Mereka Mengataku??

Monday, February 23, 2009


seorang junior mengeluh di dalam emelnya.."ada yg mempersoalkan mengapa ana memakai pakaian longgar...x mcm pompuan lain..."

secara peribadi, pakaian merupakan satu 'ujian' yang besar bagi seorang perempuan muslimah. Saya juga tak pernah 'terlepas' dari ujian ini. Jika bukan hati yang berkata jahat, pasti ujian itu datang daripada orang2 sekeliling, termasuk dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

saya sendiri selalu sahaja mengalami situasi ini, menyebabkan saya sudah lali untuk mendengar 'tohmahan' orang tentang cara saya berpakaian.satu hari ketika satu sesi inteviu di sebuah syarikat di kuala lumpur, saya bersembang dengan seorang rakan yang juga datang untuk mencari kerja.

"muzlifah awak orang mn?"
"saya dari gombak"
"menyewa dengan kawan2 ke?
"takdelah...duduk dengan family"
"eh?laa ye ke....saya ingatkan awak ni dtg dr kmpung kat negeri...ye lah sbb tengok cara awak berpakaian...."

kata-katanya terhenti di situ. sejurus itu timbul persoalan di hati saya...'kenapa?tak layaklah orang yang berpakaian longgar sedikit dari orang lain hidup di kuala lumpur?'
mengapa persepsi orang sekarang kehidupan di bandar adalah untuk orang2 yang stylo, trendy dan seksi?
Bertambah sedih apabila membaca akhbar baru-baru ini yang memetik kata seorang artis beragama Islam,"saya hanya seksi, bukannya bertelanjang.."

saya bagaimanapun sudah biasa dengan situasi ini..sejak di utem lagi, bila pergi ke mana2 dgn housemate dan classmate, orang akan terkejut bila saya mengatakan saya sudah menetap 22 tahun di kuala lumpur.adakah kerana perwatakan saya?saya rasa tak mungkin kerana yang paling menonjol adalah kerana cara saya berpakaian.

post sebelum ini pernah saya katakan, pada zaman jahiliyah dulu, saya sangat2 gilakan komik Dragon Ball. Jahiliyah tersebut merupakan zannul jahiliyyah, jahiliyyah sikap dan nilai. sikap yang terlalu fanatikkkan hiburan yang tidak berfaedah dan yang paling teruk boleh menjejaskan akidah. Kini, kotak pemikiran saya dilanda satu lagi kejahilan, iaitu tabarruj jahiliyyah.

pada zaman serba-serbi canggih dengan teknologi terkini, ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan kita juga semakin lama, semakin mundur ke belakang kembali ke zaman jahiliyah.
Pada zaman dahulu, wanita tidak segan silu untuk berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan, dan pada masa kini, memang terlalu terang dan nyata masih ramaiyang mengulangi perlakuan wanita zaman jahiliyah itu.

Menurut Imam Muqatil bin Hayyan, "Tabaruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher,rantai dan subang mereka."..Kata- kata Imam tersebut jelas berlandaskan kepada firman Allah.."Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka,putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, wanita mereka, budak yang mereka miliki, pelayan lelaki yang tidak berkeinginan syahwat atau anak2 yang belum mengerti aurat"(surah An-Nur:31)

beberapa golongan di barat mengagumi cara Islam memelihara wanitanya. Sebagai contoh, R stevenson menulis di dalam Toronto Star 23 januari 2002.Antara tulisan beliau.
"semasa saya & rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga2 wanita tadi berbisik sesama sendiri berhubung kedua wanita Islam tadi."Mengapa mereka berpakaian seperti itu?Saya bersimpati dengan mereka!"Ketiga2 wanita itu membayar il dan terus beredar.Mereka memakai seluar yang ketat,skirt singkat, kasut bertumit tinggi,gincu tebal, dan bahagian dada yang dideahkan secara mengghairahkan.Kami alihkan pandangan pada dua2 wanita Islam tadi.Tudung mereka yang hitam menzahirkan sopan santun.Gaya mereka nampak asli.Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian sopan menakutkan wanita barat. Kenapa?Adakah kerana mereka tak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang, kami dapati wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk2, berbelanja lebih dan berdiet bagi menari perhatian kaum lelaki atau wanita.Kami dapati wanita2 Islam itu lebih menarik dari wanita Barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab sopan suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat lebih jauh, mengelak dari memakai seluar ketat dan tumit tinggi, mereka mendapati bukan keyakinan tinggi sebaliknya perasaan terdesak menarik perhatian.Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam"(Minda Muslim Super,Dr. Danial Zainal Abidin)

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermaksud lambang penindasan bagi wanita, tetapi sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan wanita jahiliyah. Betapa Islam mengangkat tinggi martabat wanita.Kawan-kawan semua, marilah sama-sama menghindari gejala tabaruj jahiliyah ini, memandangkan tabaruj jahiliyah ini merupakan antara faktor utama berlakunya keruntuhan akhlak dan moral masa kini..Islam tidak pernah memberatkan umatnya, kita hanya perlu melabuhkan tudung ke dada, berpakaian longgar dan tidak jarang.Mudahkan..??


1 comments:

MooN CahaYa said...

Salam..rasa sungguh terharu membaca post muzlfah yang ini..terdetik di hati, "mungkin sebab inilah aku rasa rindu pada komuniti yang berpakaian sama dengan ku yang tak akan pernah mempertikaikan penampilan aku" biarlah kelihatan kolot tapi ciri-ciri wanita Islam Melayu tidak pernah hilang dalam diri kita..Mungkin definisi cantik bagi setiap individu berbeza..Teringat hari tu di pejabat, Ihsan (Practikal student) memuji "Fuh cantiknya awek tu, kalau dapat kat Ihsan memang tak cari yang lain dah"..Justeru mendengar kata2 Ihsan itu saya tertarik untuk melihat bagaimana definisi cantik pada Ihsan itu.Gadis berambut panjang, berseluar ketat 3 suku pnjang dan baju sedikit menampakkan pusat dengan topi reggae di kepala dan make up 3 inci itukah yang dikatakan cantik? Ternyata definisi cantik manusia itu berbeza..Cantik padaku adalah pada wanita yang ayu berbaju kurung atau berbaju longgar, tanpa secalit makeup di wajahnya dan bertudung litup, menyusun setiap tutur katanya..menjaga pandangannya..walaupun saya mungkin tidak menjadi secantik itu tapi itulah definisi cantik pada saya..Teringat dulu ada sahabat di Uni yang mengadu dipanggil Payung bergerak oleh sekumpulan pelajar lelaki kerana memakai tudung labuh..alangkah sdihnya dengan persepsi masyarakat..adakah mereka tidak dapat membezakan yang mana yang baik dan yang mana yang buruk? Mengenai isu artis yang mengatakan "saya seksi tapi bukan telanjang"..adakah mereka tidk sedar "seksi itu ibarat telanjang"..
adakah mereka hendak mengatakan "nanti saya taubat la" atau "saya belum dapat hidayah" atau "saya kurang arif tentang aurat wanita"...semua itu bukan alasan..kalau nak taubat, kenapa perlu nanti?adakah kematian juga akan menanti kita?Kalau mati dalam kekafiran?? NAUZUBILLAH.. tidak dapat hidayah?? teguran orang lain juga adalah hidayah Allah untuk kita, tinggal kita je nak biar ia masuk telinga kiri kuar telinga kanan atau sekurang2nya memikirkan tentang isu itu.. jika tidak arif, kenapa tidak ilmu dituntut? Panjang jugak feedback saya dalam isu ini tapi sekadar respon dan sokongan saya kepada seorang sahabat.."Biarlah kita dipandang kolot di mata manusia, mudah2an kita tidak kolot di sisi Allah kelak"isu ini sangat baik untuk dipanjangkan..yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri