Jiwaku...Lebih Kepada Sastera??

Sunday, November 30, 2008

Hari ini
Hatiku gusar lagi
Mengenang nasib diri
Entah apa akan jadi
Pada hari presentationku nanti

Hari ini
Aku terguris lagi
Oleh mereka yang kukasihi
Tapi kusedapkan hati
Mungkin mereka punya masalah tersendiri
Atau Aku juga punya sikap sebegini

Hari-hari yang kulalui
Mengundang onak dan duri
Menggamit mehnah & tribulasi
Terkadang meruntuh semangat diri
Terkadang melemah jati diri..

Namun kusyukuri nikmat ini
Kerana ku masih punya daya juang survival yang tinggi

Hati ini
Sudah puas berkias sendiri
Sudah lelah menyaksi cubaan diri
Yang perlu aku hayati & syukuri
Adalah rahmat Ilahi
Mata ini tidak henti-henti memerhati
Hati ini tidak henti-henti mengamati
Rupanya diri ini masih bererti
Masih ada jiwa yang jauh perlu dikasihani
Kerana ujian yang lebih besar perlu dihadapi
Mereka ini

Hati ini begitu merindui
Masa-masa lalu yang manis sekali
Di kala akal tidak terbeban masalah peribadi
Di kala masalah hati langsung tidak membelenggu diri
Tapi apakah mungkin
Hari2 itu berulang kembali??
Hidup ini perlu optimis
Ranjau ini perlu dilalui
Masa kini yang perlu dihadapi dan
Masa Hadapan yang belum pasti

Kupasakkan kaki ini
Agar terus melangkah berani
memburu mimpiku selama ini
Agar direalisasi
Qada' dan qadar di loh mahfuz ketentuan Ilahi
Tidak perlu kusanggahi
tetapi perlu ku usaha & ikhtiarkan
Agar menjadi yang terbaik untuk diri

nukilan hati lara buat seorang junior..

nah amik ni..he3

~~Kalau mampu, akan ku terjemah rasa hatiku dalam bentuk programming language~~he3

*WalimatulUrus*

Thursday, November 27, 2008

Di hujung2 tahun ni memang tak hairanlah kalau ramai sahabat2 yang akan mengadakan walimatul urus.Bulan disember ni, saya dapat jemputan dari 3 orang sahabiah kisas..Memang memeranjatkan.sebab dua orang daripadanya adalah dormmates saya, jiha and nurul...tak sangka kan...memang betul...perempuan yang baik2 ni memang cepat bertemu jodoh...he3...Bagi yang belum lagi, jangan khuatir & usah risau(cewah pujuk diri sendiri)...Allah pasti akan menemui kita dengan yang terbaik...
Banyak sebenarnya artikel berkaitan dengan cinta & juga jodoh.Saya tertarik pada artikel ini, dan mudah-mudahan ada kebaikannnya untuk kita.(Artikel oleh salah seorang subscriber yahoogroup alumni_sbc03~~YG kisas spm 2003)
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya,jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewahdan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segalatuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagiyang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanyahati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yangbertempat di hati.
~~Dipetik dari YG alumni_sbc03~~

*Sigh*

Thursday, November 20, 2008

seseorang telah mengirimkan saya kata2 ini melalui ym..seolah2 mngetahui apa yang bergelora di dalam hati..tp saya takpon mengucapkan terima kasih padanya..hu2...

masalah adalah lumrah bagi manusia..tika ini betul2 rasa diuji,tika ini juga syaitan berbondong2 datang untuk menghasut diri,perlukan kekuatan mental & rohani untuk menangani,cukuplah ayat2 al-Quran sbg pendinding diri..

jika diri sudah rasa tidak mampu..ingatlah ini
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.....(ila akhirulayah)"
-Surah Al-Baqarah:286-

jika terasa diri sudah tidak dapat diperbaiki dan berputus asa..ingatlah
"Katakanlah:Wahai manusia yang melampaui batas..janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguh Allah itu mengampunkan dosa kesemuanya, seseungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
-Surah Al-Zumar:53-


"Jika bersedih, pandanglah ke langit.ingatlah Allah masih ada...
Jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...
Jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...
Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...
Jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...
Jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat...Moga jawapannya kan kau temui…”

Sedarkah Kita?

Wednesday, November 19, 2008

"ukhwah kite ukhwah fillah.."
"ukhwah itu persaudaraan.."
"selemah2 ukhwah adalah saling berlapang dada dgn shbt2.."


acapkali dituturkan kalimah sebegini..
bagi mereka yg ikhlas,inilah cara hidup mereka..
tapi bagi yg hanya omongan..?
mereka mungkin tidak sedar..
mereka retorik semata..
perkataan diucapkan kerana yg lain turut mengucapkannya
mereka mencanangkan sesuatu yang seolah antagonis dengan jiwa mereka
salahkah mereka?
dustakah mereka?
tidak...
kerana mereka juga insan daif
mereka tidak sedar itu semua

tapi kadangkala mereka terlupa
pada sahabat2 yg jauh di mata
sahabat yang dulu teman seperjuangan
dekat di hati
mereka mungkin terlupa
sahabat itu juga manusia biasa
kadangkala goyah oleh arus semasa
kadangkala perlukan mereka sebagai teman berbicara

lupakah mereka pada sahabat yang setia menunggu?
mereka mengharap sahabat bertanya khabar mereka
tapi bila tiada kalimah "kaifa haluka/i?" dr mereka
mereka menyalahkan sahabat yang kejauhan itu
tanpa mereka sedar
sepatutnya mereka juga perlu berikhtiar untuk bertanya khabar
tidakkah mereka peduli
sihat atau tidak sahabat mereka itu


bila sahabat mereka futur
atau berbuat silap
terus kesilapan itu menjadi bahan bualan
tanpa memikirkan kebaikan yang pernah sahabat itu korbankan
mengapa mereka tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan mereka kepada mad'u?
bersangka baik
bertanya situasi sebenar
dan menasihati?


"Ya Allah, jika ini lah perbuatan buruk yang aku lakukan selama ini, maka sedarkan aku, tunjukkanlah aku pada jalan-Mu,bangkitkanlah aku dari lenaku,teguhkanlah hatiku, kuatkanlah azamku agar aku berusaha untuk memperbaiki diriku, harapan ku hanyalah untuk beroleh redha-Mu."

Ia Datang Lagi

Thursday, November 13, 2008

Kepalaku sakit lagi..
Sakitnya di bahagian tengah kepala, bukannya di tepi2 kepala seperti kebanyakan orang.Migrain?Ntah la, tak pernah pulak pergi check ngan doctor.Takut?Mungkin ye. Takut2 kalau doctor kata,”Anda disyaki ada ketumbuhan di bahagian otak”.Haha kelakarnya.

Encik El bagi balm panasnye.”Amik ni sapu.Saya pakai elok tau”. Saya berterima kasih pada encik El, tapi sangat serba salah, sebab balm panasnya itu dah nak abis dah pun..Tapi saya pakai jugak.Kak Dani pun hulurkan panadol actifast.Katanya elok.Walaupun saya ni jenis tak reti makan ubat, tapi tak sampai hati pulak nak tolak pelawaan kak Dani. ’Kutelan’ jua ubat yang pahit itu.

Sakit kepala semakin surut.Saya sebenarnya dah tak kesah dengan keadaan ini sebab dah biasa sangat.Sejak sekolah lagi.Teringat pada ustazah Hilmiyah. Semasa di kisas dulu, saya selalu mengadu sakit kepala kepada kawan2.Yang membimbangkan bila sampai exam add math & fizik, sakit kepala menyerang menyebabkan saya takley buat(hehe..ni lain mcm je ni).Hingga saya tak dapat tahan lagi, sakit kepala saya ni saya ngadu kat ustazah.Ustazah Hilmiyahlah yang perkenalkan saya pada Color Vibration therapy.Mula2 sekali ustazah check color saya.Color saya yang dominant hijau-simbol mental.Kata ustazah, biasanya color seseorang mempengaruhi penyakit seseorang & bukanlah sesuatu yang pelik seseorang yang ber’color’ hijau selalu sakit kepala.

Ustazah check saya sekali lagi..Ustazah kata saya ada masalah hilang daya focus.Saya mudah hilang focus.Saya rasa memang betul.Fokus saya dah tak sekuat dan setajam dulu.Kalau dulu saya ley ingat sesuatu dengan mudah, tapi skang nak paham pun payah.Ustazah bagi saya air garam dan juga satu botol ubat untuk dimakan.Taktau la nak kata ubat ape, tapi ubat Complementary medicines-Flower Energy Color Vibration Theraphy.Ubat itu ubat Optik-antaranya untuk diensafalon,hipotalamus,thalamus,& ritma sikardian.Eh, macam nama bahagian2 dalam otak lak..Antara fungsinya untuk pusat lapar & kenyang,membangkitkan kesedaran diri,kosentrasi,mata, pola tidur & daya kreatif.Hurm, memang betul saraf otak ada kaitan ngan mata.

Kalau kat kampus dulu, nurullah tukang urut kepala yang setia.he2..Walaupun dah agak surut, tapi sebenarnya masih rasa berpinar-pinar.Mungkin silau sebab seharian berhadapan dengan desktop. Cermin mata dipakai, tapi makin berat pulak rasa kepala & makin gatal pulak hidung..(eh, ade ke patut??)

Kak Dani suruh saya rendahkan brightness desktop..Cara itu sedikit sebanyak mengurangkan silau mata. Teringat pula nasihat optometrist ketika saya buat cermin mata dulu..Optometrist tu kata, saya perlu pakai cermin mata apabila perlu sahaja kerana vision mata saya masih baik, Cuma saya perlu elakkan daripada duduk lama2 di depan screen tv @ pc kerana silau saya tinggi..Apakah maknanya semua ini? Adakah ini bermakna saya perlu tinggalkan kerjaya saya sebagai 'pakar' IT?he2

Ada beberapa perkara yang telah disebut oleh para sahabat telah dilakukan oleh Nabi SAW untuk merawat penyakit kepala. Diriwayatkan daripada ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain.Ini menunjukkan salah satu cara mengubati mengikut cara nabi adalah dengan membalut bahagian kepala. Perlu diingat setiap penyakit adalah berbeza kaedah rawatannya mengikut tahap kesakitan. Antaranya ada yang perlu muntah,perlu makan, perlu rehat yang mencukupi,perlu mengikat bahagian kepala, ada yang perlu penyejukan, ada yang perlu dihangatkan,ada pula yang perlu mengelak bercakap atau melakukan aktiviti.

Yang paling menarik adalah tentang penggunaan inai. Dikatakan dalam hadis riwayat Al-Bukhari dalam tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan, dikatakan bahawa setiap kali ada orang datang menemui baginda menceritakan sakit di kepala,baginda bersabda,”Berbekamlah.Gunakan inai membalutnya”Inai dikatakan mempunyai tenaga yang boleh mengatasi pening.Caranya dengan menumbuk halus inai & inai dicampur dengan cukalalu dibalutkan di kepala. Inai mempunyai sifat sejuk & kering.Kekuatan pokok inai datang dari pokok dan dahan di mana kekuatan yang dicerat dari unsure air panas& stabil, dengan tenaga pengikat yang berpunca dari unsure tanah yang sejuk.Inai juga dikatakan boleh merawat segala rasa sakit di badan.

Setakat ini saya belum mencuba inai.Mungkin suatu hari nanti (who knows)..Buat masa ini cara saya menghilangkan sakit kepala adalah dengan rehat secukupnya…..

Rujukan:At-Tibb an-Nabawiyy(Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Klip Video 'Sajak Kematian'

Tuesday, November 11, 2008

3 hari lepas kecoh di dalam berita tentang klip video 'sajak kematian' yang ditayangkan di hadapan pelajar2 tahun 1 & 2..Saya tidak berapa tahu tentang isu ini, cuma saya telah diberitahu yang ada ibu bapa yang meminta kementerian pendidikan mengambil tindakan ke atas guru yang menayangkan klip tersebut kepada anak mereka.Setakat yang saya dengar,kononnya anak mereka telah berubah[ke arah yang lebih baik..kalau salah tolong betulkan sebab saya tak sempat nak baca & dengar tentang berita ini] setelah melihat klip tersebut.

Semalam, Dato Seri Hishamuddin, menteri yang berkenaan meminta pihaknya menyiasat perkara tersebut.kerana dikatakan perkara itu telah menakutkan pelajar.Hati saya terdetik, bukankah bagus jika penayangan klip tersebut mengubah seseorang itu ke arah yang lebih baik? Mengapa pula ada ibu bapa yang mempertikaikannya?

Bagi saya,pendekatan yang dilakukan ada pro & cons nya..saya tidak berani untuk komen panjang tapi di sini perlunya kita untuk mengetahui ilmu tentang psikologi kanak2 itu sendiri, sama ada sesuai atau tidak untuk menerima pendekatan sebegitu rupa. Dari sudut sainsnya, kanak-kanak zaman kini telah mampu untuk menerima pendekatan dalam bentuk teknologi kini manakala dari sudut keilmuannya, mungkin perlu lebih diperhalusi lagi.Jikalau video sajak kematian tidak dapat dicapai oleh akal kanak2 terbabit sehingga mungkin menyebabkan mereka menjadi fobia dan sebagainya, maka di sini perlunya peranan ibu bapa dalam meng'counter' kembali pemikiran anak2 mereka.Ibu bapa seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk menenangkan sekaligus memberi penjelasan sebaik mungkin kepada anak2 mereka, bukan sekadar hanya 'menerjah' & juga menyalahkan pihak sekolah. Kesimpulannya, kedua2 pihak iaitu ibu bapa & guru perlu lebih peka tentang hal ini. Betapa pentingnya keilmuan mereka bukan sahaja dari sudut penggunaan teknologi, malah dari sudut psikologi kanak2 itu sendiri.

Saya juga sempat menyaksikan komen Ustaz Zawawi Yusof mengenai isu ini di Buletin Utama.Antara yang keluar dari mulutnya.."Pendekatan dalam menerangkan sesuatu semakin berubah mengikut zaman..Sama juga, dalam kita menyampaikan kepada pelajar, dalam zaman teknologi ini, berbagai2 cara boleh digunakan seperti menggunakan multimedia,klip video dan lain2.Dalam soal kematian pula, mengingati kematian adalah sesuatu yang baik kerana dengan mengingat kematian boleh melembutkan hati.."..Komen dari ustaz Zawawi berhenti setakat di situ.Saya pun agak pelik, sebab rasanya banyak lagi yang diperkatakan Ustaz Zawawi, tapi mengapa pula TV3 memotong komennya itu?Dalam hati ketika itu terlintas, "mungkin komen ustaz tersebut ke arah menyokong penayangan klip tersebut..."(he2)..tp cepat2 sy bersangka baik.."mgkn masa tak mencukupi.."

Dosa ke..?Boleh ke tak boleh??

Sunday, November 9, 2008

“Kebajikan itu adalah terletak pada keelokan akhlak, manakala dosa itu adalah apabila sesuatu perkara itu membuatkan seseorang itu resah & juga tidak mahu orang lain tahu mengenainya”(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini datang ke dalam benak minda saya apabila beberapa isu diutarakan.kadang2 tidak pernah saya terfikir, apatah lagi dibincangkan di dalam halaqah usrah atau bersama2 shbt.
Pertama sekali isu yang tak abis2 bermain di fikiran saya,..Bolehkah muslimat meletakkan gambarnya secara terbuka di dalam internet, majalah atau lain2 lagi..?apakah hukumnya, harus,makruh atau haram..?Pernah dulu saya terbaca artikel yang mengatakan meletakkan gambar muslimat itu adalah haram, kerana adalah haram bagi seseorang lelaki ajnabi melihat wanita yang bukan muhrim baginya. Ada juga yang mengatakan, tidak mengapa jika meletakkan gambar muslimat yang ramai, dengan alasan kita tidak tahu siapa tuan empunya profil(ini lebih kepada laman web sosial seperti dalam frenster,facebook & sbgnya..)Lama-kelamaan isu ini semakin memeningkan kepala saya, tambahan lagi apabila semakin ramai muslimat yang mendisplaykan gambar2 mereka di internet..kadang2 saya sendiri berasa goyah..bila saya mengupload gambar, kadang2 saya pasti rasa bersalah pada diri sendiri & shbh2 yang ada di dlm gambar itu..Mungkinkah itu yang dinamakan dosa seperti dalam hadis di atas..?pastilah disebabkan ilmu yang masih kurang tentang isu ini....
Baru2 ini saya ke My Career,Education and Entrepreneur fair di MidValley Megamall..Kebetulan kawan saya bertemu dengan seorang sahabat sekolah lamanya dan di situ berlaku sedikit perbincangan..Tentang apa?sedikit berkaitan isu agama.Saya agak terkejut dengan isu yang diutarakan.Barangkali kerana menganggap isu itu remeh, tidak penting, atau mungkin kerana saya tidak pernah terfikir untuk melakukan itu.
Persoalannya.."Muslimat yang akan menunaikan haji dibenarkan untuk mengambil pil pencegahan haid, atas alasan untuk memudahkan dia menunaikan haji mabrur. Tapi bagaimana pula dengan muslimat yang mengambil pil pencegah haid semasa bulan Ramadan atas alasan untuk memudahkannya beribadah sepanjang bulan Ramadan, terutama pada sepuluh malam terakhir..?"
Saya tergamam, mungkin bukan kerana si penanya adalah lelaki, tetapi kerana saya tidak pernah terfikir sehingga ke situ..Penggunaan pil pencegah haid itu biasa didengari dalam isu haji & umrah, tapi setakat pembacaan & apa yang saya dengar, tidak pernah lagi seorang ustaz/ustazah membicarakan hal ini.. Mungkin konsepnya sama sahaja dengan konsep haji, tapi disebabkan ia melibatkan ibadat yang berlainan membuatkan saya berfikir panjang.
"Bagi aku, haji & puasa itu lain..Haji itu dibolehkan sbb bukan senang kita nak menunaikan haji, seumur hidup mungkin sekali aje, tambahan lagi dgn kos yang tinggi..Bagi aku puasa tak boleh, sebabnye kite berkesempatan untuk melaksanakannya setahun sekali..Rukhsah yang Allah berikan pada kaum perempuan jangan lah disia-siakan.Takut dikatakan kufur nikmat.." seorang kawan memberikan pendapat.
Aku tersentak dari lamunan panjang..Bukannya berangan tapi berusaha mencari jawapan yang sesuai untuk diberi..
"kalo saya lah kan, saya tak pnah terpk nak wat..saya tak berani nak kuarkan fatwa sbb saya takde dalil2 naqli yang kukuh tentang itu..lain la kalo ditanya, antara puasa qadha & puasa enam, mane lagi afdhal..?itu saya ade beberapa hadis & ayat Al-Quran yang boleh dijadikan sandaran..dalam Islam ade dalil naqli & juga aqli..kalo dari segi pendapat aqli dr seorg kawan kite tadi, mungkinlah boleh diguna pakai.."
Jawapan yang keluar dari mulut saya itu sebenarnya langsung tak memuaskan hati saya, mungkin si penanya apatah lagi. Dalam hati malu kerana soalan fiqah itu tak mampu dijawab.(mungkin pada pembaca blog ini boleh beri sedikit respon tentang isu ini..boleh jadi bahan usrah juga )
Mengambil ayat Ustaz hasrizal, "Hidup adalah untuk memberi"..Memang benar, tiada guna hidup kalau tidak memberi, ibarat pepatah,"Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima"..Buat masa ini, saya sedar yang saya masih belum cukup mampu untuk memberi, cukuplah dulu sekadar sedikit contengan & mudah2an sedikit contengan blog ini ada nilainya yang tersendiri..

Lock Your PC & Rest !!

Tuesday, November 4, 2008

Semakin lama semakin ramai yang menggunakan komputer.Jangan kata programmer, adik2 kecil pun sanggup menghabiskan hari mereka di hadapan desktop. Dalam kita menggunakan sebaik mungkin kecanggihan teknologi, sedar tak sedar ada perkara yang boleh mengganggu gugat kesihatan mereka..

Betul ke..?

Pakar2 perubatan boleh la komen..


(bersedia untuk tutup pc & menatap alam hijau semulajadi..)

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.


Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?


Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom


  • Cepat penat

  • Mengah

  • Sakit dada

  • Denyutan nadi laju

  • Lemah di bahagian kaki

  • Kurang selera makan

  • Batuk

  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan



  • Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung

  • Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki

  • Elakkan meminum airbatu

  • ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk

  • Sentiasa meminum air panas

  • Amalkan bersenam

Rawatan



  • Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

  • Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

::Pandanglah Di Sekelilingmu::

Monday, November 3, 2008

tempat di mn sy menjalani latihan industri betul2 terletak di tgh bandaraya kuala lumpur.pasti rmai yg terbyg,kesesakan & juga kesibukan warga kota di sana.tambahan lagi, boleh dikatakan di situlah pusat utk wrga kota menguruskan kewangan masing2..ade bgnn tabung haji,menara pnb & juga citibank.apa yg men'grand'kan lagi kwsn itu, tertumpunyanye bagnn2 kedutaan negara2 besar dr seluruh dunia di kwsn jalan tun razak itu.sebnrnya, sy tidaklah tertarik itu bercerita ttg kemegahan itu semua.mgkn ramai yg tidak sedar,di celah2 kwsn membangun itu,masih rmai juga yg merempat di sekitar kwsn ampang park itu.masih rmai yg kdg2 kala lupa jasa2 buruh2 binaan yg telah berpanas terik membina bangunn untuk keselesaan mereka.masih ada adik2 berbangsa melayu mengemis mohon dihulurkan sedikit wang.masih ada yang hanya membeli nasi putih bersama sambal kosong sahaja sebagai santapan tengahari.Artikel kiriman seorang junior mengingatkan sy pada semua itu...

Kita selalu beri salam jika berjumpa dgn guru tapi terlupa utk beri salam dgn pakcik/makcik cleaner..

KIta buang segala mcm sampah tapi terfikirkah siapa yang mengutip sampah itu..Kadang2 kita terbuang sampah di tengh jalan tapi siapa yg mengutipnya. .

Hari2 kita buang hadas tapi siapa yg menguruskan bila tersumbat..

Hari2 makan nasi,mengeluh bila xkenyang tapi terfikirkah keluhan petani yg tlh berkerah tenaga siang malam membanting tulang..

Kadang2 bangun rasa tidur waktu mlm xcukup tapi para pak guard sengkang mata demi tugas jaga waktu mlm..

GOLONGAN2 yg kadang2 kita terlepas pandang spt di atas juga hati dan perasaan.ada anak bini utk ditanggung.. munkin ada dikalangn keluarga kita sendiri.Ingat2lah mereka di waktu senang dan susah..INGATAN UTK DIRI INI YG SELALU LUPA

Itu baru di kota raya Malaysia.belum lagi kita menyelusuri ceruk2 kampung, apatah lagi di negara2 mundur & dunia ketiga.

Merenung kembali kepada mereka yang lebih susah, adalah antara ubat untuk merawat hati yang kadang kala ego, atau frust dgn hidup yang dilalui. Sudah pasti ubat yang terbaik adalah dengan mengingati ALLah..

saya nak tagged beberapa org shbt yg paling istimewa dlm hidup sy(if u read dis)

  • sakinah & aleeya usim (jom trn 'family gathering' lembah klang 15 nov..abi jemput..)
  • nurul (ump)

three of u..i feel like i wanna cry on ur shoulder...