Tragedi Disember

Monday, December 8, 2008

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di tiga tempat yang berbeza, dalam tempoh jangka yang singkat iaitu satu minggu. Ini tidak perlu dikira dengan bencana banjir, kerana memang kita sudah sedia maklum, setiap kali hujung tahun pasti bah besar melanda, terutama di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.Apa yang pasti, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa.

Kejadian tanah runtuh yang pertama berlaku di hulu yam perdana, 30 november yang lalu membabitkan sebuah banglo setingkat yang mengorbankan 2 nyawa anak tersayang pemilik banglo tersebut. Kejadian kedua, melibatkan kejadian tanah runtuh di bangunan cimb damansara, di mana dalam kejadian ini tanah runtuh telah menimbuskan 11buah kenderaan. Kejadian ketiga pula, berlaku pada 6 disember di bukit antarabangsa, meranapkan 14 buah banglo dan setakat ini telah mengorbankan 4 nyawa.

Di sebalik fakta geologi dan juga sains mengenai kejadian ini, mungkin juga perlu kita menganalisa kembali kejadian ini di sebalik hikmah Tuhan. Kalau kita menyorot kembali kejadian tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004, pasti kita dapat melihat bukti kejadian & kekuasaan Allah. Dalam kejadian tsunami itu, tiada apa yang tertinggal melainkan masjid & rumah2 Allah yang masih tersergam indah. Ini adalah sebagai bukti keagungan Allah swt.

Kejadian tanah runtuh ini mungkin tidaklah sebesar atau sedahsyat tsunami di Acheh, tetapi cukuplah untuk mengajak kembali kita berfikir sejenak. Merenung & muhasabah kembali. Terfikirkah kita, ‘amaran’ dari Allah sudah sampai ke bumi tercinta kita, Malaysia? Biarpun kita tidak mengetahui bilakah hari ‘yaummuddin’ itu, namun, cukuplah peringatan itu sebagai tanda kita sudah pun berada di pengakhiran zaman. Hedonisme melampau & bermacam2 lagi perkara pelik sudah pun berlaku.antara contoh, hadis yang baru saya dengar yang mengatakan..”jika terdapat surau atau masjid di kawasan rumah kamu, maka janganlah kamu membina rumah kamu lebih besar daripada surau atau masjid tersebut..[riwayat hadis]” ‘Amaran’ dari Allah ini yang berupa bencana ini, tidaklah bermakna kemurkaan Allah sepenuhnya, tapi anggaplah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.Kasih sayang kerana memberi peringatan kepada kita. Peringatan agar tidak terus lalai dan leka.

Kepada yang ditimpa musibah, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana bencana yang Allah timpakan itu bukan sahaja, sebagai ujian yang boleh mendatangkan pahala yang besar kepada mereka jika mereka bersabar, malah sebagai pembersih kekotoran dosa mereka. Kepada yang tidak terlibat, bersimpatilah pada mereka yang berkenaan & juga bersyukurlah.Bersyukurlah kerana Allah telah memberikan ‘peringatan awal’ kepada kita. Berubahlah sebelum terlambat.

0 comments: