::Antara Garisan::

Saturday, September 5, 2009


"Salam perkenalan..ana hattan, bukan setan eh..."
Antara dialog dalam drama 'Antara Garisan' yang ditonton sebentar tadi.
Untuk yang tidak menonton,sinopsis cerita drama tersebut adalah seperti berikut:

"Mengisahkan seorang ustaz yg melihat seorang perempuan GRO ketika sedang qiamulail di masjid ketika di permulaan cerita, dan diakhir cerita pula, keadaan sebaliknye berlaku apabila perempuan GRO yang telah bertaubat melihat pula ustaz yg telah terlanjur di tempat dan pada waktu yang sama.
Dimulakan cerita, watak perempuan GRO, Ayu yang dibawa oleh Nurkhiriah, tinggal bersama dan menyara adik sepupunya, Wirda lakonan sharifah amani.Walaubagaimanapun, Wirda sentiasa memandang rendah pada Ayu dan nampak babak yang paling jelas adalah apabila dia membakar duit yang diberi oleh Ayu untuk membayar yuran STPM kerana menganggap duit tersebut adalah tidak berkat kerana hasil daripada pekerjaannya sebagai GRO.
Di pihak ustaz pula, ustaz muda itu baru sahaja berpindah ke kampung itu dan dihasut oleh golongan muda yang terlalu taksub pada ekstrem jihad & juga watak Hattan yang telah saya dapat agak adalah watak 'setan' yang menghasut ustaz tersebut secara halus.Pada masa yang sama ustaz tersebut jatuh hati dengan Wirda sehingga mereka ditangkap terlanjur."


Pengajaran yang saya dapat daripada drama ini betapa kadang2 kita sebagai manusia terlalu suka menjatuhkan hukum kepada orang lain kerana merasakan diri lebih baik dari orang lain..Terkadang kita tidak sedar, yang kita juga boleh terjerumus sama seperti orang yang pernah kita hina.Siapalah kita untuk sesuka hati menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Teringat sebuah kisah, seorang lelaki ahli ibadah tinggal di atas bangunan manakala di bawahya pula adalah seorang pemuda yang sentiasa melakukan kemaksiatan. Tiba-tiba, pada suatu hari, terdetik di hati masing2, yang si abid yang dihasut oleh syaitan secara halus yang mengatakan beliau masih muda, maka terdetik hatinya untuk menyertai pemuda yang selalu melakukan maksiat di bawah, manakala pemuda yang melakukan maksiat itu pula timbul hatinya keinsafan dan takutkan dosa, terdetik hatinya pula untuk melakukan ibadah dan bertaubat bersama-sama dengan ahli ibadah di atas.Maka, berlarilah abid ke bawah menuruni tangga, manakala si pemuda maksiat berlari ke atas..Kedua2nya bertembung dan berlanggar sesama sendiri, lalu takdirnya meninggal kedua2 orang tersebut. Allah memerintahkan malaikat untuk menilai amal semasa hidup mereka berdasarkan niat masing2 semasa menggunakan tangga tersebut.

Di akhir drama tersebut, pemuda bernama Hattan itu mengulangi ayatnya.."Aku telah berjanji dan bersumpah dengan Allah..akan menyesatkan umat manusia selama-lamanya..Sebaik2 manusia sekalipon, mereka takkan sedar yang mereka akan melintasi garisan halus untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.."

Na'uzubillahu min zalik.
Mudah-mudahan kite semua diperkuatkan hati untuk meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini.