::GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU GO FOR IT::

Monday, October 12, 2009

Sekarang ni saya tengah belajar2 sistem yang tengah kak nida support..tak berapa payah sebenarnya, tapi untuk orang macam kak nida yang terlalu sibuk, jarang2 sekali dia dapat buka remote desktop tu..dan untuk orang yang baru nak 'buka mata' dan terlalu mentah ni, macam agak sukar juga mula2 tu..sampaikan beza antara 'list' dengan 'array' pon boleh konpius...nak atau tak, sesusah mana pun sesuatu perkara tu,mesti juga kena tempuh..bak kata omputih.. to achieve a good result, you must go for it!

Bak kata omputih mengingatkan saya pada waktu mula2 saya diintebiu dulu untuk masuk ke sini..Kalau ikutkan rasa hati,selayaknya saya katakan saya tak kan dapat pun masuk mesiniaga sebab ramai lagi yang lebih layak.Bayangkan, daripada leih kurang 16 orang yang datang intebiu, hanya 6 sahaja yang akan dapat post ni..Mula2 tu memang rasa berbolak-balik,macam taknak datang je intebiu,sebab boleh agak peratus untuk dapat tu, tapi saya gagahkan diri untuk datang gak, sebab dalam hati berkata,"kalau tak cuba, mana nak tau dapat ke takkan?" Dan akhirnya Alhamdulillah satu dari nikmat Allah, rezekiku ada di sini..Dan tak siapa tahu, apa yang seterusnya akan berlaku, kerana semuanya dalam perancangan Allah...

p/s:u know what i am doing rite now??..try to solve the problem, but now the problem become worse, dat's y i'm stop connecting my remote desktop, login to my blog and writing all this..just wanna remind myself..if u go for it, then good things will happen..[hopefully..*sigh]

::Konvokesyen UTeM ke-5::

Monday, October 5, 2009

Lamanya dah tak update blog..
Baru-baru ini konvokesyen di Melaka.Jumpa kawan2 lama, dan dapat banyak bunga and tedy bear.Takde la banyak mana pun, tapi bile mak cakap, "Banyaknye kamu dapat hadiah moli..."Baru sedar yang memang banyak pon, sampai penuh bonet and seat belakang kete sagaku...Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, dan konvokesyen ini juga telah merangsang semangatku untuk sambung belajar lagi di peringkat master..doakan la ye.....

Cuma ada beberapa 'perkara yang tak diingini' berlaku dan mungkin perlu diperbaiki lagi..
antaranya

1-pengurusan yang kelam-kabut yang membuatkan semua orang pon stress..ade senior cakap, tak perlu risau sbb ini konvo ke-5, tp masalahnye pengurusan macam ini konvo pertama.
mungkin selepas ini, perlu tambah kaunter yuran & pengambilan jubah lagi especially
sehari sebelum konvo atau hari rehearsel sbb masa tu mmg ramai graduate yang akan datang.
Yang paling tak tahan bile ramai yang potong Q..nak kate tak berakal,sumenye bijak2
belaka...time tu rasa macam berebut nak naik tren lagi senang dari beratur nak amik jubah
huhu...

2-pada hari konvo, terdengar rungutan ibu bapa yang tak dapat masuk.."Bagi pas sampai 4,
lepas tu tak ley masuk..".....,"ape la...satu pas bagi masuk sampai dua orang, mane nak
muat"...adik & mak pon ade merungut gak..

Walaubagaimanapon, bukanlah sahaja suka2 nak mendedahkan kelemahan, tapi semoga ini akan jadi pengajaran pada masa2 akan datang..bak kata "seseorang muslim tidak akan pernah masuk lubang dua kali.."

Walau apa pun, sekalung tahniah dan penghargaan buat semua pensyarah yang bertungkus lumus mengajar, serta rakan2 yang banyak membantu selama ini.Tahniah buat semua yang selamat bergraduasi...

gambar(tak banyak coz malas nak bergambar & sebab takde kamera sendiri..huhu)

sementara menunggu nak masuk dewan

now i am a holder of degree in computer science majoring in software development...hooray!!Alhamdulillah


::Antara Garisan::

Saturday, September 5, 2009


"Salam perkenalan..ana hattan, bukan setan eh..."
Antara dialog dalam drama 'Antara Garisan' yang ditonton sebentar tadi.
Untuk yang tidak menonton,sinopsis cerita drama tersebut adalah seperti berikut:

"Mengisahkan seorang ustaz yg melihat seorang perempuan GRO ketika sedang qiamulail di masjid ketika di permulaan cerita, dan diakhir cerita pula, keadaan sebaliknye berlaku apabila perempuan GRO yang telah bertaubat melihat pula ustaz yg telah terlanjur di tempat dan pada waktu yang sama.
Dimulakan cerita, watak perempuan GRO, Ayu yang dibawa oleh Nurkhiriah, tinggal bersama dan menyara adik sepupunya, Wirda lakonan sharifah amani.Walaubagaimanapun, Wirda sentiasa memandang rendah pada Ayu dan nampak babak yang paling jelas adalah apabila dia membakar duit yang diberi oleh Ayu untuk membayar yuran STPM kerana menganggap duit tersebut adalah tidak berkat kerana hasil daripada pekerjaannya sebagai GRO.
Di pihak ustaz pula, ustaz muda itu baru sahaja berpindah ke kampung itu dan dihasut oleh golongan muda yang terlalu taksub pada ekstrem jihad & juga watak Hattan yang telah saya dapat agak adalah watak 'setan' yang menghasut ustaz tersebut secara halus.Pada masa yang sama ustaz tersebut jatuh hati dengan Wirda sehingga mereka ditangkap terlanjur."


Pengajaran yang saya dapat daripada drama ini betapa kadang2 kita sebagai manusia terlalu suka menjatuhkan hukum kepada orang lain kerana merasakan diri lebih baik dari orang lain..Terkadang kita tidak sedar, yang kita juga boleh terjerumus sama seperti orang yang pernah kita hina.Siapalah kita untuk sesuka hati menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Teringat sebuah kisah, seorang lelaki ahli ibadah tinggal di atas bangunan manakala di bawahya pula adalah seorang pemuda yang sentiasa melakukan kemaksiatan. Tiba-tiba, pada suatu hari, terdetik di hati masing2, yang si abid yang dihasut oleh syaitan secara halus yang mengatakan beliau masih muda, maka terdetik hatinya untuk menyertai pemuda yang selalu melakukan maksiat di bawah, manakala pemuda yang melakukan maksiat itu pula timbul hatinya keinsafan dan takutkan dosa, terdetik hatinya pula untuk melakukan ibadah dan bertaubat bersama-sama dengan ahli ibadah di atas.Maka, berlarilah abid ke bawah menuruni tangga, manakala si pemuda maksiat berlari ke atas..Kedua2nya bertembung dan berlanggar sesama sendiri, lalu takdirnya meninggal kedua2 orang tersebut. Allah memerintahkan malaikat untuk menilai amal semasa hidup mereka berdasarkan niat masing2 semasa menggunakan tangga tersebut.

Di akhir drama tersebut, pemuda bernama Hattan itu mengulangi ayatnya.."Aku telah berjanji dan bersumpah dengan Allah..akan menyesatkan umat manusia selama-lamanya..Sebaik2 manusia sekalipon, mereka takkan sedar yang mereka akan melintasi garisan halus untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.."

Na'uzubillahu min zalik.
Mudah-mudahan kite semua diperkuatkan hati untuk meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini.

::Kisah Pengutip Tin Kosong::

Wednesday, May 13, 2009

Selepas pulang dari kerja, kebiasaannya saya akan tiba di terminal putra gombak dalam lingkungan jam 7-8 malam. Seperti biasa, saya mencari-cari seseorang. Dan hari itu, ‘orang’ itu ada seperti biasa..

Insan itu berkulit seperti anak mami dari penang,berpakaian baju melayu serta berkopiah serta mengendong sebuah basikal bersamanya. Jangan salah anggap. Saya ‘mencari’ orang tersebut bukan kerana saya ‘admire’ kan dia, tapi kerana terbitnya rasa kasihan pada insan sepertinya.

Boleh dikatakan setiap hari saya akan memerhatikan pakcik ini. Dari satu tong sampah ke satu tong sampah, dia memakai sarung plastik dan membuka setiap tong sampah di terminal putra itu, mencari tin-tin kosong(yang mungkin untuk dijual). Dia mengambil tin-tin kosong tersebut, dan memijak2 tin2 itu tanpa mempedulikan orang2 sekeliling yang memandang.

Setiap kali memandang pakcik ini, timbul rasa keinsafan.Sedikit sebanyak setiap hari ada yang memberi peringatan ketika diri ini mudah lupa dan leka. Juga sedikit motivasi tika diri down.Betapa kita sebagai manusia kadang2 terlalu mengejar dunia, sehingga kadangkala selalu berasa tidak cukup dengan apa yang ada.

Pengajaran yang saya peroleh melalui kisah pakcik ini adalah saya seharusnya bersyukur dengan apa yang ada kini. Sebagai muslim, sudah semestinyalah saya sentiasa berusaha untuk melakukan dan mengejar yang terbaik untuk diri, tetapi kadangkala mungkin kita harus meluangkan sedikit masa kita berfikir untuk mereka2 yang tidak bernasib baik seperti pakcik tadi.

Pakcik itu tanpa rasa malu berusaha mencari rezeki yang halal.Mungkin dengan itu sajalah dia mampu memberi makan untuk keluarganya.Tapi bagaimana pula orang yang lain yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah, dengan cara yang tidak halal seperti meragut, mencuri & sebagainya?Tanpa sedikit pun mempedulikan nasib orang lain, tidak mengendahkan langsung tentang nyawa yang bakal melayang akibat perbuatan mereka.

1Malaysia sudah pun dicanangkan.. Apabila melihat nasib2 insan sebegini, apakah tindakan kita?Adakah hanya sekadar mampu melihat, memandang dan terlintas di dalam hati..”kesiannya orang tu…”…..

"Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA"

Thursday, May 7, 2009

"Masalah kekurangan tempat di IPTA sedikit sebanyak dapat ditangani apabila kerajaan menaik taraf empat kolej universiti kepada universiti penuh & wujud beberapa universiti baru menjadikan jumlah IPTA sekarang kepada 20 buah.Malangnya terdapat segelintir pelajar yang bersikap negatif terhadap beberapa universiti baru yang dinaiktarafkan sehingga ada yang menolak tawaran universiti berkenaan, walaupun mereka ditawarkan jurusan yang menjadi pilihan mereka.Dengan kata lain, ada segelintir pelajar yang memandang rendah dengan keupayaan universiti baru itu."(Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA",akhbar Berita Harian,Jumaat 8 Mei 2009)

Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa.Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA" benar2 menarik perhatian saya walaupun akhbar utama hari ini memaparkan pergaduhan semasa sidang dun perak. Bukan apa, kerana petikan tersebut seolah-olah berkaitan dengan diri saya.

Kira2 4tahun yang lepas,saya menyemak keputusan kemasukan ke IPTA peringkat ijazah melalui sms pada pukul 1pagi, setelah diberitahu oleh kawan saya. Paparan pada skrin hp saya, "Tahniah.Anda ditawarkan ijazah sarjana muda pembangunan perisian KUTKM."

Hampir tergamam saya ketika.Ketika itu saya masih "buta IT"
"Pebende yang aku dapat ni?Ish kutkm nih lak kat mn?".Banyak persoalan yang bermain di minda sampai menangis saya tengah malam itu. Pada pukul 3 pagi, saya call mak saya yang sedang bekerja shift malam.Malam itu saya tak boleh tido mengenang nasib diri...

Memandangkan saya bukan dari keluarga yang senang, saya teruskan pengajian dalam bidang sains komputer dan di universiti tersebut.Cabarannya besar. termasuk cabaran dalam bidang akademik kerana terpaksa mendalami subjek yag saya 'paling tak minat' iaitu matematik & logik.Cabaran yang paling "memakan hati" apabila ditanya saudara mara, "kat mn u kamu tu..tak pnah dengar pon.."

Tapi ketika itu saya menguatkan hati, menuntut ilmu itu dalah wajib walau di mana kita berada. Bukan di mana tempat kita tempat belajar yang penting, tetapi sejauh mana penggarapan ilmu yang dimanfaatkan sepenuhnya.Semasa proses pembelajaran di sana, KUTKM dinaik taraf menjadi Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).

Kini saya sudah tamatkan pengajian(belum konvo) & Alhamdulillah sudah ada pekerjaan. Sapa kata ex-student "KU" takkan dapat keje..?(^_^)

Teringat pada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216,"...dan belum tentu apa yang kamu rasa baik untuk kamu itu, adalah baik untuk kamu, dan belum tentu jaga apa yang buruk bagi kamu itu, adalah buruk untuk kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.."

Perlu diingat kita sebagai manusia biasa perlu merancang & berusaha, bagaimanapun segala ketentuan dan takdirnya adalah dari Allah swt.Teringat saya ketika matrik dulu, saya merancang untuk menjadi seorang dr psikologi atau kaunselor, tapi takdirnya saya untuk terjun dalam bidang teknikal. 4 tahun yang lepas, saya tidak nampak hikmahnya. Tetapi sekarang, antara hikmahnya yang boleh saya nampak ialah, ketika saya tamat belajar, dan di kala dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi, saya mendapati bidang yang saya ceburi kini adalah antara sektor/bidang yang hampir tidak terjejas langsung oleh krisis ekonomi kini..



Mesiniaga-New Comers..

Wednesday, May 6, 2009

I'll come back as a blogger after i've deleted a month ago(now i undelete it again)..I'm stop for a moment blogging because of some reason..a very 'remeh' ones. I dont think to share it in this blog, because it is very 'personal'..
For friends who has follows my blog, thank you very much for giving me support..i'm now blogging again because of u guys..(^_^)

I think it is not to late to introduced my new friends at my new place..Mesiniaga Berhad..haha tak sangka i'll get my second salary here...(^_^)

dis morning, while i'm on my way to work, at KL sentral, i'm met my supervisor when practical at pnb, encik heemi..i do know y i'm shaking when meeting him...hu2...he said.."keje kat mesiniaga ek..bagus lah wat development.."..Malu dgn diri sendiri sbb dulu pnah ckp kat die yg sy takmo teruskan pekerjaan sbg seorg software developer...hu2


Apabila Lampu Dipadam..

Sunday, March 29, 2009


Semalam, WWF melancarkan Earth Hour, sebagai tanda sokongan penduduk bumi mengatasi kepanasan global bumi dengan menutup lampu. Teringat kata-kata adik saya bila saya bertanya padanya ada ke jiran2 yang tak tutup lampu sepanjang kempen 28 mac, 8.30-9.30 malam , " Siapa yang sayang bumi, tutup lampu. Siapa yang tak sayang bumi, tak tutup lampu.."Kelakar pon ada, terharu pon ada.Tak sangka izzat yang saya sangka masih kecil, boleh beri jawapan sebegitu.


Rumah saya juga turut 'menyahut' seruan Earth Hour itu, kononnya sebagai menyokong usaha bagi mengatasi masalah kepanasan global, walaupun saya sendiri tidak pasti sejauh mana dengan pemadaman lampu boleh mengatasi masalah tersebut. Selepas maghrib, saya tertidur dan bila bangun semula, kelam-kabut saya mencari lilin kerana jam hampir menunjukkan 8.30 malam. Walau bagaimanapon, saya gagal menjumpai lilin. Saya membayangkan kan dalam rumah nanti akan sangat gelap selama satu jam.


Bagaimanapun, sangkaan saya meleset.Rumah saya tidak segelap mana walaupun lampu dipadam. Kawasan ruang tamu masih disinari cahaya dari tv. Kawasan dapur dan bilik air pula terang disinari lampu dari rumah jiran belakang yang tidak padam lampu, manakala kawasan bilik tidur hadapan di atas rumah pula terang disuluh lampu jalan di luar rumah.Oleh itu saya langsung tidak ada masalah untuk membuat sebarang aktiviti di dalam rumah dalam tempoh sejam itu.


Keadaan itu mengingatkan saya pada hati. Kondisi hati. Abu Hurairah ra berkata,Sabda Nabi SAW,"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu bagus, maka akan bagus tenteranya.Jika raja itu buruk, makan akan buruk tenteranya".Hati yang dilahirkan bersih tapi kadangkala 'disalahguna' oleh manusia normal sehingga hati itu menjadi kotor dan gelap. Teringat saya pada orang buta, walaupun keadaan fizikal mata mereka gelap, namun hati yang bersih dan terang mampu memandu mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini.


Selalulah mengingatkan diri..sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa menerangkan hati-hati kita dengan Nur-Nya..Janganlah biarkan Nur-Nya itu terpadam dari menyinari hati kita. Jika cahaya lampu terpadam, masih ada unsur2 luar yang boleh menolong kita seperti lampu jalan di luar, lilin & sebagainya. tetapi, jika cahaya dari Allah terpadam, masihkah ada 'ruang atau unsur' yang boleh membantu kita. Ya, masih ada..tetapi ketika itu terlalu payah untuk kita mendapatkan semula Nur itu kecuali dengan jalan mujahadah yang kental.