Erti Korban & Lembu lari

Monday, December 8, 2008

Selepas solat hari raya eiduladha, saya & mak mencari lemang di ulu klang, tempat kebanyakan warga kota yang tidak pulang berhari raya mencari lemang, ketupat, rendang & bermacam-macam lagi sajian hari raya. Boleh dikatakan di sepanjang jalan di ulu klang terdapat banyak peniaga yang berniaga di situ.

Excited gak saya bila diajak untuk mencari lemang.Bukan apa, sebenarnya saya saje je nak berjalan di kawasan itu sebab ada niat lain. Niat di hati teringin untuk observe kawasan di bukit antarabangsa yang baru berlaku bencana tanah runtuh. [heh3??]..Kebetulan lalu di jalan masuk utama Bukit Antarabangsa, lengang aje.Mungkin kerana tiada orang luar yang dibenarkan masuk & juga mungkin kerana petugas sibuk di dalam. Tapi saya ley nampak banyak deretan kereta di luar Masjid Ar-Ridhuan di ulu klang[mungkin sebab kawasan ni belum habis solat eiduladha lagi] & juga di luar kawasan SK ulu klang, tempat penempatan mangsa-mangsa bencana. Tidak jauh dari kawasan itu, ada deretan peniaga-peniaga yang menjual sajian raya.

Satu lagi kejadian yang menarik perhatian saya, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak anak-anak muda bermotor tanpa helmet mengejar seekor lembu di atas jalan utama di sri gombak..

tergelak juga tengok aksi tu..tapi dalam hati..”ish..berani jugak lembu ni lari..tak sangka lembu ni rela bergadai nyawa di atas jalan raya daripada mati di sembelih…bukanke dalam hadis ade mengatakan..lembu2 yang mati disembelih untuk disedekahkan akan menjadi haiwan tunggangan penghuni di dalam syurga nanti..?? kenapa perlu ia lari..?”

Itu kisah lembu. Mungkin boleh dimaafkan jika ia lari. Janganlah dikata ia bodoh kerana lari dan menolak untuk menjadi haiwan tunggangan di syurga. Memang logik kerana ia tidak berakal & tidak pernah belajar hadis..=)..Kalau ia tahu tentang hadis tu, mungkin takde seekor lembu pun yang akan menolak untuk ‘dikorbankan’.

Itu lembu. Ia masih belum mengerti erti korban & langsung xboleh nak berfikir. Tapi bagaimana dengan kita sebagai manusia? Sudah acapkali, malah sudah bosan mungkin, setiap kali sambutan eiduladha, semua orang boleh memberikan makna sambutan ini dengan tepat. Ya, Eiduladha berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim as & juga anaknya nabi Ismail as yang sanggup berkorban semata-mata sebagai bukti taat pada perintah Allah SWT. Tapi bagaimanakah pula kita?Adakah sekadar hanya boleh mengucapkan definisi keramat tersebut tapi lupa untuk menghayati kisah tersebut?

Sejauh manakah kita merelakan diri untuk berkorban? Adakah kita sanggup meninggalkan Malaysia apabila dipanggil berjihad di medan perang? Rasanya tidak perlu diberi contoh skop pengorbanan sebesar itu. Cukuplah sekadar bertanya pada diri sendiri..adakah kita sanggup berkorban meninggalkan sesuatu yang terlarang demi mentaati segala perintah Allah swt?? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Kalau kita tidak sanggup berkorban untuk melakukan kebaikan , tak usahlah marah jika ada yang menyamakan anda dengan ‘lembu’….[hehe..jangan marah...]

Salam Eiduladha
Moga kita semua diperkuatkan untuk amar ma’ruf nahi mungkar.
Selamat bertadhiyyah...

p/s:untuk kengkawan yg tak smpt sy blas msg raya..mohon maaf sgt2 ..hehe ade sket kekangan kdt..hu2


0 comments: