::Kisah Pengutip Tin Kosong::

Wednesday, May 13, 2009

Selepas pulang dari kerja, kebiasaannya saya akan tiba di terminal putra gombak dalam lingkungan jam 7-8 malam. Seperti biasa, saya mencari-cari seseorang. Dan hari itu, ‘orang’ itu ada seperti biasa..

Insan itu berkulit seperti anak mami dari penang,berpakaian baju melayu serta berkopiah serta mengendong sebuah basikal bersamanya. Jangan salah anggap. Saya ‘mencari’ orang tersebut bukan kerana saya ‘admire’ kan dia, tapi kerana terbitnya rasa kasihan pada insan sepertinya.

Boleh dikatakan setiap hari saya akan memerhatikan pakcik ini. Dari satu tong sampah ke satu tong sampah, dia memakai sarung plastik dan membuka setiap tong sampah di terminal putra itu, mencari tin-tin kosong(yang mungkin untuk dijual). Dia mengambil tin-tin kosong tersebut, dan memijak2 tin2 itu tanpa mempedulikan orang2 sekeliling yang memandang.

Setiap kali memandang pakcik ini, timbul rasa keinsafan.Sedikit sebanyak setiap hari ada yang memberi peringatan ketika diri ini mudah lupa dan leka. Juga sedikit motivasi tika diri down.Betapa kita sebagai manusia kadang2 terlalu mengejar dunia, sehingga kadangkala selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada.

Pengajaran yang saya peroleh melalui kisah pakcik ini adalah saya seharusnya bersyukur dengan apa yang ada kini. Sebagai muslim, sudah semestinyalah saya sentiasa berusaha untuk melakukan dan mengejar yang terbaik untuk diri, tetapi kadangkala mungkin kita harus meluangkan sedikit masa kita berfikir untuk mereka2 yang tidak bernasib baik seperti pakcik tadi.

Pakcik itu tanpa rasa malu berusaha mencari rezeki yang halal.Mungkin dengan itu sajalah dia mampu memberi makan untuk keluarganya.Tapi bagaimana pula orang yang lain yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah, dengan cara yang tidak halal seperti meragut, mencuri & sebagainya?Tanpa sedikit pun mempedulikan nasib orang lain, tidak mengendahkan langsung tentang nyawa yang bakal melayang akibat perbuatan mereka.

1Malaysia sudah pun dicanangkan.. Apabila melihat nasib2 insan sebegini, apakah tindakan kita?Adakah hanya sekadar mampu melihat, memandang dan terlintas di dalam hati..”kesiannya orang tu…”…..

0 comments: