Apabila Lampu Dipadam..

Sunday, March 29, 2009


Semalam, WWF melancarkan Earth Hour, sebagai tanda sokongan penduduk bumi mengatasi kepanasan global bumi dengan menutup lampu. Teringat kata-kata adik saya bila saya bertanya padanya ada ke jiran2 yang tak tutup lampu sepanjang kempen 28 mac, 8.30-9.30 malam , " Siapa yang sayang bumi, tutup lampu. Siapa yang tak sayang bumi, tak tutup lampu.."Kelakar pon ada, terharu pon ada.Tak sangka izzat yang saya sangka masih kecil, boleh beri jawapan sebegitu.


Rumah saya juga turut 'menyahut' seruan Earth Hour itu, kononnya sebagai menyokong usaha bagi mengatasi masalah kepanasan global, walaupun saya sendiri tidak pasti sejauh mana dengan pemadaman lampu boleh mengatasi masalah tersebut. Selepas maghrib, saya tertidur dan bila bangun semula, kelam-kabut saya mencari lilin kerana jam hampir menunjukkan 8.30 malam. Walau bagaimanapon, saya gagal menjumpai lilin. Saya membayangkan kan dalam rumah nanti akan sangat gelap selama satu jam.


Bagaimanapun, sangkaan saya meleset.Rumah saya tidak segelap mana walaupun lampu dipadam. Kawasan ruang tamu masih disinari cahaya dari tv. Kawasan dapur dan bilik air pula terang disinari lampu dari rumah jiran belakang yang tidak padam lampu, manakala kawasan bilik tidur hadapan di atas rumah pula terang disuluh lampu jalan di luar rumah.Oleh itu saya langsung tidak ada masalah untuk membuat sebarang aktiviti di dalam rumah dalam tempoh sejam itu.


Keadaan itu mengingatkan saya pada hati. Kondisi hati. Abu Hurairah ra berkata,Sabda Nabi SAW,"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu bagus, maka akan bagus tenteranya.Jika raja itu buruk, makan akan buruk tenteranya".Hati yang dilahirkan bersih tapi kadangkala 'disalahguna' oleh manusia normal sehingga hati itu menjadi kotor dan gelap. Teringat saya pada orang buta, walaupun keadaan fizikal mata mereka gelap, namun hati yang bersih dan terang mampu memandu mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini.


Selalulah mengingatkan diri..sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa menerangkan hati-hati kita dengan Nur-Nya..Janganlah biarkan Nur-Nya itu terpadam dari menyinari hati kita. Jika cahaya lampu terpadam, masih ada unsur2 luar yang boleh menolong kita seperti lampu jalan di luar, lilin & sebagainya. tetapi, jika cahaya dari Allah terpadam, masihkah ada 'ruang atau unsur' yang boleh membantu kita. Ya, masih ada..tetapi ketika itu terlalu payah untuk kita mendapatkan semula Nur itu kecuali dengan jalan mujahadah yang kental.




0 comments: