Teem's Wedding

Saturday, December 27, 2008



20 Disember 2008, Kampung Melayu Kundang, Rawang- Seorang lagi sahabiah menamatkan zaman bujang. Fatimah Zahra Norman a.ka. teem dengan seorang pemuda [dengarnye orang kedah]..Alhamdulillah, teem dah mengikuti jejak langkah beberapa sahabat lain dimulai nuha + hassif, marhamah + tuan badrul, murni, murshida, jihah, nurul dan yang terbaru teem..[maaf la kalo de lagi yang tertggal....dengar khabar murshida dah dpt sorg baby gurl...and murni pun bakal menyusul..[Yea..dah dapat ana k buah kisas sorg..]...

He3..bagaimana dengan nasib diri..?? setiap kali hadir walimah @ chatting ngan sahabat lama, mesti ditanya soalan macam tuh...Stress? kadang2 ye, kadang2 tak...Ape yang penting buat masa ni nak kukuhkan ekonomi & bantu family dulu, baru fikir kawen...Lagipun , nak tunggu semua kawan2 yang belajar overseas balik mesia dulu, nak jumpe...rindu betul kat korang sume.....=p

Jangan takut..jika umur panjang dan ada jodoh takkan ke mana..Betul kan?

Hijri Atau Masihi??




Tanpa disedari, masa begitu pantas berlalu.Sedar ataupun tidak, sudah sampai masa sepatutnya untuk saya menghabiskan pengajian. Rasa macam baru semalam saya menjejak kaki ke bangunan durian tunggal kutkm untuk mendaftar sebagai pelajar baru ftmk.. Suka atau tidak, bermaksud sudah tiga tahun setengah saya mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar ftmk di utem.

Kiranya sudah terlambat jika saya mahu menyesali segala apa perbuatan yang saya dah lakukan sepanjang saya bergelar mahasiswi ipta. Semua perbuatan, samaada baik atau buruk, perlu saya teliti kembali agar segala yang baik dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan.

Tidak terjangka juga, tahun ini, sambutan Awal Muharam, tahun baru Islam 1430 Hijrah hampir seiring dengan tahun baru masihi 2009. Persamaannya, ‘buku lama’ akan diganti dengan ‘buku baru’. Segala amalan dan perbuatan yang dicatat sudah tidak boleh diubah lagi.Jika lebih banyak kegagalan dan keburukan yang dirasa lebih banyak ‘dicapai’ pada tahun ini, tidak apa yang boleh dilakukan kecuali muhasabah diri. Teringat kata-kata, “sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” yang tidak banyak berbeza maksud tersiratnya dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khatab “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak”.

Betapa perlunya azam lama di’upgrade’ dan jika ada azam yang baru, maka perlukan dipasakkan di dalam hati sekuat mungkin dan disertai dengan niat yang ikhlas. Saya juga dalam proses memuhasabah diri, di mana terus terang dikatakan, azam saya pada tahun 2008 ini banyak yang tidak dilaksanakan dengan baik. Antaranya termasuk program yang saya rancang bersama dengan beberapa orang classmate BITS saya, ain, watib, ct and suraya.{Tak perlu kot saya bagitau program apa..he3} Saya tak pasti sejauh mana program 2008 tersebut berjaya direalisasikan oleh kawan-kawan saya itu, tapi apa yang pasti, program itu gagal untuk saya.

Setelah ‘post mortem’ dijalankan terhadap program tersebut, beberapa solusi berjaya saya dapat. Yang pertama, setiap perbuatan dan amal, pelu disertai dengan niat ikhlas untuk mencapai mardhatillah-hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. Kedua, perlu diperjelaskan lagi hadaf atau tujuan, kerana tanpa tujuan dan objektif yang jelas, semangat dan azam kita boleh jadi hanya mampu bertahan untuk seketika sahaja, umpama ‘hangat-hangat tahi ayam’. Ketiga, sekiranya program itu dijalankan secara berkumpulan atau berjemaah, maka perlulah perlaksanaannya dijalankan secara teliti, termasuklah strategi, pemantauan dan sebagainya. Walaupun kadang-kadang perkara yang dilakukan itu baik, tapi perkara baik yang tidak terancang boleh dikalahkan oleh keburukan yang tersusun rapi.

Tahun baru ni juga telah menyaksikan saya sekali lagi telah memahat azam baru di dalam hati. Moga-moga setiap azam yang baik dipermudahkan oleh Allah. Apa yang penting, setiap perkara yang telah berlalu dijadikan sebagai pengajaran, agar yang baik terus diamalkan, dan yang buruk diperbaiki agar tidak diulangi keburukan itu.
Tahun baru ini juga pasti membawa satu gelombang perubahan hidup yang besar untuk diri saya. Kalau dulu, saya seorang pelajar, masih ditanggung oleh mak, tapi kini, saya perlu berdiri di atas kaki sendiri. Walau banyak kepahitan dan kesusahan dihadapi, hidup perlu terus diharungi. Bermulanya tahun baru, bermakna semakin bertambahlah usia kita. Bertambah usia, bermakna semakin pendeklah usia kita yang tinggal dan semakin dekatlah kita kepada ajal. Kita tidak tahu, bila dan bagaimana cara kematian kita. Tidaklah perlulah disesalkan peristiwa lalu, tapi ambillah pengajaran daripadanya untuk mengharungi masa kini dan menghadapi masa depan. Mudah-mudahan setiap perbuatan kita mendapat redha Ilahi.

Selamat Menyambut Awal Muharam dan Tahun Baru. Apa yang lebih utama, sambutan Awal Muharam atau pun tahun baru masihi? Anda sendiri yang harus beri jawapannya.Apa yang penting, belajarlah dan ambillah iktibar yang terdapat dalam sirah Islam.Mudah-mudahan Maal Hijrah kali ini akan membawa kita ke arah hijrah yang lebih baik.

Azam saya Tahun Ini..?? Biarlah menjadi rahsia antara saya dan Ilahi….=)

Walau Ape die Buat, die Tetap Adikku

Thursday, December 11, 2008

nazmin and izzat..my brothers

Dis is all bout my brother, the only siblings dat i have, which i always share my story and feeling wif them...he3

Yang besar ni takde ape yang perlu dirisaukan sangat..kerjaya die pun dah ley kate stabil..maklumlah juruteknik pelincir Petronas..
Yang sekecil ni…penat je mak & kakak balik kampong bagi sokongan moral kat izzat..nape la lari gak dari doctor buat kali kedua…Tahun depan jangan lari lagi key..izzat tu dah besar...

Saje tayang muka adik2..geram dengan si kecil..tapi tetap sayangkan die......hu2

Boleh Caye Ke?

Wednesday, December 10, 2008

zaman kini segala-galanya memerlukan IT. Percaya atau tidak, semua ini telah pun berlaku. Daripada mencari pekerjaan, sehinggalah mencari kawan juga ramai daripada kita yang menggunakan kecanggihan IT sebagai platform. tapi sejauh manakah selamatnya kita berkenalan dengan rakan cyber melalui laman web sosial kini?


saya menjumpai artikel ini "Why We Cannnot Trust facebook" by Mike Elgan semasa mencari info untuk asp.net. Tertarik juga untuk dikongsi dengan sahabat2 yang lain. Mungkin info ini bukan sahaja untuk peringatan pengguna facebook, tetapi juga pengguna laman web sosial yang lain seperti friendster, myspace, hi5, tagged dan sebagainya..Mahu terima atau tidak...terpulang....

Mike Elgan Why We Cant Trust Facebook


Erti Korban & Lembu lari

Monday, December 8, 2008

Selepas solat hari raya eiduladha, saya & mak mencari lemang di ulu klang, tempat kebanyakan warga kota yang tidak pulang berhari raya mencari lemang, ketupat, rendang & bermacam-macam lagi sajian hari raya. Boleh dikatakan di sepanjang jalan di ulu klang terdapat banyak peniaga yang berniaga di situ.

Excited gak saya bila diajak untuk mencari lemang.Bukan apa, sebenarnya saya saje je nak berjalan di kawasan itu sebab ada niat lain. Niat di hati teringin untuk observe kawasan di bukit antarabangsa yang baru berlaku bencana tanah runtuh. [heh3??]..Kebetulan lalu di jalan masuk utama Bukit Antarabangsa, lengang aje.Mungkin kerana tiada orang luar yang dibenarkan masuk & juga mungkin kerana petugas sibuk di dalam. Tapi saya ley nampak banyak deretan kereta di luar Masjid Ar-Ridhuan di ulu klang[mungkin sebab kawasan ni belum habis solat eiduladha lagi] & juga di luar kawasan SK ulu klang, tempat penempatan mangsa-mangsa bencana. Tidak jauh dari kawasan itu, ada deretan peniaga-peniaga yang menjual sajian raya.

Satu lagi kejadian yang menarik perhatian saya, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak anak-anak muda bermotor tanpa helmet mengejar seekor lembu di atas jalan utama di sri gombak..

tergelak juga tengok aksi tu..tapi dalam hati..”ish..berani jugak lembu ni lari..tak sangka lembu ni rela bergadai nyawa di atas jalan raya daripada mati di sembelih…bukanke dalam hadis ade mengatakan..lembu2 yang mati disembelih untuk disedekahkan akan menjadi haiwan tunggangan penghuni di dalam syurga nanti..?? kenapa perlu ia lari..?”

Itu kisah lembu. Mungkin boleh dimaafkan jika ia lari. Janganlah dikata ia bodoh kerana lari dan menolak untuk menjadi haiwan tunggangan di syurga. Memang logik kerana ia tidak berakal & tidak pernah belajar hadis..=)..Kalau ia tahu tentang hadis tu, mungkin takde seekor lembu pun yang akan menolak untuk ‘dikorbankan’.

Itu lembu. Ia masih belum mengerti erti korban & langsung xboleh nak berfikir. Tapi bagaimana dengan kita sebagai manusia? Sudah acapkali, malah sudah bosan mungkin, setiap kali sambutan eiduladha, semua orang boleh memberikan makna sambutan ini dengan tepat. Ya, Eiduladha berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim as & juga anaknya nabi Ismail as yang sanggup berkorban semata-mata sebagai bukti taat pada perintah Allah SWT. Tapi bagaimanakah pula kita?Adakah sekadar hanya boleh mengucapkan definisi keramat tersebut tapi lupa untuk menghayati kisah tersebut?

Sejauh manakah kita merelakan diri untuk berkorban? Adakah kita sanggup meninggalkan Malaysia apabila dipanggil berjihad di medan perang? Rasanya tidak perlu diberi contoh skop pengorbanan sebesar itu. Cukuplah sekadar bertanya pada diri sendiri..adakah kita sanggup berkorban meninggalkan sesuatu yang terlarang demi mentaati segala perintah Allah swt?? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Kalau kita tidak sanggup berkorban untuk melakukan kebaikan , tak usahlah marah jika ada yang menyamakan anda dengan ‘lembu’….[hehe..jangan marah...]

Salam Eiduladha
Moga kita semua diperkuatkan untuk amar ma’ruf nahi mungkar.
Selamat bertadhiyyah...

p/s:untuk kengkawan yg tak smpt sy blas msg raya..mohon maaf sgt2 ..hehe ade sket kekangan kdt..hu2


Tragedi Disember

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di tiga tempat yang berbeza, dalam tempoh jangka yang singkat iaitu satu minggu. Ini tidak perlu dikira dengan bencana banjir, kerana memang kita sudah sedia maklum, setiap kali hujung tahun pasti bah besar melanda, terutama di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.Apa yang pasti, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa.

Kejadian tanah runtuh yang pertama berlaku di hulu yam perdana, 30 november yang lalu membabitkan sebuah banglo setingkat yang mengorbankan 2 nyawa anak tersayang pemilik banglo tersebut. Kejadian kedua, melibatkan kejadian tanah runtuh di bangunan cimb damansara, di mana dalam kejadian ini tanah runtuh telah menimbuskan 11buah kenderaan. Kejadian ketiga pula, berlaku pada 6 disember di bukit antarabangsa, meranapkan 14 buah banglo dan setakat ini telah mengorbankan 4 nyawa.

Di sebalik fakta geologi dan juga sains mengenai kejadian ini, mungkin juga perlu kita menganalisa kembali kejadian ini di sebalik hikmah Tuhan. Kalau kita menyorot kembali kejadian tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004, pasti kita dapat melihat bukti kejadian & kekuasaan Allah. Dalam kejadian tsunami itu, tiada apa yang tertinggal melainkan masjid & rumah2 Allah yang masih tersergam indah. Ini adalah sebagai bukti keagungan Allah swt.

Kejadian tanah runtuh ini mungkin tidaklah sebesar atau sedahsyat tsunami di Acheh, tetapi cukuplah untuk mengajak kembali kita berfikir sejenak. Merenung & muhasabah kembali. Terfikirkah kita, ‘amaran’ dari Allah sudah sampai ke bumi tercinta kita, Malaysia? Biarpun kita tidak mengetahui bilakah hari ‘yaummuddin’ itu, namun, cukuplah peringatan itu sebagai tanda kita sudah pun berada di pengakhiran zaman. Hedonisme melampau & bermacam2 lagi perkara pelik sudah pun berlaku.antara contoh, hadis yang baru saya dengar yang mengatakan..”jika terdapat surau atau masjid di kawasan rumah kamu, maka janganlah kamu membina rumah kamu lebih besar daripada surau atau masjid tersebut..[riwayat hadis]” ‘Amaran’ dari Allah ini yang berupa bencana ini, tidaklah bermakna kemurkaan Allah sepenuhnya, tapi anggaplah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.Kasih sayang kerana memberi peringatan kepada kita. Peringatan agar tidak terus lalai dan leka.

Kepada yang ditimpa musibah, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana bencana yang Allah timpakan itu bukan sahaja, sebagai ujian yang boleh mendatangkan pahala yang besar kepada mereka jika mereka bersabar, malah sebagai pembersih kekotoran dosa mereka. Kepada yang tidak terlibat, bersimpatilah pada mereka yang berkenaan & juga bersyukurlah.Bersyukurlah kerana Allah telah memberikan ‘peringatan awal’ kepada kita. Berubahlah sebelum terlambat.

Bila Cinta Datang lagi..

Wednesday, December 3, 2008

Klik untuk baca..=)


Macam dah terlepas segala beban!! ~~Buat seketika~~

Hari ni presentation LI..
very nebes dan tak bole tido malam tadi..
mcm2 rase
but bile present tadi
everything goes smoothly
mungkin berkat doa ibu..
he3
so pe rancangan seterusnya??

siapkan sket lagi dev yg tak siap..
siapkan report & teruskan menulis log book he3...

p/s:PM haziah is very2 sporting...!

Jiwaku...Lebih Kepada Sastera??

Sunday, November 30, 2008

Hari ini
Hatiku gusar lagi
Mengenang nasib diri
Entah apa akan jadi
Pada hari presentationku nanti

Hari ini
Aku terguris lagi
Oleh mereka yang kukasihi
Tapi kusedapkan hati
Mungkin mereka punya masalah tersendiri
Atau Aku juga punya sikap sebegini

Hari-hari yang kulalui
Mengundang onak dan duri
Menggamit mehnah & tribulasi
Terkadang meruntuh semangat diri
Terkadang melemah jati diri..

Namun kusyukuri nikmat ini
Kerana ku masih punya daya juang survival yang tinggi

Hati ini
Sudah puas berkias sendiri
Sudah lelah menyaksi cubaan diri
Yang perlu aku hayati & syukuri
Adalah rahmat Ilahi
Mata ini tidak henti-henti memerhati
Hati ini tidak henti-henti mengamati
Rupanya diri ini masih bererti
Masih ada jiwa yang jauh perlu dikasihani
Kerana ujian yang lebih besar perlu dihadapi
Mereka ini

Hati ini begitu merindui
Masa-masa lalu yang manis sekali
Di kala akal tidak terbeban masalah peribadi
Di kala masalah hati langsung tidak membelenggu diri
Tapi apakah mungkin
Hari2 itu berulang kembali??
Hidup ini perlu optimis
Ranjau ini perlu dilalui
Masa kini yang perlu dihadapi dan
Masa Hadapan yang belum pasti

Kupasakkan kaki ini
Agar terus melangkah berani
memburu mimpiku selama ini
Agar direalisasi
Qada' dan qadar di loh mahfuz ketentuan Ilahi
Tidak perlu kusanggahi
tetapi perlu ku usaha & ikhtiarkan
Agar menjadi yang terbaik untuk diri

nukilan hati lara buat seorang junior..

nah amik ni..he3

~~Kalau mampu, akan ku terjemah rasa hatiku dalam bentuk programming language~~he3

*WalimatulUrus*

Thursday, November 27, 2008

Di hujung2 tahun ni memang tak hairanlah kalau ramai sahabat2 yang akan mengadakan walimatul urus.Bulan disember ni, saya dapat jemputan dari 3 orang sahabiah kisas..Memang memeranjatkan.sebab dua orang daripadanya adalah dormmates saya, jiha and nurul...tak sangka kan...memang betul...perempuan yang baik2 ni memang cepat bertemu jodoh...he3...Bagi yang belum lagi, jangan khuatir & usah risau(cewah pujuk diri sendiri)...Allah pasti akan menemui kita dengan yang terbaik...
Banyak sebenarnya artikel berkaitan dengan cinta & juga jodoh.Saya tertarik pada artikel ini, dan mudah-mudahan ada kebaikannnya untuk kita.(Artikel oleh salah seorang subscriber yahoogroup alumni_sbc03~~YG kisas spm 2003)
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya,jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewahdan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segalatuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagiyang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanyahati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yangbertempat di hati.
~~Dipetik dari YG alumni_sbc03~~

*Sigh*

Thursday, November 20, 2008

seseorang telah mengirimkan saya kata2 ini melalui ym..seolah2 mngetahui apa yang bergelora di dalam hati..tp saya takpon mengucapkan terima kasih padanya..hu2...

masalah adalah lumrah bagi manusia..tika ini betul2 rasa diuji,tika ini juga syaitan berbondong2 datang untuk menghasut diri,perlukan kekuatan mental & rohani untuk menangani,cukuplah ayat2 al-Quran sbg pendinding diri..

jika diri sudah rasa tidak mampu..ingatlah ini
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.....(ila akhirulayah)"
-Surah Al-Baqarah:286-

jika terasa diri sudah tidak dapat diperbaiki dan berputus asa..ingatlah
"Katakanlah:Wahai manusia yang melampaui batas..janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguh Allah itu mengampunkan dosa kesemuanya, seseungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
-Surah Al-Zumar:53-


"Jika bersedih, pandanglah ke langit.ingatlah Allah masih ada...
Jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...
Jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...
Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...
Jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...
Jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat...Moga jawapannya kan kau temui…”

Sedarkah Kita?

Wednesday, November 19, 2008

"ukhwah kite ukhwah fillah.."
"ukhwah itu persaudaraan.."
"selemah2 ukhwah adalah saling berlapang dada dgn shbt2.."


acapkali dituturkan kalimah sebegini..
bagi mereka yg ikhlas,inilah cara hidup mereka..
tapi bagi yg hanya omongan..?
mereka mungkin tidak sedar..
mereka retorik semata..
perkataan diucapkan kerana yg lain turut mengucapkannya
mereka mencanangkan sesuatu yang seolah antagonis dengan jiwa mereka
salahkah mereka?
dustakah mereka?
tidak...
kerana mereka juga insan daif
mereka tidak sedar itu semua

tapi kadangkala mereka terlupa
pada sahabat2 yg jauh di mata
sahabat yang dulu teman seperjuangan
dekat di hati
mereka mungkin terlupa
sahabat itu juga manusia biasa
kadangkala goyah oleh arus semasa
kadangkala perlukan mereka sebagai teman berbicara

lupakah mereka pada sahabat yang setia menunggu?
mereka mengharap sahabat bertanya khabar mereka
tapi bila tiada kalimah "kaifa haluka/i?" dr mereka
mereka menyalahkan sahabat yang kejauhan itu
tanpa mereka sedar
sepatutnya mereka juga perlu berikhtiar untuk bertanya khabar
tidakkah mereka peduli
sihat atau tidak sahabat mereka itu


bila sahabat mereka futur
atau berbuat silap
terus kesilapan itu menjadi bahan bualan
tanpa memikirkan kebaikan yang pernah sahabat itu korbankan
mengapa mereka tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan mereka kepada mad'u?
bersangka baik
bertanya situasi sebenar
dan menasihati?


"Ya Allah, jika ini lah perbuatan buruk yang aku lakukan selama ini, maka sedarkan aku, tunjukkanlah aku pada jalan-Mu,bangkitkanlah aku dari lenaku,teguhkanlah hatiku, kuatkanlah azamku agar aku berusaha untuk memperbaiki diriku, harapan ku hanyalah untuk beroleh redha-Mu."

Ia Datang Lagi

Thursday, November 13, 2008

Kepalaku sakit lagi..
Sakitnya di bahagian tengah kepala, bukannya di tepi2 kepala seperti kebanyakan orang.Migrain?Ntah la, tak pernah pulak pergi check ngan doctor.Takut?Mungkin ye. Takut2 kalau doctor kata,”Anda disyaki ada ketumbuhan di bahagian otak”.Haha kelakarnya.

Encik El bagi balm panasnye.”Amik ni sapu.Saya pakai elok tau”. Saya berterima kasih pada encik El, tapi sangat serba salah, sebab balm panasnya itu dah nak abis dah pun..Tapi saya pakai jugak.Kak Dani pun hulurkan panadol actifast.Katanya elok.Walaupun saya ni jenis tak reti makan ubat, tapi tak sampai hati pulak nak tolak pelawaan kak Dani. ’Kutelan’ jua ubat yang pahit itu.

Sakit kepala semakin surut.Saya sebenarnya dah tak kesah dengan keadaan ini sebab dah biasa sangat.Sejak sekolah lagi.Teringat pada ustazah Hilmiyah. Semasa di kisas dulu, saya selalu mengadu sakit kepala kepada kawan2.Yang membimbangkan bila sampai exam add math & fizik, sakit kepala menyerang menyebabkan saya takley buat(hehe..ni lain mcm je ni).Hingga saya tak dapat tahan lagi, sakit kepala saya ni saya ngadu kat ustazah.Ustazah Hilmiyahlah yang perkenalkan saya pada Color Vibration therapy.Mula2 sekali ustazah check color saya.Color saya yang dominant hijau-simbol mental.Kata ustazah, biasanya color seseorang mempengaruhi penyakit seseorang & bukanlah sesuatu yang pelik seseorang yang ber’color’ hijau selalu sakit kepala.

Ustazah check saya sekali lagi..Ustazah kata saya ada masalah hilang daya focus.Saya mudah hilang focus.Saya rasa memang betul.Fokus saya dah tak sekuat dan setajam dulu.Kalau dulu saya ley ingat sesuatu dengan mudah, tapi skang nak paham pun payah.Ustazah bagi saya air garam dan juga satu botol ubat untuk dimakan.Taktau la nak kata ubat ape, tapi ubat Complementary medicines-Flower Energy Color Vibration Theraphy.Ubat itu ubat Optik-antaranya untuk diensafalon,hipotalamus,thalamus,& ritma sikardian.Eh, macam nama bahagian2 dalam otak lak..Antara fungsinya untuk pusat lapar & kenyang,membangkitkan kesedaran diri,kosentrasi,mata, pola tidur & daya kreatif.Hurm, memang betul saraf otak ada kaitan ngan mata.

Kalau kat kampus dulu, nurullah tukang urut kepala yang setia.he2..Walaupun dah agak surut, tapi sebenarnya masih rasa berpinar-pinar.Mungkin silau sebab seharian berhadapan dengan desktop. Cermin mata dipakai, tapi makin berat pulak rasa kepala & makin gatal pulak hidung..(eh, ade ke patut??)

Kak Dani suruh saya rendahkan brightness desktop..Cara itu sedikit sebanyak mengurangkan silau mata. Teringat pula nasihat optometrist ketika saya buat cermin mata dulu..Optometrist tu kata, saya perlu pakai cermin mata apabila perlu sahaja kerana vision mata saya masih baik, Cuma saya perlu elakkan daripada duduk lama2 di depan screen tv @ pc kerana silau saya tinggi..Apakah maknanya semua ini? Adakah ini bermakna saya perlu tinggalkan kerjaya saya sebagai 'pakar' IT?he2

Ada beberapa perkara yang telah disebut oleh para sahabat telah dilakukan oleh Nabi SAW untuk merawat penyakit kepala. Diriwayatkan daripada ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain.Ini menunjukkan salah satu cara mengubati mengikut cara nabi adalah dengan membalut bahagian kepala. Perlu diingat setiap penyakit adalah berbeza kaedah rawatannya mengikut tahap kesakitan. Antaranya ada yang perlu muntah,perlu makan, perlu rehat yang mencukupi,perlu mengikat bahagian kepala, ada yang perlu penyejukan, ada yang perlu dihangatkan,ada pula yang perlu mengelak bercakap atau melakukan aktiviti.

Yang paling menarik adalah tentang penggunaan inai. Dikatakan dalam hadis riwayat Al-Bukhari dalam tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan, dikatakan bahawa setiap kali ada orang datang menemui baginda menceritakan sakit di kepala,baginda bersabda,”Berbekamlah.Gunakan inai membalutnya”Inai dikatakan mempunyai tenaga yang boleh mengatasi pening.Caranya dengan menumbuk halus inai & inai dicampur dengan cukalalu dibalutkan di kepala. Inai mempunyai sifat sejuk & kering.Kekuatan pokok inai datang dari pokok dan dahan di mana kekuatan yang dicerat dari unsure air panas& stabil, dengan tenaga pengikat yang berpunca dari unsure tanah yang sejuk.Inai juga dikatakan boleh merawat segala rasa sakit di badan.

Setakat ini saya belum mencuba inai.Mungkin suatu hari nanti (who knows)..Buat masa ini cara saya menghilangkan sakit kepala adalah dengan rehat secukupnya…..

Rujukan:At-Tibb an-Nabawiyy(Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Klip Video 'Sajak Kematian'

Tuesday, November 11, 2008

3 hari lepas kecoh di dalam berita tentang klip video 'sajak kematian' yang ditayangkan di hadapan pelajar2 tahun 1 & 2..Saya tidak berapa tahu tentang isu ini, cuma saya telah diberitahu yang ada ibu bapa yang meminta kementerian pendidikan mengambil tindakan ke atas guru yang menayangkan klip tersebut kepada anak mereka.Setakat yang saya dengar,kononnya anak mereka telah berubah[ke arah yang lebih baik..kalau salah tolong betulkan sebab saya tak sempat nak baca & dengar tentang berita ini] setelah melihat klip tersebut.

Semalam, Dato Seri Hishamuddin, menteri yang berkenaan meminta pihaknya menyiasat perkara tersebut.kerana dikatakan perkara itu telah menakutkan pelajar.Hati saya terdetik, bukankah bagus jika penayangan klip tersebut mengubah seseorang itu ke arah yang lebih baik? Mengapa pula ada ibu bapa yang mempertikaikannya?

Bagi saya,pendekatan yang dilakukan ada pro & cons nya..saya tidak berani untuk komen panjang tapi di sini perlunya kita untuk mengetahui ilmu tentang psikologi kanak2 itu sendiri, sama ada sesuai atau tidak untuk menerima pendekatan sebegitu rupa. Dari sudut sainsnya, kanak-kanak zaman kini telah mampu untuk menerima pendekatan dalam bentuk teknologi kini manakala dari sudut keilmuannya, mungkin perlu lebih diperhalusi lagi.Jikalau video sajak kematian tidak dapat dicapai oleh akal kanak2 terbabit sehingga mungkin menyebabkan mereka menjadi fobia dan sebagainya, maka di sini perlunya peranan ibu bapa dalam meng'counter' kembali pemikiran anak2 mereka.Ibu bapa seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk menenangkan sekaligus memberi penjelasan sebaik mungkin kepada anak2 mereka, bukan sekadar hanya 'menerjah' & juga menyalahkan pihak sekolah. Kesimpulannya, kedua2 pihak iaitu ibu bapa & guru perlu lebih peka tentang hal ini. Betapa pentingnya keilmuan mereka bukan sahaja dari sudut penggunaan teknologi, malah dari sudut psikologi kanak2 itu sendiri.

Saya juga sempat menyaksikan komen Ustaz Zawawi Yusof mengenai isu ini di Buletin Utama.Antara yang keluar dari mulutnya.."Pendekatan dalam menerangkan sesuatu semakin berubah mengikut zaman..Sama juga, dalam kita menyampaikan kepada pelajar, dalam zaman teknologi ini, berbagai2 cara boleh digunakan seperti menggunakan multimedia,klip video dan lain2.Dalam soal kematian pula, mengingati kematian adalah sesuatu yang baik kerana dengan mengingat kematian boleh melembutkan hati.."..Komen dari ustaz Zawawi berhenti setakat di situ.Saya pun agak pelik, sebab rasanya banyak lagi yang diperkatakan Ustaz Zawawi, tapi mengapa pula TV3 memotong komennya itu?Dalam hati ketika itu terlintas, "mungkin komen ustaz tersebut ke arah menyokong penayangan klip tersebut..."(he2)..tp cepat2 sy bersangka baik.."mgkn masa tak mencukupi.."

Dosa ke..?Boleh ke tak boleh??

Sunday, November 9, 2008

“Kebajikan itu adalah terletak pada keelokan akhlak, manakala dosa itu adalah apabila sesuatu perkara itu membuatkan seseorang itu resah & juga tidak mahu orang lain tahu mengenainya”(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini datang ke dalam benak minda saya apabila beberapa isu diutarakan.kadang2 tidak pernah saya terfikir, apatah lagi dibincangkan di dalam halaqah usrah atau bersama2 shbt.
Pertama sekali isu yang tak abis2 bermain di fikiran saya,..Bolehkah muslimat meletakkan gambarnya secara terbuka di dalam internet, majalah atau lain2 lagi..?apakah hukumnya, harus,makruh atau haram..?Pernah dulu saya terbaca artikel yang mengatakan meletakkan gambar muslimat itu adalah haram, kerana adalah haram bagi seseorang lelaki ajnabi melihat wanita yang bukan muhrim baginya. Ada juga yang mengatakan, tidak mengapa jika meletakkan gambar muslimat yang ramai, dengan alasan kita tidak tahu siapa tuan empunya profil(ini lebih kepada laman web sosial seperti dalam frenster,facebook & sbgnya..)Lama-kelamaan isu ini semakin memeningkan kepala saya, tambahan lagi apabila semakin ramai muslimat yang mendisplaykan gambar2 mereka di internet..kadang2 saya sendiri berasa goyah..bila saya mengupload gambar, kadang2 saya pasti rasa bersalah pada diri sendiri & shbh2 yang ada di dlm gambar itu..Mungkinkah itu yang dinamakan dosa seperti dalam hadis di atas..?pastilah disebabkan ilmu yang masih kurang tentang isu ini....
Baru2 ini saya ke My Career,Education and Entrepreneur fair di MidValley Megamall..Kebetulan kawan saya bertemu dengan seorang sahabat sekolah lamanya dan di situ berlaku sedikit perbincangan..Tentang apa?sedikit berkaitan isu agama.Saya agak terkejut dengan isu yang diutarakan.Barangkali kerana menganggap isu itu remeh, tidak penting, atau mungkin kerana saya tidak pernah terfikir untuk melakukan itu.
Persoalannya.."Muslimat yang akan menunaikan haji dibenarkan untuk mengambil pil pencegahan haid, atas alasan untuk memudahkan dia menunaikan haji mabrur. Tapi bagaimana pula dengan muslimat yang mengambil pil pencegah haid semasa bulan Ramadan atas alasan untuk memudahkannya beribadah sepanjang bulan Ramadan, terutama pada sepuluh malam terakhir..?"
Saya tergamam, mungkin bukan kerana si penanya adalah lelaki, tetapi kerana saya tidak pernah terfikir sehingga ke situ..Penggunaan pil pencegah haid itu biasa didengari dalam isu haji & umrah, tapi setakat pembacaan & apa yang saya dengar, tidak pernah lagi seorang ustaz/ustazah membicarakan hal ini.. Mungkin konsepnya sama sahaja dengan konsep haji, tapi disebabkan ia melibatkan ibadat yang berlainan membuatkan saya berfikir panjang.
"Bagi aku, haji & puasa itu lain..Haji itu dibolehkan sbb bukan senang kita nak menunaikan haji, seumur hidup mungkin sekali aje, tambahan lagi dgn kos yang tinggi..Bagi aku puasa tak boleh, sebabnye kite berkesempatan untuk melaksanakannya setahun sekali..Rukhsah yang Allah berikan pada kaum perempuan jangan lah disia-siakan.Takut dikatakan kufur nikmat.." seorang kawan memberikan pendapat.
Aku tersentak dari lamunan panjang..Bukannya berangan tapi berusaha mencari jawapan yang sesuai untuk diberi..
"kalo saya lah kan, saya tak pnah terpk nak wat..saya tak berani nak kuarkan fatwa sbb saya takde dalil2 naqli yang kukuh tentang itu..lain la kalo ditanya, antara puasa qadha & puasa enam, mane lagi afdhal..?itu saya ade beberapa hadis & ayat Al-Quran yang boleh dijadikan sandaran..dalam Islam ade dalil naqli & juga aqli..kalo dari segi pendapat aqli dr seorg kawan kite tadi, mungkinlah boleh diguna pakai.."
Jawapan yang keluar dari mulut saya itu sebenarnya langsung tak memuaskan hati saya, mungkin si penanya apatah lagi. Dalam hati malu kerana soalan fiqah itu tak mampu dijawab.(mungkin pada pembaca blog ini boleh beri sedikit respon tentang isu ini..boleh jadi bahan usrah juga )
Mengambil ayat Ustaz hasrizal, "Hidup adalah untuk memberi"..Memang benar, tiada guna hidup kalau tidak memberi, ibarat pepatah,"Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima"..Buat masa ini, saya sedar yang saya masih belum cukup mampu untuk memberi, cukuplah dulu sekadar sedikit contengan & mudah2an sedikit contengan blog ini ada nilainya yang tersendiri..

Lock Your PC & Rest !!

Tuesday, November 4, 2008

Semakin lama semakin ramai yang menggunakan komputer.Jangan kata programmer, adik2 kecil pun sanggup menghabiskan hari mereka di hadapan desktop. Dalam kita menggunakan sebaik mungkin kecanggihan teknologi, sedar tak sedar ada perkara yang boleh mengganggu gugat kesihatan mereka..

Betul ke..?

Pakar2 perubatan boleh la komen..


(bersedia untuk tutup pc & menatap alam hijau semulajadi..)

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.


Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?


Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom


  • Cepat penat

  • Mengah

  • Sakit dada

  • Denyutan nadi laju

  • Lemah di bahagian kaki

  • Kurang selera makan

  • Batuk

  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan



  • Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung

  • Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki

  • Elakkan meminum airbatu

  • ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

  • Sentiasa meminum air panas

  • Amalkan bersenam

Rawatan



  • Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

  • Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

::Pandanglah Di Sekelilingmu::

Monday, November 3, 2008

tempat di mn sy menjalani latihan industri betul2 terletak di tgh bandaraya kuala lumpur.pasti rmai yg terbyg,kesesakan & juga kesibukan warga kota di sana.tambahan lagi, boleh dikatakan di situlah pusat utk wrga kota menguruskan kewangan masing2..ade bgnn tabung haji,menara pnb & juga citibank.apa yg men'grand'kan lagi kwsn itu, tertumpunyanye bagnn2 kedutaan negara2 besar dr seluruh dunia di kwsn jalan tun razak itu.sebnrnya, sy tidaklah tertarik itu bercerita ttg kemegahan itu semua.mgkn ramai yg tidak sedar,di celah2 kwsn membangun itu,masih rmai juga yg merempat di sekitar kwsn ampang park itu.masih rmai yg kdg2 kala lupa jasa2 buruh2 binaan yg telah berpanas terik membina bangunn untuk keselesaan mereka.masih ada adik2 berbangsa melayu mengemis mohon dihulurkan sedikit wang.masih ada yang hanya membeli nasi putih bersama sambal kosong sahaja sebagai santapan tengahari.Artikel kiriman seorang junior mengingatkan sy pada semua itu...

Kita selalu beri salam jika berjumpa dgn guru tapi terlupa utk beri salam dgn pakcik/makcik cleaner..

KIta buang segala mcm sampah tapi terfikirkah siapa yang mengutip sampah itu..Kadang2 kita terbuang sampah di tengh jalan tapi siapa yg mengutipnya. .

Hari2 kita buang hadas tapi siapa yg menguruskan bila tersumbat..

Hari2 makan nasi,mengeluh bila xkenyang tapi terfikirkah keluhan petani yg tlh berkerah tenaga siang malam membanting tulang..

Kadang2 bangun rasa tidur waktu mlm xcukup tapi para pak guard sengkang mata demi tugas jaga waktu mlm..

GOLONGAN2 yg kadang2 kita terlepas pandang spt di atas juga hati dan perasaan.ada anak bini utk ditanggung.. munkin ada dikalangn keluarga kita sendiri.Ingat2lah mereka di waktu senang dan susah..INGATAN UTK DIRI INI YG SELALU LUPA

Itu baru di kota raya Malaysia.belum lagi kita menyelusuri ceruk2 kampung, apatah lagi di negara2 mundur & dunia ketiga.

Merenung kembali kepada mereka yang lebih susah, adalah antara ubat untuk merawat hati yang kadang kala ego, atau frust dgn hidup yang dilalui. Sudah pasti ubat yang terbaik adalah dengan mengingati ALLah..

saya nak tagged beberapa org shbt yg paling istimewa dlm hidup sy(if u read dis)

  • sakinah & aleeya usim (jom trn 'family gathering' lembah klang 15 nov..abi jemput..)
  • nurul (ump)

three of u..i feel like i wanna cry on ur shoulder...




::Shah Rukh Khan Dapat gelaran Datuk??::

Friday, October 10, 2008

"hah..shah rukh khan dpt gelaran datuk!biar betol"
"mane ko bace biter tu..?
"biter harian"

Gamat gak ofis petang semlm.bile salah seorg staf announce biter tu pade sume...maka kelam kabut la sy mencari biter tu dalam Berita Harian Online:Mutakhir..ye, mmg btol ydp melaka nak bagi gelaran tu pada shah rukh khan sempena burfdaynye yg ke70, dgn sebab(menurut dlm sokkaba) sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. (Berita Harian,11 Oktober 2008)
"La...daripada bagi mamat tu,baik bagi aku.."
Sorang staf lagi menyampuk.
Mintak maap ler sbb kalo ikutkan ati ni, mmg tak setuju sgt2 la bagi gelaran datuk tu pd mamat tu..tapi nak wat camne, bdak besa cm sy ni mn ade hak nak menguarkan pendapat, yang boley cume dlm blog ni aje..hu2..
sbnrnye sy terfikir, ape sumbangan utama shah rukh khan pade mesia sbnrnye?
adakah die berjaye menyumbangkan pingat perak olimpik sebagaimana Datuk Lee Chong Wei utk mesia..?
adakah die berjaye mengharumkan nama mesia dgn naik ke bulan mcm DR SMS tu..?
adakah die berjaye menarik pelabur2 asing utk dtg berlabur di mesia melalui filem2 hindustan yang dilakonkannye itu?
mgkn btol kate sorg staf.."ala shah rukh khan yang buka tanjung keling kt melaka tu..(dgn nada sindir)"
secara umumnya,perkembangan industri hindustan sbnrnye tak membawa ape2 makne pon kepada mesia..ni dr perspektif kaca mata sy laa..
mgkn rmai yang berkate, kebaikan filem2 hindustan byk berkisar ttg hal2 kekeluargaan..ya mmg btol, tp mslhnye lebih byk juga aksi2 ganas,seks & cinta yang keterlaluan yg sy kire banyak memberi ruang & peluang kepada berlakunya keruntuhan moral & akhlak remaja skang..menurut kaedah usul fiq awlawiyat.."jika yang baik itu lebih sedikit dari yang buruk, maka adalah lebih baik tinggalkan terus perkara tersebut.."
teringat kate2 ustaz azizul waktu tazkirah oleh yg disampaikan oleh ustaz farid ravi d pnb semasa Ramadan yg lepas.."tak usahlah kite menonton filem2 hindustan kerana ia sbnrnye langsung tak mendtgkan ape2 faedah pd kite..yang buruk ttp buruk..yg maksiat ttp maksiat dan tiada ape yang boley 'membersihkan' perkara2 yg buruk itu"
jika gelaran tersebut diberi atas dasar kerana die membawa perkembangan pesat pada filem2 hindustan di rantau ini, maka sy kire banyak lagi 'artis2' yg lebih layak mendapat gelaran tersebut..mengapa kerajaan negeri tidak mengiktiraf mereka2 yang telah menyumbang sesuatu kepada ISlam..?contohnye artis berkumpulan seperti Raihan..sy kire byk sumbangan mereka dlm memperkenalkan dakwah melalui nasyid kepada masyrakat di negara ini..bkn sekadar masyrakat di mesia, malah mereka juga mmpu memperkenalkan kesenian Islam ini di luar negara, apabila mereka berjaya mendpt byk jemputan2 persembhn dr luar negara, sbgai contoh dr Queen Elizabeth sendiri & juga di royal albert hall london bersame2 artis nasyid antarabangsa yang lain..
ini cume pandgn dari mata kasar & setakat ilmu cetek yg sy ade..pendpt sy wat ape nak bg gelaran Datuk pd seseorg yng bukan warganegara malaysia yang langsung tak menyumbang utk negara apatah lagi agama..??
kpd peminta2 hindustan sume..terime kasih laa..atas sokong tak berbelah bagi anda sume..shah rukh khan akan dpt gelrn Datuk Shah Rukh Khan xlma lagi...
kpd yg memperjuangan nasyid & dakwah,teruskan usaha anda tanpe mengharpkan ganjran duniawi..kerana yg konpem ganjaran di akhirat pasti menanti....

::I've Been Tagged::

Monday, October 6, 2008

I've been tagged by sakinah... Huu.Okay.actually i don understand wat the purpose of doing dis!
owh qynot, u wanna reveal sum of my secret dat u donno ye..(but looks like it is fun)

*State 15 weird things / habits / little known facts about yourself.

  1. seorg yang tak byk ckp tapi sgt suke wat presentation..hoh
  2. cite2 sebenrnye nak jadi kaunselor..tp nak wat camne mgkn rezeki 'terpakse' amik coz software engineering.
  3. bile stress, suke abiskan duit beli buku..(teruknye perangai)
  4. waktu sekolah dulu, orang kate susah nak score paper bahasa..erm markah paling tinggi pnah dapat utk paper bahasa adalah bahasa arab-99 markah....bile teringat balik, sgt2 nyesal sbb tak smbung pengajian ke uia....
  5. lagi pasal markah...waktu spm result GCE-O utk english adalah 1A..tp disebbkan result itu gak la yang wat saya frust gile tak dpt smbung blaja ke oversea..hu2
  6. luv wat u do..not do wat u luv..itu lah yg sy tgh istiqamahkan skang..sy dpt rs technology bukanlah minat sy...tp sy sedaya upaya blaja utk mencintainye...kalo ikutkan hati dh lame give up..hu2
  7. seorg yang sabar tp awas!...jgn wat sy marah..sy ni garang giler sbnrnye
  8. suke berkawan tp sy bukanlah org yang reti nak memulakan..so u start first!
  9. sedang blaja mencari kekuatan & ketabahan seperti mak
  10. suke kaler pink..tp kalo beli brg mesti amik yang kaler hijau atau hitam...xphm btol
  11. suke involve ngan aktiviti luar..tp terlalu byk kekangan dr keluarga & kewangan..hu2
  12. suke bergaduh dgn adik dlm keta..
  13. x suke makan ikan...hoh..dont u know ikan kan baik utk otak....
  14. sedang boikot teh ais...asyik kn marah sbb suke sgt minum teh ais...he2

Cukup la kot..takley reveal lebih2..

rupenye sy sendiri masih 'kurang' knal diri sendiri...

tatau nak tagged sp plak...

::I Wonder......::

Sunday, October 5, 2008

19 DISEMBER 2008..
lambatnye nak tggu tarikh ni..
bosannye nak menunggu ketibaan tarikh ni..
(sory hanah,bkn bermaksud nak 'menidakkan' tarikh istimewa hanah ni..)
kami sembang td..(mentang2 la sume manager takde)
fariza tgh kelam kabut siapkan logbook die coz sok supervisor faculty die dtg sok
cemburunye tgk dieorg ni..
fariza and amril dh nak abis praktikal dis october..
jaja & lysa pon dh nak abis dis early november..
me?
argh lambat lagi...
nak menanti 19 disember sorg2 as trainee here...
walaupon dieorg berempat tu dari bhgn yang lain..
tp ttp sunyi sbb lepas ni dh takde trainee dh kat blkang ni..
wuaAaaA
i wonder..
wat i''ll be after dis 19 disember??
(tak termasuk kelamkabut siapkan report yang kn hantar )
adakah sy akan meneruskan kerje lame d cni??..
menjdi developer amatur yang langsung x profesional??..
*sigh*
atau menyambung kembali cita2 sy untuk terjun beramal kepada masyarakat??
urm
teringat plak kate2 sorg shbt.."nti ni ley jdi wakil rakyat.."
tak sangka plak ade gak org yang akan kuarkan statement sebegitu..
mcm kelakar je..merapu mase jadi mc majlis ley ler..
yeah..sunyi..lonely
jgn ckp lepas dak2 ni abis..
skang pon rs mcm tu
wat development sorg2..
coz 4 org yang lain wat keje lain..planning & project management
kalo tak reti takde org yang nak bantu..(encik heemi gak la yg dtg tny problem)
menanggung beban akademik sem ni sorg2...
sbnrnye..rase menyesal pon ade..
coz tak cari tmpat li dgn kwn2 bits yang len..
kalo dieorg takley nak tolong develop pon..
at least ade la tmpat nak luah perasaan stress tu..hu2
tp nak wat mcm mn..
bln nih dah nak masuk bln ke4 kat cni..
dh dpt 'gaji' rm1500 dh kat cni
so nak tanak
life must go on...
let's wait n c wat will happen...


"sekuat mana pun dugaan yang dihadapi
sekukuh apa pun cubaan yang harus dijalani
sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai
sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui
jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi
jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabb
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana doa adalah pintu kebaikan
kerana doa adalah senjata orang2 beriman..."

::Inilah Jawapannye..::

Thursday, October 2, 2008

ade yang bertanye..nape tak kupas isu2 semasa yang berkaitan siasah & haraki?
jawapannye mudah..
kerana sy masih sedar diri
sedar yang sy masih kurg ilmu & juge masih belum cukup matang untuk mengupas isu2 sebegitu...
silap2 lbh banyak merapu merepek kerepek
takot2 ley tercetus ajaran sesat lak nnt
kalo mcm tu...smpai bile nak tggu 'matang' tu..?
wallahu'alam
wat mase ni sy lebih selesa utk membaca kupasan2 isu dari org2 yang sy hormati keilmuan mereka..
abis tu..
untuk ape blog ni..??
hehe..jwpnnye pon mudah sgt...
sbb sy bdak IT..!!
baru2 ni...waktu tgh belek2 sokkaba utk iklan keje kosong...
de bbrp iklan yang meletakkan syarat supaya applicant yang nak apply job
mestilah ade website sendiri @ at least blog sendiri..
so atas kesedaran inilah
sy 'terpakse' membuat blog sendiri..
hehe
so clear tak shbt?

::Elaun tu Haram??::

"LI kat ne?"

"pnb"

"govement ke?dpt elaun ke?"

"Alhamdulillah ade la sket"

"bp byk?"

"rm500 sebulan"

"pergh,byk tu!"

"erm"

"moli..baek ko bg aku sket duit elaun tu..bknnye ko ley gn pon ...duit riba tu..."



laa..plak...kate td takley gn duit tu sbb riba..tapi die gune bley plak..
aih..macm2 ragam kawan ade...
urm...tp btol gak ckp die...selame ni, xpnah terfikir pon elaun yang dpt selame ni halal ke haram ke..but, wat make she things dat elaun haram..??
setelah berpikir..mgkn die kate camtu disebabkan oleh pnb yang menguruskan segala jenis amanah saham..dipendekkan cerita asb, asn & yang sewaktu dgnnye..

erm..kalo btul la duit tu haram, abis camne ngan gaji pekerja2 kat cni..haram ke tak?

bkn ley bawa main bende2 haram ni, especially yang melibatkan duit..tambah2 lagi kalo duit tu kite gune utk beli makanan..makanan yang masuk plak akan jadi darah daging kite..darah daging tu plak yang akan membentuk keperibadian kite.....
baru2 ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah 'mengharuskan' hukum melabur & menyimpan di dalam ASB & ASN. Sy juga konpius sbb dulu mufti selangor pernah mengharamkan melabur di dlm asb & asn.Namun , disebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharuskannya, maka orang ramai yang ade membuat pelaburan tak perlu risau lah pasal ni.Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam. Mgkn bagi sesetgh orang yang masih meragui sejauh mane 'kehalalan' pelaburan, maka adalah lebih baik kite jauhi terus & mencari metod pelaburan yang lebih Islamik...
sy memetik persoalan yang dikemukakan dr laman web Ustaz Zaharuddin(www.zaharuddin.net)
Kerja IT Dengan Bank

Soalan:
Sila bantu kami mencari jalan yang benar dalam hidup kami. Saya seorang jurutera software bekerja dengan syarikat software. Syarikat saya dibiayai oleh sebuah bank Islam. Tumpuan syarikat software kami pada tahun depan ialah bidang perbankkan dan kebanyakkan pelanggan ialah bank. Masalah yang saya akan hadapi ialah projek yang saya sepatutnya bekerja selepas ini untuk perbankan software dan kebanyakkan bank yang saya akan bekerja ialah bank bukan Islam. Saya memohon panduan sama ada bekerja untuk bank adalah haram (dilarang ) walau pun saya tidak secara langsung bekerja dengan bank itu. Jazakum Allah khayran.

Jawapan:
Menjawab persoalan anda, kami ingin menyatakan yang dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangai kontrak bagi pihak bank. Ini ialah fatwa yang diberikan oleh Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi terkemuka dan kaunselor, yang menyatakan:
Dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional, jabatan kredit, jabatan IT atau software atau jabatan-jabatan lain, selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangani kontrak bagi pihak bank. Ini ialah pendapat pakar Shari`ah yang terkemuka pada zaman kita, al-marhum Sheikh Mustafa Al-Zarqa (meninggal 1999), Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh As-Salami dari Tunisia dan Sheikh Adh-Dhareer dari Sudan. Alasannya ialah pekerjaan itu di bank konvensional tidak termasuk dalam murka Allah yang disabdakan Rasululllah (SAW) atas pemberi riba, pengambilnya, penulisnya dan dua saksinya (riwayat Muslim). Disamping itu, larangan bekerja dengan bank meletakkan kesusahan keterlaluan dan kepayahan atas Muslim di kedua-dua negara majority Muslim dan masyarakat Muslim di Negara lain.

Dr. Monzer menambah :
Bekerja dengan bank konvensional tidak haram kecuali pekerja dalam bidang perlaksanaan kontrak pinjaman dengan pelanggan. Jika anda bekerja dalam IT, anda tidak membuat kontrak itu dan kerja anda dibenarkan. Untuk mendakwa yang berlawanan memerlukan dalil daripada Shari`ah kerana Rasululllah (SAW) mengisytiharkan murka Allah atas pengambil riba, pemberinya, penulisnya dan saksinya. Anda tidak perlu memperluaskan la`nah (murka) kepada jurutaip, juruwang, pekerja IT atau software dan pengawal bank. Disamping itu, tidak semua aktiviti bank konvensional berada dalam bidang riba; mereka juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang dibenarkan.
Terjemahan daripada: IT Job for a Bank
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?
jadi sy kire di sni mgkn tiada istilah elaun itu haram disbbkan oleh riba..
lagipon keje sy disni hanye mmbntu enhancement system disini..
tidak terlibat secara langsung dgn kontrak tersebut
setakat ni walaupon sy dh 3 bulan di sini, sy masih belum berkesempatan mengkaji & memahami struktur sebnr amahan saham di sini..
usah ditanye apakah sy ade 'authority' utk check akaun amanah shm anda..
keje sy stkt nih hanye stkt ley view kehadiran kuar masuk staf2 di sni aje..
nmpk sgt ilmu sy ttg kewangan Islam ni kurg..=(

Kesiannye dik

Monday, September 29, 2008

urm..first of all..nak mohon maaf pada semua coz sy dh delete blog lame..(sory qynah..u told me 2 update but i'm not)..

tetibe tergerak lagi nak menulis blog..takde ape nak wat kat cni..org len cuti, kite sorg terpacak kat cni..(actualy de lagi 2 orang, en heemi(duduk)n en el..kebetulan de plak gambo dieorg ni..he2)..tp takkan la plak nak borak memanjang ngn dieorg..dieorg pon nmpaknye in-mood nak ghaye..
ape yang bermain di pikiran sekarang is bout my brother..actualy takyah pikir pun mslh die.(yeah..better think bout ur life)..tp kesian btol la tgk die..mesti tgh serabut nk wat keputusan skang..ingatkan nak pilih teman sehidup semati susah..rupenye nak pilih keje pon payah..!
baru2 ni, die dpt keje as a technician of Petronas di senai..he'll start dis friday(xcuti ghaye la die..)..mule2 mmg sonok la die (dgn bangganye die msg yg time tuh tgh kat ofis..hu2)
tapi takpe la..as long as he made my mom proud of him..
nak dijadikan citer,last sunday kami sekeluarga gi tgk la bakal tmpat keje baru die tu..lapangan terbang senai,johor...b4 dat, senior kat tmpat my brother skang pesan kat die, lebih kurg cam ni.."better ko jgn g tgk tmpat tu...nyesal ko kang.."..& rupenye btol kate abg najib tu..bile dh tgk, mak mcm tak bp suke ngn biah tmpat tuh..dah le panas, yang de cume kapal terbang,lori petronas & juge tangki2 yang besar...
rupenye nazmin pon mcm dh serbe salah nak gi atau tak..tambah lagi bile bos tmpat lame die as a services technician kate nak naikkan gaji die kalo die tak berhenti..urm payah gak ni dik..akak pon tatau nak kate ape..bile ditanye, die ckp die tak kisah pon keje mn2..yg penting xperience..cume die tgk mak mcm dh mule risau..
cume nasihat seorang kakak untuk min..di samping mintak pendapat org2 'veteren' & kwn2...wat la solat istikharah..mintak petunjuk dari Allah..kdg2 mmg kite suke sesuatu,tapi blum pasti ape yg kite suke tu baik utk kite..(rujuk surah al-baqarah:216)..mmg kedue2 company de pro and cons..mmg due2 menjamin mase depan..tp kite taktau ape perancangan Allah untuk kite pada mase depan...
sian btol..mudah2an nazmin dipermudahkan urusan & diberi petunjuk..





Salam Aidilfitri


Hampirnya kita ke penghujung Ramadan.Berlainan pengertiannya bagi setiap orang.Bak kata orang, "rambut sama hitam, hati lain2"..Bagi yang hatinya sentiasa terpaut untuk beribadah lillahi Taala, pastinya hati akan merintih sedih, kerana merasakan masih tidak cukup amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramdan yang telah berlalu, malah belum pasti juga sempatkah mereka akan bertemu semula dengan Ramadan yang akan datang. Bagi yang kurang mengerti Ramadan,pasti gembira ternanti2 syawal yang bakal menjelang tiba.Biar apa pun perasaan yang muncul, namun moga 'perang' kita bertempur dengan hawa nafsu mampu mengubah diri kita agar menjadi yang lebih baik selepas ini.
Memetik kata DR Yusuf al-Qaradhawi dalam khutbah hari rayanya: "Barang siapa yang menyembah Ramadan, sesungguhnya Ramadan sudah pergi dan barang siapa yang menyembah Allah, maka Dia sentiasa hidup, tidak pernah mati." .Di sebalik kata2 ini, tersirat makna.Bagi siapa yang beribadah di bulan Ramadan kerana datangnya bulan Ramadan,maka itulah yang dia akan dapat.Tapi siapa yang beribadah di bulan Ramadan kerana Allah Taala, maka berkatnya ibadahnya itu bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi juga sepanjang tahun...
Kalau dulu semasa Ramadan,kita sentiasa menjaga pantang larang berpuasa dan sebelah malamnya pula mengimarahkan masjid dengan melakukan solat sunat terawih..tetapi realitinya, selepas Ramadan berlalu, pasti masjid kembali lengang, kita kembali pada perkara2 yang melalaikan(na'uzubillah).Pada hal yang menjadi tanda diterima puasanya seseorang ialah dia masih mengekalkan hubungan mesra dengan Allah pada setiap masa tanpa syarat. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya." ( Muhammad:17)
Pada pagi Syawal yang mulia, umat Islam disyariatkan supaya bertakbir tanda gembira kerana sudah memenangi 'peperangan' yang mencabar. Kalimah itu amat bermakna dalam diri setiap mukmin. Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Kalimah ini sekali lagi mengajak kita merenung kembali keagungan Allah,sekaligus menginsafi kerdilnya diri.Maka, hati-hati itu menjadi lembut kerana ingatkan kekuatan Allah, kebesaran dan keagungan-Nya. "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya." (al-Maidah:2)
Memetik kata2 Dr Hamka dalam teks khutbah hari raya beliau: "Sembahyang raya inilah suatu demonstrasi untuk menunjukkan rasa cinta bukan demonstrasi menabur rasa benci." melalui laungan takbir tumbuh benih-benih cinta dan kasih sayang di jiwa orang beriman.Melalui zakat fitrah, merupakan bukti kasih sayang itu mekar antara yang kaya dengan miskin. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Elakkan mereka yang miskin daripada berpusing-pusing meminta sedekah pada hari ini." (Hadis riwayat Ibnu 'Adi dan al-Dar al-Qutni daripada Ibnu Umar) Begitulah semangat Syawal yang semestinya ditiupkan ke dalam jiwa umat Islam. Yang pertama memperingatkan kita perlunya tali Allah disimpulkan pada setiap masa bukan pada Ramadan saja kemudian bentuk kesyukuran yang mesti ditonjolkan dan dibuktikan melalui amalan dan akhirnya rahsia laungan takbir yang boleh menyatukan umat dan menumbuhkan benih kasih sayang.
Moga2 ramadan & syawal kali ini diberkati Allah

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Selamat kembali kepada fitrah