"Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA"

Thursday, May 7, 2009

"Masalah kekurangan tempat di IPTA sedikit sebanyak dapat ditangani apabila kerajaan menaik taraf empat kolej universiti kepada universiti penuh & wujud beberapa universiti baru menjadikan jumlah IPTA sekarang kepada 20 buah.Malangnya terdapat segelintir pelajar yang bersikap negatif terhadap beberapa universiti baru yang dinaiktarafkan sehingga ada yang menolak tawaran universiti berkenaan, walaupun mereka ditawarkan jurusan yang menjadi pilihan mereka.Dengan kata lain, ada segelintir pelajar yang memandang rendah dengan keupayaan universiti baru itu."(Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA",akhbar Berita Harian,Jumaat 8 Mei 2009)

Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa.Petikan "Bukan Pada Gahnya Sesebuah IPTA" benar2 menarik perhatian saya walaupun akhbar utama hari ini memaparkan pergaduhan semasa sidang dun perak. Bukan apa, kerana petikan tersebut seolah-olah berkaitan dengan diri saya.

Kira2 4tahun yang lepas,saya menyemak keputusan kemasukan ke IPTA peringkat ijazah melalui sms pada pukul 1pagi, setelah diberitahu oleh kawan saya. Paparan pada skrin hp saya, "Tahniah.Anda ditawarkan ijazah sarjana muda pembangunan perisian KUTKM."

Hampir tergamam saya ketika.Ketika itu saya masih "buta IT"
"Pebende yang aku dapat ni?Ish kutkm nih lak kat mn?".Banyak persoalan yang bermain di minda sampai menangis saya tengah malam itu. Pada pukul 3 pagi, saya call mak saya yang sedang bekerja shift malam.Malam itu saya tak boleh tido mengenang nasib diri...

Memandangkan saya bukan dari keluarga yang senang, saya teruskan pengajian dalam bidang sains komputer dan di universiti tersebut.Cabarannya besar. termasuk cabaran dalam bidang akademik kerana terpaksa mendalami subjek yag saya 'paling tak minat' iaitu matematik & logik.Cabaran yang paling "memakan hati" apabila ditanya saudara mara, "kat mn u kamu tu..tak pnah dengar pon.."

Tapi ketika itu saya menguatkan hati, menuntut ilmu itu dalah wajib walau di mana kita berada. Bukan di mana tempat kita tempat belajar yang penting, tetapi sejauh mana penggarapan ilmu yang dimanfaatkan sepenuhnya.Semasa proses pembelajaran di sana, KUTKM dinaik taraf menjadi Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).

Kini saya sudah tamatkan pengajian(belum konvo) & Alhamdulillah sudah ada pekerjaan. Sapa kata ex-student "KU" takkan dapat keje..?(^_^)

Teringat pada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216,"...dan belum tentu apa yang kamu rasa baik untuk kamu itu, adalah baik untuk kamu, dan belum tentu jaga apa yang buruk bagi kamu itu, adalah buruk untuk kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.."

Perlu diingat kita sebagai manusia biasa perlu merancang & berusaha, bagaimanapun segala ketentuan dan takdirnya adalah dari Allah swt.Teringat saya ketika matrik dulu, saya merancang untuk menjadi seorang dr psikologi atau kaunselor, tapi takdirnya saya untuk terjun dalam bidang teknikal. 4 tahun yang lepas, saya tidak nampak hikmahnya. Tetapi sekarang, antara hikmahnya yang boleh saya nampak ialah, ketika saya tamat belajar, dan di kala dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi, saya mendapati bidang yang saya ceburi kini adalah antara sektor/bidang yang hampir tidak terjejas langsung oleh krisis ekonomi kini..



0 comments: