Once Upon a Time at P1

Tuesday, February 24, 2009

hari ini saya sekali lagi ke Packet One Network (M) Sdn Bhd di jalan templer, petaling jaya kerana training untuk produk terbaru Packet One iaitu P1 Voice.Pergi ke bangunan P1 memang amat saya sukai, kerana bangunannya yang agak ekslusif, di samping dapat minum percuma..=p

rata-rata pekerja di P1 adalah nonmuslim, bermaksud ramai stafnya terdiri daripada kaum cina dan india.tidak hairanlah memandangkan ceo juga adalah daripada kaum cina.jarang-jarang sekali dapat melihat orang melayu Islam, yang ada pun hanya pelanggan yang keluar masuk untuk urusan produk P1.

dalam hati saya kadangkala resah, adakah surau untuk muslim di dalam bangunan yang majoriti pekerjanya bukan Islam. Bukan senang saya hendak keluar mencari surau di luar, memandangkan saya sendiri datang dengan pengangkutan awam dan juga faktor kedudukan bangunan P1 yang boleh dikatakan berada di tepi lebuh raya.
akhirnya, saya memberanikan diri bertanya kepada receptionist di hadapan lobi..

"excuse me miss, is there any surau for muslim here?"
"yes, at fifth floor"
"ok thanx"

saya menarik nafas lega.sangkaan buruk saya meleset sama sekali.tidak mungkin sebuah syarikat dengan bangunan yang besar tidak menyediakan surau untuk stafnya walaupun bilangan staf Islamnya sedikit.sejak tamat latihan industri ini, saya terlalu banyak bergaul dengan kawan2 nonmslim, dan saya patut tahu yang kadangkala, kawan2 nonmuslim ini lebih menghormati agama Islam yang saya anuti jika nak dibandingkan dengan sesetengah orang Islam lain.

saya segera melangkah ke surau.biarpun masih ada 30 minit lagi sebelum masuk waktu zohor.tingkat itu agak sunyi, mungkin tingkat ini hanya ada surau dan bilik untuk bermesyuarat. surau tersebut agak selesa, walaupun ruang untuk muslimat agak sempit.ruang muslimat & muslimin hanya dipisahkan oleh tirai. suasana pada mulanya agak sunyi dan membosankan.lantas saya keluar sebentar untuk mencari minuman.

apabila saya pulang, saya dapati sudah ada beberapa kasut lelaki di hadapan pintu surau muslimin. bila saya melangkah ke dalam, terdekat suara seseorang menyampaikan tazkirah dalam bahasa Inggeris tentang Yakjuj dan Makjuj.Saya bersyukur, kerana di dalam syarikat yang sebelum ini saya anggap 'tiada' muslim. rupanya masih ada lagi 'penggerak dakwah' di dalam syarikat Michael Lai ini.Cuma sedikit kerugian bagi saya kerana tidak mendengar tazkirah ini sejak mula lagi.

Antara isi penting yang sepat saya dengar adalah berkenaan di dalam al-Quran disebutkan tentang raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui sekumpulan manusia terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau untuk melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj daripada mendatangkan kerosakan kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 96-96."(berkata Zulkarnain), Berilah potongan-potongan besi itu.Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain,"tiuplah api itu"Apabila besi itu menjadi merah seperti api, dia pun berkata,"berikan aku tembaga yang mendidih supaya ku tuangnya ke atas besi panas itu"Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu melubanginya."(Surah al-kahfi:96-97)

antara pengajaran yang diperoleh dalam kisah di atas adalah betapa pentingnya umat Islam untuk menguasai teknologi pada masa kini, selagi mana tidak mengabaikan kepentingan akhirat dalam mencari jalan menyelesaikan masalah. Umat islam juga digalakkan agar sentiasa kreatif dalam mencari idea, bukan sekadar mempunyai satu jalan penyelesaian sahaja, malah mempunyai banyak alternatif-alternatif lain bagi mengatasi masalah.Sebelum tazkirah berakhir, ada satu suara(mestilah saya tak tahu siapa yang bercakap kerana saya di belakang tabir..hu2) mengingatkan kembali semua yg hadir,"kebanyakan daripada kita yang mengetahui kisah yakjuj dan makjuj serta dajal, terlalu memandang pada perbuatan buruk mereka itu dan sering kali mengharap untuk berada jauh dari yakjuj,makjuj serta dajal. Sepatutnya kita harus menukar persepsi, bahawa untuk mengelakkan dari perkara-perkara buruk tersebut, yang paling penting sekali adalah datang dari diri kita sendiri, sejauh mana kita berusaha mengislahkan diri, memperbaiki diri agar bertambah iman, amal dan akhlak.Pendek kata, segala-galanya bermula dengan diri sendiri.."


-peringatan untuk diri saya sendiri-

0 comments: