?"

"Aah..solat dah. NApe? Td solat kat ne?"

"Ade surau ke kat sni?"

"Ade...kat bwh je.trn tangga then nampak bangnn putih bumbung biru.Yang itulah.."

"OOOO..yang macam tandas ker..aku ingat tandas awam..Aku tak arr..Aku qada' je sume kat umah..sekali zohor, asar, magrib..."

Saya terdiam..Dalam hati, berfikir, kenapa semudah itu meremeh2-remehkan solat.Dalam hati, kuat memberontak mengatakan tidak boleh qada' solat begitu saja, memandangkan kemudahan surau, air untuk berwuduk & masa rehat yang cukup tak pernah menjadi kemudaratan untuk menunaikan solat tepat pada waktunya. Jika sakit sekalipun, Islam ada memberi garis panduan mengenai cara bersolat mengikut keadaan yang termampu oleh pesakit. Sedangkan sahabat Rasulullah saw di zaman perang juga menunaikan solat tepat pada waktunya. Jika tidak air sekalipun, Islam mengajar umatnya supaya berwuduk secara bertayamum menunjukkan betapa pentingnya solat.Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita mengabaikan solat. Jika terlupa sekalipun, solat perlu diqadha semula apabila sudah teringat semula.Tapi mulut saya terkunci dan tidak berani untuk menegur lelaki yang tua lebih 6 tahun dari saya itu. Pengalaman menegur kawan-kawan lelaki sebaya semasa di kampus dulu membuat saya serik untuk menegur lelaki..(Saya yang ego kah..atau lelaki yang sememangnya ego..?)

Bahayanya meremehkan solat..Dalam Surah Maryam,ayat 59 Allah SWT berfirman," Maka akan datanglah selepas mereka pengganti yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan.." Di dalam firman ALlah tersbut, Abdullah ibn Abbas menjelaskan, "maksud 'mensia-mensiakan solat' bukanlah meninggalkan solat, tetapi sengaja melewatkan solat dari waktunya"..Imam Said ibn Al-Musayyab menambah " mereka melaksanakan solat zohor di dalam waktu asar, solat asar di dalam waktu maghrib, solat maghrib di dalam waktu isyak, solat isyak di dalam waktu subuh & solat subuh dilewatkan sehingga matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik( Al-Asas fit Tafsir). Jika melewatkan2 solat sahaja sudah begitu teruk azabnya, cuba bayangkan jika meninggalkannya..!

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh orang Islam. Solat juga merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Khaliq. Solat membantuk akhlak dan perilaku seseorang muslim.Solat jugalah amalan yang akan mula-mula sekali dipersoalkan di akhirat kelak.Jika ditolak solat kita, maka seluruh amalan kita akan ditolak. Ini menunjukkan begitu pentingnya solat oleh seseorang yang mengaku beragama Islam. Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman, "sesungguhnya telah berjayalah orang2 beriman..yang khusyuk dalam solat...yang memelihara solat mereka.."(Surah Al-Mukminun ayat 1-2,9)

Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang mengerjakan solat, bermakna dia menegakkannya. Dan sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.Seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi,nabi bersabda, " Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya". Sanggupkah kita menjadi peruntuh agama?

Rasulullah SAW bersabda.." Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman ALLah yang bermaksud : "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku"(Riwayat Bukhari)

Post kali ini tidak mahu memburuk sesiapa. Tapi bagi yang 'terlupa' dan ' tersedar', masih belum terlambat untuk berubah. Tunjukkan bukti kecintaan kita kepada Allah, dengan cara menjaga dan memelihara solat..

0 comments: